Pages

Followers

Thursday, March 28, 2013

POLITICAL CIRCUS COMING TO JOHOR !!!

Mereka pergi ke satu tempat, pasang khemah, buat persembahan dan bila sarkas tamat, mereka robohkan khemah dan berpindah ke kawasan lain. Inilah yang rombongan sarkas biasa lakukan.

Jadi, apa bezanya rombongan sarkas dengan Lim Kit Siang yang akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila tamat tempoh penggal pilihan raya?

Atas sebab itulah, bekas Naib Presiden DAP, Tengku Aziz Ibrahim menggelar DAP sebagai kumpulan sarkas politik, ketika mengulas hasrat DAP untuk mencalonkan Lim Kit Siang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah  dalam PRU akan datang, dan meninggalkan kawasan lamanya Ipoh Timur.

Sebelum ini, Lim Kit Siang pernah bertanding di Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera.

Bagi Tengku Aziz, amalan DAP ini memberikan implikasi negatif kepada pengundi dan negara.

"Anda pilih mereka dan mereka langsung tidak melakukan apa-apa untuk rakyat di kawasannya, selepas itu lari pula ke tempat lain, " katanya.

Untuk itu, Tengku Aziz menasihat para pengundi agar mengundi dengan menggunakan 'otak' dan bukan menggunakan  'hati' dalam memilih wakil rakyat - dalam ertikata lain jangan undi badut sarkas.


No comments:

Post a Comment

Archive