Perjanjian syaitan... |
Jangan persoalkan Amanat Haji Hadi. Kerana Di Malaysia tiada mufti atau ulama yang setandingnya. Mana ada ulama lain yang tahu hukum hakam sebaik Hadi. Mana ada ulama yang membawa balik lima pikul kitab sebaik tamat pengajian di Mesir. Mana ada ulama yang hari-hari baca kitab dan tiap-tiap malam mengajar seperti Hadi. Mana ada ulama yang telah mengadakan kuliah di Masjid Rusila setiap Jumaat hampir 40 tahun. Mana ada ulama yang baca khutbah jumaat tanpa teks yang diedit oleh jabatan agama.
Jadi mana-mana mufti atau ulama jangan sekali-kali persoalkan Amanat Haji Hadi. Ilmu Mufti dan ulama tidak setanding Hadi kerana "kedudukan mufti di negara ini lebih kerana UMNO bukan ilmunya". Apatah lagi jika ulama yang cuba menegurnya ulama muda yang hanya layak digelar ulama hingusan.
Sesungguhnya tiada amanat yang setinggi Amanat Haji Hadi yang sesuai untuk kajian calon-calon PhD. Satu-satunya Amanat yang tidak layak dikaji di mana-mana universiti negara ini. Satu-satunya Amanat yang tidak layak dikaji dengan kendalian mana-mana profesor di negara ini yang rata-rata adalah profesor kangkung. Satu-satunya amanat yang hanya layak dikaji Oxford, Harvard atau universiti masyhur di Perancis dan Belanda.
Inilah standard hujah pemimpin dan "ulama" PAS dalam membicarakan Amanat Haji Hadi. Lihat SINI. Mereka hanya terdaya bertahan dengan "menjilat'" imej Haji Hadi dan dalam masa yang sama menghina peribadi orang yang tidak sependapat dengan nya . Hujah yang hanya meyerlahkan sikap angkuh, riak dan bongkak golongan orang yang mengaku hollier than thou yang selama ini bersembunyi di sebalik jubah dan serban.
Yakinlah, sampai kiamat sekali pun mereka tidak akan mampu untuk membuat pembelaan dan penjelasan mengenai amanat tersebut secara ilmiah dan hikmah.
Yakinlah, sampai kiamat sekali pun mereka tidak akan mampu untuk membuat pembelaan dan penjelasan mengenai amanat tersebut secara ilmiah dan hikmah.
Mungkinkah ini yang dikatakan Anas r.a, Rasulullah saw bersabda "Akan ada diakhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq".
Dan ulama yang menjual agamanya dengan sedikit dari harta benda dunia.
ulama akhir zaman. gadai agama untuk kuasa.
ReplyDelete