Dalam hal ini, RTM dan Media Prima sewajarnya bukan sekadar bagi tawaran 1 jam tetapi dua tiga puluh jam pun tak apa. Dari subuh sampai ke subuh pun tak apa. Kerana,percayalah sampai kucing bertelur pun Hadi tak kan buat. Hadi tak kan berani membuat penjelasan apatah lagi jika kerajaan mengenakan syarat agar program tersebut turut disertai oleh para mufti dan ulama ternama.
Hadi tahu semua ulama dimuka bumi ini kecuali ulamak PAS tidak akan menghalalkan amanat yang jelas merosakkan akidah umat isle PAS. Hadi tahu dia akan 'dimakan' hidup-hidup oleh para mufti dan ulama secara ilmiah dan hikmah. Hadi tahu tembelang penipuannya selama ini akan terdedah.
Hadi tahu hujah-hujah para mufti dan ulama nanti pasti menjadikannya seorang ustaz yang kelihatan setaraf dengan ilmu ustazah Abby Abadi dan ustaz Bob Lokman. Hadi tahu kalau dia menghadiri forum tersebut nanti dia pasti terkencing dalam jubah.
Jika dia hadiri program tersebut, Hadi tahu sepanjang masa program itu nanti tv hanya akan memaparkan mukanya yang 'blur' dan mulut yang ternganga. Dia tahu dia tak akan mampu untuk menegak benang yang basah - amanat yang budak baru masuk sekolah madrasah pun tahu ianya sesat dan menyesatkan.
Permintaan Hadi yang dibuatnya selepas bersembunyi beberapa hari sebelum ini sebenarnya hanya nak "cover-line". Nak tunjuk hero depan penyokong PAS.
Kalau benar Hadi nak buat penjelasan atau mampu mempertahankan amanatnya sudah tentu dengan segera dia akan buat ceramah-ceramah terbuka di depan para penyokongnya. Atau pun jika benar dia tidak mempercayai media perdana Hadi boleh saja menggunakan media milik Pakatan samada Harakah atau Roket atau Suara Keadilan untuk melakukannya. Tiada siapa yang melarang, waima dari muka surat depan hingga muka surat belakang sekali pun. Tapi, dia tidak melakukannya kerana dia tahu amanatnya adalah satu pembohongan yang tidak mampu untuk dipertahankan.
Mengapa agaknya Adam ahid dan pemimpin PAS sarawak menjadi bisu dalam hal amanat tersebut.
ReplyDelete