Fuuuh! Betapa hebatnya rakyat di luar bandar Sarawak. Betapa tingginya citarasa mereka...siapa sangka dalam kemiskinan tegar dan kemunduran mereka seperti yang didakwa Anwar Ibrahim, mereka tak makan beras sebarangan. Mereka hanya mahu makan beras wangi yang berkualiti tinggi.
Bagi mereka beras subsidi kerajaan yang berharga RM27.00 terlalu teruk kualitinya sehingga melabelkannnya bukan untuk makanan manusia. Malah babi peliharaan mereka pun tak nak memakannya.
Inilah yang aku dengar daripada Radio Free Sarawak (RFS). Seorang yang bernama Jantan dari Bintulu berkata "Beras subsidi ya ka diberi perintah berharga RM27.00 kualiti beras amai jaik. Endak sesuai diempak mensia. Semak ka jaku babi pan enggai makai beras nyak".
Inilah hasil ajaran Anwar dan pakatan pembangkang . Ajaran RFS. Sehingga lahir manusia yang tidak pernah kenal erti kesyukuran. Manusia yang angkuh dan sombong. Manusia yang berjiwa expensive-taste tapi berharap semuanya jatuh dari langit. Manusia berpenyakit subsidy syndrome.
Inilah akibatnya apabila manusia terlalu banyak meneguk 'tuak janji' pembangkang. Mabuk siang malam. Khayal tak habis-habis. Sehingga asyik terbayang Anwar Ibrahim akan datang membawa istana kayangan untuknya.
Pssst! tanya Anwar apakah semua rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan mendapat beras wangi subsidi dari kerajaan negeri masing-masing?
Itulah minda yang telah diracuni perkataan manis Anwar.. beras subsidy pun sik mok dimakan.. pui!
ReplyDeleteagaknya beras anwar lbh manis lepas terkena air liurnya... hahaha
ReplyDeletekalau kita dengar FRS satu saat pun tidak ada terus kebaikan yang kerajaan buat selama ini untuk diri dan keluarganya. Species apakah mereka?
ReplyDelete