Pages

Followers

Friday, May 10, 2013

RADIO FREE SARAWAK TAK LAKU

Bulan Mac lepas saya pernah menulis Radio Free Sarawak sama seperti najis...Tak ada siapa yang mahukannya. Tak siapa yang mahu mendekati benda busuk lagi menjijikkan itu. Lihat sini.

Terbukti benar. Pola pengundian masyarakat Bumiputera khasnya di luar bandar dalam PRU lalu mengesahkannya. Tahap sokongan pengundi Bumiputera semakin kukuh. 65 % pengundi luar bandar masih memilih BN. Semua calon pembangkang Bumiputera termasuk Baru Bian jatuh tersungkur.  Baru Bian kalah teruk dengan majoriti 8,301 di Limbang. Bayangkan seorang Pengerusi PKR Negeri dan bertanding di kawasan majoriti pengundi Orang Ulu kalah seteruk itu...Memalukan!

Lebih dua tahun mulut pengacaranya Peter John Jamban, Stanley dan Suntai berbuih busuk, menghasut rakyat agar membenci kerajaan BN tapi tidak diendahkan. Siang malam menabur fitnah terhadap kerajaan tapi tiada siapa yang pedulikan.

Sia-sia saja duit Anwar, duit Soros membiayai mereka. Sia-sia saja PR bagi sepuluh ribu set radio transister percuma kepada penduduk luar bandar. Hasilnya KOSONG! Clare Brown pasti frust menonggeng waktu ni kan?


SO, TUTUP JE LAAAAAH!!!! 









CINA PUNYA PASAL, BUMIPUTERA UNTUNG


Change? You will get it!
Berdasarkan keputusan PRU13, secara puratanya kira-kira 65 peratus pengundi Cina di Sarawak memihak kepada DAP. BN kalah di semua kawasan termasuk Daerah Mengundi dan Lokaliti di mana Cina membentuk lebih 50 peratus pengundi. 

Natijahnya, semua calon Cina daripada SUPP kalah dalam PRU lalu. Trend yang sama ditunjukkan  dalam PRDUN 2011 di mana hanya dua kerusi Cina berpihak kepada SUPP , itu pun dengan majoriti tipis, manakala 12 lagi kerusi dimenangi DAP.

Andaikata pola pengundian masyarakat Cina berterusan seperti dalam PRU13 dan PRDUN 2011, Sarawak pasti akan mempunyai sebuah kerajaan yang 'bersifat' Bumiputera pada tahun 2016 - di mana masyarakat Cina tidak akan mempunyai suara dalam kabinet kerajaan Negeri. Yang ada hanya 'salakan' dalam Dewan Undangan Negeri yang tidak ubah seperti "anjing menyalak bukit".

Justeru, tanpa SUPP, yang telah setengah abad menabur jasa kepada masyarakat Cina, apa akan jadi kepada mereka?

Psst! secara purata lebih 70 peratus Bumiputera Sarawak setia pada BN.

YOU GET WHAT YOU GIVE!





Thursday, May 9, 2013

MESEJ DARI ORANG MELAYU / BUMIPUTERA SARAWAK KEPADA PKR

MASYARAKAT MELAYU / BUMIPUTERA SARAWAK SAMA SEKALI TIDAK MENERIMA  KEHADIRAN PKR DI SARAWAK.

Ini amat jelas. Daripada 15 kawasan yang PKR pertandingkan di negeri ini hanya SATU kawasan yang dimenangi, itu pun kerana sokongan pengundi Cina di Miri

Selebihnya di 14 kawasan majoriti pengundi Melayu dan Bumiputera, calon-calon PKR hanya mendapat 9 peratus  undi.

Di tiga kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu Santubong, Petra Jaya dan Batang Lupar, jumlah undi yang diperolehi calon BN meningkat dengan banyak

Di Santubong, majoriti yang diperolehi BN meningkat ke 20,936 undi. Di Petra Jaya pula meningkat ke 21,443 undi dan di Batang Lupar naik sehingga 10,968.

Di Santubong, calon BN memperolehi 85 peratus undi. Di Petra Jaya, 78 peratus dan di Batang Lupar pula 77 peratus - indikasi orang Melayu / Bumiputera Sarawak lebih percaya BN dari PKR. 

Jadi, udah-udahlah Zulrusdi, Mat Nazib dan Zul Engkeh! Sedarlah! Terimalah hakikat bahawa:

ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SARAWAK 
TAK HINGIN LANGSUNG PADA PKR.


Wednesday, May 8, 2013

CINA PUN FADE UP SAMA CINA

PCM vice chief Huan Chang Guan is calling a press conference today, and is also expected to announce the shutting down of his service centre in Perai.

"This election is  interesting. (we were) totally played out by the chinese, when they need help for schools, temples, association and others, they come for me. But when they vote, theu vote for DAP.

"I have learnt my lesson. Now I will close down all my service centres. Will spent my time enjoying myself. Lu orang mati lu orang punya pasal. jangan cari saya lagi," said a bitter  Huan on his Facebook page.

Saya sokong. Tak guna "melepas anjing yang tersepit". SUPP pun sama, perlu berkhidmat untuk orang yang mempunyai kad keahlian parti sahaja selepas ini. 


Monday, May 6, 2013

TAHNIAH BN! TAHNIAH BN! TAHNIAH BN!

TAHNIAH BN! TAHNIAH BN!
TAHNIAH RAKYAT SARAWAK!
ANDA BIJAK! ANDA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL!
ANDA TIDAK MUDAH DITIPU! DAN DIPERBODOHKAN!

TAKZIAH PKR! TAKZIAH PAS!
TAKZIAH SEMUA PENCACAI PKR DAN PAS!
TAKZIAH KERANA MEMBANTU MEMENANGKAN CHAUVINIST DAP!
TAKZIAH KERANA  ANDA HAMPIR MENGGADAIKAN MARUAH BUMIPUTERA!
TAKZIAH KERANA ANDA HAMPIR MENJADIKAN BUMI BERTUAH INI DILAKNAT ALLAH!

Saturday, May 4, 2013

BN SARAWAK DIJANGKA MENANG 26 KERUSI

Berdasarkan analisis akhir 8 agensi kerajaan sehingga pukul 9 malam tadi, BN Sarawak diramalkan menang 26 kerusi daripada 31 kerusi yang dipertandingkan. Hampir kesemua kerusi yang dimenangi adalah dari kawasan yang majoriti pengundinya adalah Bumiputera. 

Bagaimanapun atas sebab faktor tertentu, dalam worst case scenario, BN akan kalah 6 kerusi. Ini bermakna majoriti rakyat Sarawak khususnya masyarakat Bumiputera masih meyakini BN untuk menerajui  pemerintahan negeri dan negara.

Calon-calon PBB dijangka akan memenangi kesemua kerusi dengan majoriti selesa, manakala SPDP dan PRS akan menang dengan undi majoriti yang sedikit berkurangan.

SYABAS RAKYAT SARAWAK!
ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL DAN TEPAT
DEMI SARAWAK DAN MALAYSIA TERCINTA.


MACAM MANA PKR PULA YANG EDARKAN NETBOOK 1M NI?

Sebenanya bukan PKR Petra Jaya agihkan netbook 1M tapi hanya edarkan pembohongan. 

Petang tadi ramai pengundi di Petra Jaya menerima SMS dan surat palsu kononnya BN telah menawarkan netbook 1M kepada orang ramai dan meminta mereka menuntutnya di Pejabat Urusan Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya dengan segera.

Tujuannya ialah agar pihak yang pergi ke pejabat tersebut berasa kecewa dan marah kepada calon BN, Fadillah Yusuf apabila gagal mendapatkan netbook seperti yang ditawarkan melalui surat dan SMS tersebut.

Oleh itu, sesiapa penduduk Petra Jaya yang menerima SMS atau surat tersebut, sila abaikan kerana ia hanyalah PENIPUAN dan TAKTIK KOTOR PKR.

Wednesday, May 1, 2013

BACA ARTIKEL INI SEBELUM MENGUNDI




Tak kira siapa kita, agama kita, bangsa kita, kita perlu tolak sesiapa jua yang mengamal apatah lagi yang mempromosikan budaya gay, lesbian, bisexual, trans gender dan lain-lain budaya songsang yang sewaktu dengannya. Lebih-lebih lagi jika dia dan partinya ingin menjadi pemimpin negara. 

Ini bukan kerana sekadar perbezaan ideologi politik tetapi kewajiban kita sebagai seorang hamba Tuhan seperti mana yang diperintahkan Nya melalui Al Quran dalam surah An Naml ayat 27.


Maka, sebelum membuang undi pada 5 Mei nanti, 
WAJIB bagi anda membaca dulu di SINI.





Tuesday, April 30, 2013

UNTUK ORANG BN SAJA: CERITA YANG MAMPU NAIKKAN SEMANGAT CALON-CALON PKR SARAWAK


Pagi-pagi macam ni...Malas nak cerita panjang. Lagi pun takut cerita ni dibaca oleh calon-calon Pakatan di Sarawak terutama calon-calon PKR....
Tengok ajelah kat SINI. 

Monday, April 29, 2013

BULAN PAS GERHANA DI SAMARAHAN DAN BTG SADONG

Akibat tidak mahu tunduk kepada PKR dan menyerahkan dua kerusi; Samarahan dan Btg Sadong, calon-calon PAS kini tak ubah bagaikan pungguk merindui bulan. Bulan yang bukan saja pasti tidak akan jatuh ke riba tetapi juga bertukar menjadi gerhana. 

Jentera PAS dikedua-dua kawasan tersebut yang berada dalam serba kekurangan semakin terkontang-kanting sendirian tanpa bantuan rakannya PKR. Dr. Ramlan Rahmat dan Arip Ameran, dua pemimpin PKR tempatan yang sebelum ini berangan-angan nak bertanding di kawasan-kawasan tersebut 'melarikan diri' ke Kuching untuk membantu jentera kempen PKR di Petra Jaya dan Santubong. 

Menurut sumber dalaman PKR,  mereka malah dikatakan meminta ahli dan penyokong PKR di situ  memboikot jentera parti PAS dengan tujuan "untuk mengajar PAS". Menyedari akan sikap buruk PKR ini, saban hari semakin ramai ahli dan penyokong pakatan pembangkang  meninggalkan parti tersebut dan menyertai BN-PBB. Yang terbaru, pengerusi PAS Ranting Kpg Lintang sendiri iaitu Sauni Bujang bersama sekumpulan ahlinya mengikut jejak langkah kumpulan-kumpulan  terdahulu yang keluar parti dan menyertai PBB.  

Berdasarkan situasi semasa, ramai yang meramalkan calon PAS dikedua-dua kawasan tersebut besar kemungkinan akan hilang wang deposit  masing-masing.



Psst! Adam Ahid! cuba keluarkan 'fatwa' sikit untuk smash orang PKR ni...


Sunday, April 28, 2013

CALON PKR PETRA JAYA NAK JADI POLIS TRAFIK

Bagus! Tak ramai yang ada niat seperti itu. Kerana  ramai yang lain berangan nak jadi menteri. Tahniah  Ahmad Nazib Johari! Kau jangan ikut bang Nuar yang sampai meroyan nak jadi Perdana Menteri.

Setidak-tidaknya Nazib lebih prihatin! Dia nak tolong selesaikan kesesakan jalanraya di Petra Jaya. Sesak sebab hampir semua rumah dah ada sekurang-kurangnya sebijik kereta. Benar katanya ini semua salah Kerajaan BN yang meningkatkan taraf hidup dan pendapatan rakyat di Petra Jaya.

Sebenarnya,  dulu aku pun nak jadi polis trafik. Tapi atuk aku yang juga bekas polis trafik pesan macam-macam. Atuk aku cakap kalau nak jadi polis trafik kena jujur. Jangan sekali-kali berbohong. Jangan suka menipu....termasuk menipu isteri.

Atuk juga cakap nak jadi polis trafik kena patuhi undang-undang. Bukan memanipulasinya. Sebagai contoh, atuk kata kalau nak kawin dua, jangan kawin lari.

Atuk juga pesan, jangan sesekali jadi polis trafik jika tidak dapat bersikap adil.  Aku tanya, "macam mana tuk?". Atuk hanya senyum sambil berkata "macam atuk layan..." sambil jarinya menunjuk dua orang nenek ku di dapur yang sedang asyik bercerita tentang jamu rapat.

Cerita selanjutnya di SINI.

Mat Nazib di hari penamaan calon PRDUN di Kuching


Mat Nazib di KL

KEADILAN BERMULA DARI RUMAH

Friday, April 26, 2013

SEGELINTIR CIKGU CINA DI SIBU: MANUSIA JENIS APA?

Hodoh! Jijik! 
Teringat peribahasa Melayu yang berbunyi "Bagaikan melepas babi yang tersepit" atau "Seperti anjing kurap yang menggigit tangan yang menyuapnya."

Mungkin peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan segelintir cikgu-cikgu Cina dari beberapa sekolah mubaligh dan  sekolah Cina di Sibu yang dikesan berkempen kepada para pelajar tingkatan enam dan keluarga mereka agar mengundi DAP dan MENENTANG BN. 

Apa tidaknya? Kerajaan BN telah bagi  RM31.67 juta untuk  semua sekolah mubaligh bantuan kerajaan termasuk di Sarawak. Daripada jumlah itu, RM25.68 juta adalah peruntukan pembangunan, manakala RM5.49 juta lagi untuk peruntukan mengurus.

Bagi tempoh 2009 dan 2010 sahaja kerajaan membelanjakan RM40.13 juta  bagi menyalurkan bantuan kepada sekolah mubaligh.


Untuk Sarawak, pemberian terbaru sebanyak RM50,000 yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disampaikan pada awal bulan ini.

Muhyiddin malah memberitahu kerajaan BN akan menyediakan belanjawan tetap setiap tahun untuk sekolah mubaligh di negeri ini. Apakah kerajaan negeri pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini ada membuat sumbangan yang sama?



MANUSIAKAH KITA JIKA TIDAK TAHU 
BERTERIMA KASIH?

Thursday, April 25, 2013

VIRUS POLITIK SERANG SARATOK

Jangan import budaya orang yang tidak bertamadun
Belum pernah tercatat dalam sejarah politik di pekan kecil seperti Saratok di Sarawak berlakunya keganasan ketika berkempen dalam pilihan raya. Inilah pertama kalinya. Ketika PRU13.

Selepas Hari Penamaan Calon, bendera-bendera BN yang digantung beberapa hari sebelumnya bukan sahaja ditanggalkan tetapi juga dibakar. Malam tadi dua bannner yang memaparkan calon BN, William Mawan yang baru saja didirikan pada sebelah petang hari sebelumnya pula di rosakkan. Satu di Mudong dan satu lagi di Semubu - menjadikan tiga banner BN dirosakkan setakat ini.

Apakah ini yang dinamakan demokrasi? Atau apakah ini perbuatan orang yang tidak bertamadun?

Di Saratok, selain daripada menghadapi tentangan daripada PKR dan Bebas, calon BN juga menghadapi tentangan daripada penyokong taksub bekas Ahli Parlimen, Jelaing Mersat yang amat kecewa kerana idola mereka tidak disenaraikan sebagai calon BN. Jadi, golongan manakah  yang menjadi virus politik ini yang membawa kerosakan kepada amalan demokrasi ? Fikir-fikirkan lah sendiri.

Rakyat Saratok yang terkenal dengan budi pekerti dan sopan santun pasti akan menolak mana-mana golongan yang tidak bertamadun ini, di samping akan memberikan undi simpati kepada Mawan.




Wednesday, April 24, 2013

TERKINI: PKR TERKUBUR SEKURANG-KURANGNYA DI 14 KAWASAN DI SARAWAK

Anwar Ibrahim dan PKR diyakini kempunan lagi untuk menguasai Sarawak. Menurut risikan dan survei terkini yang dibuat oleh lima 'pihak berwibawa', harapan Anwar Ibrahim untuk melihat Sarawak akan memberikannya cukup kerusi untuk menduduki Putra Jaya semakin musnah. Daripada 15 kerusi yang dipertandingkan, 14 kerusi diyakini kalah teruk dan hanya satu  calon yang  masih mengekori  calon BN - itu pun dalam jarak yang sedikit sukar.  

Menurut survei-survei itu juga, penemuan menunjukkan majoriti rakyat Sarawak masih tidak mempercayai isu-isu yang dimainkan oleh calon-calonnya. Malah peratusan yang hampir sama juga berpendapat cara berkempen PKR dan rakan dalam Pakatan terlalu kasar dan biadap serta bertentangan dengan budaya sosio politik  rakyat Sarawak terutamanya masyarakat Bumiputera. 

R.I.P  PKR!


Thursday, April 18, 2013

SARATOK: YOU THINK YOU ARE STILL HOT AND SEXY?

Masih hot and sexy? Jangan perasan... Bila kita dah menopause. Duduk diam-diam... Jangan lagi nak menggatal. Masa kita dah berlalu. Kita dah kering dan layu. Orang dah tak mahu.  



Keluar parti bukan penyelesai masalah
Masih dapat sokongan? Jangan perasan...tanya majoriti rakyat. Dah dua penggal kita diberi peluang...cukuplah. Masa kita dah berlalu. Bagilah peluang pada orang lain. Orang  mahu yang lebih dinamik. Lebih progresif. Kalau tak mahu sokong tak apa, duduk diam-diam. Bukan sabotaj. Jangan bakar rumah yang telah lama memberi perlindungan dan kesenangan kepada kita. Belajarlah bersyukur dan berterima kasih.

Mat dadah kata: Ketagih kuasa sebenarnya lebih teruk daripada ketagih dadah


Wednesday, April 17, 2013

CALON PAKATAN BERTARUNG DENGAN BUAYA DI SRI AMAN


Satu lagi tamparan buat Anwar, baru Bian  dan PKR Sarawak apabila bekas Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Perhutanan Sarawak yang popular dengan jolokan "the Crocodile Man",  Wilfred Landong meninggalkan PKR dan menyertai SWP.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut yang pasti memberikan tamparan hebat kepada reputasi PKR Sarawak khasnya di Sri Aman semalam, Landong berkata PKR bukanlah platform terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Selepas membuat kajian terperinci mengenai PKR, saya lebih mempercayai  SWP," katanya.
Mulai awal tahun ini Landong merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PKR, namun harapannya musnah apabila akibat perbuatan sesetengah pihak dalam PKR negeri yang suka "main cucuk belakang" maka namanya digantikan dengan Nicholas Mujah yang merupakan kuncu rapat Baru Bian.

Selain daripada itu, Pakatan juga berhadapan dengan masalah besar di Sri Aman apabila DAP dan PKR terus berebut untuk menamakan calon masing-masing untuk kerusi tersebut. DAP sempena lawatan Lim Kit Siang ke bandar tersebut tempohari telah menamakan Leon Jimat Donald sebagai calon. Bagaimana pun Anwar beberapa hari lalu menamakan pula Nicholas Mujah, membuat para penyokong kedua-dua parti bertelagah.

Dengan perkembangan ini, calon BN Nasir Kujat akan berdepan dengan Wilfred Landong (SWP) dan mungkin kedua-dua calon DAP dan PKR.
Landong "the crocodile man"

Tuesday, April 16, 2013

TELOR PENDEMO DAP KECUT DIJENTIK PEMUDA BN


Telur setiausaha DAP Sarawak, Chong Chien Jen terus kecut, manakala  burger ADUNnya Violet Wong pula ngelepet apabila kedatangan mereka bersama 10 orang penyokongnya untuk membuat demonstrasi di Wisma Bapa Malaysia, Kuching petang ini bagi mendesak agar  Presiden BN, Pehin Sri Taib bersara disambut oleh sekumpulan  Pemuda BN.

Kira-kira 50 orang Pemuda BN yang berbaju t yang tertera perkataan "we love cm" sambil membawa kain rentang yang bukan saja menyatakan sokongan kepada Pehin Taib tetapi juga 'memperbodohkan' Chong dan DAP berdiri menghalang jalan masuk ke wisma tersebut. 

Akhirnya, demonstrasi yang dirancang oleh DAP bertukar menjadi sesi bergambar. Malah sesi bergambar itu pun  "disertai" oleh kumpulan pemuda BN sambil menjerit "Hidup BN! Hidup Taib!".



Telur DAP (baju merah) mula kecut bila menyedari kedatanagan mereka
disambut Pemuda BN (baju putih)
Kumpulan Pemuda BN tanpa gentar menunggu kedatangan puak DAP

Akhirnya jadi sesi bergambar...itu pun di "himpit" oleh
Pemuda BN dari depan dan belakang

Pengajaran buat DAP ! Jangan jolok sarang tebuan...


DAP SARAWAK DESAK LIM KIT SIANG BERSARA

Apabila setiausaha DAP Sarawak, Chong Chien Jen sibuk ke hulu ke hilir meminta Ketua Menteri, Pehin Seri Abdul Taib meletak jawatan dan berundur dari politik, beliau sebenarnya menyindir Lim Kit Siang. Pukul anak sindir menantu.

Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Taib merupakan Presiden ke ketiga, selepas Tun Jugah dan Tun Rahman. Manakala Kit Siang pula mula melibatkan diri dalam DAP pada 1966 sebagai National Organising Secretary sebelum menjadi Setiausaha Agung, Pengerusi dan Penasihat. Dan tidak mustahil beberapa tahun lagi mungkin menjadi Super Penasihat atau penasihat Seumur hidup  atau sultan DAP atau...apa-apa gelaran yang dia mahu. Tiada yang mustahil dalam DAP.

Selain daripada itu, Kit Siang juga telah menjadikan DAP sebagai syarikat anak-beranak dengan melantik Guang Eng sebagai Setiausaha Agung dan meletakkan menantunya Betty Chew sebagai ADUN - Satu percaturan yang tidak memungkinkan orang seperti Chong Chien Jen mempunyai prospek besar dalam DAP peringkat national.

Maka, atas alasan tersebut Chong Chien Jen terpaksa menyalak Taib dengan harapan salakannya didengari oleh Kit Siang.

Dalam pada itu, apa rasionalnya seekor anjing liar yang kurap untuk menyalak dan menceroboh masuk rumah orang? Pengunduran Taib adalah urusan PBB dan BN. Dalam PRDUN lalu Taib menerima 76 % undi di Balingian dan BN pula secara keseluruhannya menerima sokongan daripada hampir 60 % pengundi di negeri ini. Sedangkan DAP pula hanya 19 %. Ini merupakan satu indikasi bahawa rakyat Sarawak khasnya ahli BN dan PBB masih mahukan Taib kekal sebagai peneraju kepimpinan di negeri ini.

....sampai mati!!!!!

Haiyaaa! Selupa itu  anjing maaa...kencing sana, kencing sini, kemudian tinggal begitu saja.
Mula kencing di Bandar Melaka, kemudian di Kota Melaka, kemudian di Petaling Jaya, kemudian kencing balik di Kota Melaka, kemudian kencing di Tanjong dan Ipoh Timur. Sekarang mahu kencing di Gelang Patah.

Keep barking, dog!

Monday, April 15, 2013

TANYA SAMA NUAR KENAPA GADIS SARAWAK NI MENANGIS

Hati siapa tidak sedih. Hati siapa tidak hancur dan kecewa. Jika pengorbanannya, penat lelah dan wang ringgit yang ditaburkannya selama ini  tidak dihargai langsung oleh Anwar dan PKR. 

Nurhanim Mohsen, Ketua Wanita PKR Sarawak wajar berasa demikian. Kerana selama ini dialah yang paling aktif. Dialah yang paling banyak membuat aktiviti dan program untuk parti di peringkat akar umbi. Dialah yang paling rapat dan dikenali masyarakat setempat. 

Tapi, mengapa Zulrusdi dan Ahmad Nazib yang lebih banyak menghabiskan kehidupan di Kuala Lumpur juga yang dipilih untuk menjadi calon bagi Santubong dan Petra Jaya? 

Apa kurangnya Nurhanim berbanding Zulrusdi dan Nazib yang entah berapa kali telah kalah dalam pilihan raya? Apakah kerana  mereka berdua lebih banyak membodek Anwar di Kuala Lumpur berbanding Nurhanim maka mereka dipilih? Apakah tidak ada sedikit pun keinginan untuk memberi peluang kepada Nurhanim untuk mengecapi hasil kerja kerasnya selama ini? Inikah erti keadilan dalam PKR? 


Nurhanim yang sebak ditenangkan oleh Timbalannya, Voon Shiak Ni

Kesian Nurhanim! 
Pengorbanan dan perjuangannya selama ini hanya sia-sia...


Saturday, April 13, 2013

BN! JANGAN SAMPAI MENYALAHI GENEVA CONVENTION


Menurut undang-undang moden peperangan seperti yang termaktub dalam Geneva Conventions 1949, selain daripada doktor, ambulan, hospital, persatuan Bulan Sabit Merah adalah juga menjadi kesalahan untuk menembak seseorang atau kumpulan atau kenderaan yang mengibarkan bendera putih kerana ia memberi indikasi sebagai niat untuk menyerah diri atau keinginan untuk berunding.

Jadi, jentera BN perlu hati-hati dan buat kajian dengan teliti....tengok betul-betul... sebelum meneruskan serangan kepada orang ini dan kumpulannya. 


Syy! perati betul- betuuuulll....is he  waving a white flag??? or....
.
.
.
.
.




Friday, April 12, 2013

SEORANG MODEL AKAN TURUT BERTANDING PRU 13


PRU13 bukan saja lebih 'Hot' tetapi menjanjikan 'kemeriahan' berbanding mana-mana pilihan raya yang pernah di adakan di Malaysia sebelumnya. Selain daripada politicians dan businessmen, PRU kali ini akan turut menampilkan selebriti sebagai calon. Mereka terdiri daripada penyanyi, pelakon dan yang terbaru seorang model yang semakin menempa nama di dunia permodelan. Sebelum ini dia hanya dikenali di negara ini sebagai 'model' busana jubah tapi rupanya di luar negara dia lebih dari itu. Mari kita lihat reputasinya menurut wikilick...

The following is a list of male underwear models. This is not a complete list and includes men who have modeled underwear as well as fashion apparel from all over the world.

[edit]List of male underwear models


[edit]A–F

[edit]

One of the best male underwear model





Thursday, April 11, 2013

MUSLIMAT PAS MENELANJANG DIRI DI FB



Inilah akibatnya kalau terlalu ghairah dengan politik asobiyah, terlalu taksub dengan Nik Ajis dan Haji Hadi, muslimah PAS sanggup meleraikan tudung labuh, menyelak jubah serta membuka  burqa yang selama ini menjadi topeng 'kemuslimahan' mereka. 

Inilah sikap, mentaliti, hati dan wajah sebenar segenlintir wanita PAS. Golongan yang mengaku muslimah dan yang merasakan diri lebih "muslimah" dari wanita-wanita muslim yang lain tetapi tidak tahu menjaga maruah diri dan Islam itu sendiri.


Lupakah mereka sabda Rasullullah saw yang bermaksud, dari Abu Musa Al Asy'ri dia berkata: Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, kaum muslimin manakah yang paling utama?" maka beliau menjawab 
“Siapa yang kaum muslimin lain selamat dari gangguan lidah dan tangannya. (HR. Al-Bukhari)

Tapi tengok kelakuan biadap Dewan Muslimat PAS Pusat dalam Facebook mereka. Apakah ia selari dengan sabda Rasulullah? Apakah ia bercirikan seorang muslimat sejati?



Sikap jelik Muslimat PAS hanya menjahanamkan imej Islam yang sebenar.




Wednesday, April 10, 2013

NAJIB! TAIB! SIAPA PUNYA AKAUN RATUSAN JUTA RINGGIT NI?


Tolong jawab! Jangan nak sembunyi! Siapa punya simpanan ratusan juta ringgit ini? Yang disimpan di beberapa bank luar negara seperti Citi Bank, United Overseas Bank, Development Bank of Singapore, Bank of China, Israel National Bank dan American Express Bank? 
Penemuan ini didakwa diperolehi daripada pelbagai sumber seperti FBI, CIA, Mossad, M15, Israel National Bank, Citibank dan lain-lain lagi seperti yang didedahkan oleh Wikileaks.
1. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : DD-2141-7922-549-F
Amount : USD $ 10,000,000.00
Date of opening account : 21/04/97
Date of Maturity : 21/04/99
2. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : United Overseas Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : M-3914-7179-212-D
Amount : S $ 5,500,000.00
Date of opening account : 28/05/97
Date of Maturity : 28/05/99
3. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Development Bank of Singapore
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : B 1712-341-619-C
Amount : S $ 8,000,000.00
Date of opening account : 29/06/97
Date of Maturity : 29/06/99
4. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Bank of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : D 319-2218-512-J
Amount : USD 3,500,000.00
Date of opening account : 28/02/98
Date of Maturity : 28/02/01
5. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 374-6593-88 D
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99
6. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : BD 5211-7925-8716-51 MA
Amount : USD 6,500,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99
7. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : E- 6654-662-719-M
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 09/07/96
Date of Maturity : 09/07/99
8.Passport No. : D 283767 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : J-5152-6161-311-D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 24/01/97
Date of Maturity : 24/01/00
9.Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : FG 3469-4462-9172 (DE)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 21/09/96
Date of Maturity : 21/09/99
10. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : H 7639-1722-5243 (MG)
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 09/06/97
Date of Maturity : 09/06/99
11. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
1 years
Account No : DC 7943-7716-2713 33 NB
Amount : S $ 7,500,000.00
Date of opening account : 10/12/97
Date of Maturity : 10/12/98
12.Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : GH 1299-4166-339 A
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 11/06/97
Date of Maturity : 11/06/99
13. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : D 1471-3134-22 F
Amount : S $ 3,000,000.00
Date of opening account : 03/04/97
Date of Maturity : 03/04/99
14. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : AB 7193-4111-331 (A)
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 20/12/96
Date of Maturity : 20/12/98
15. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency
3 years
Account No : FA 9132-3156-212 E
Amount : USD 7,000,000.00
Date of opening account : 11/04/96
Date of Maturity : 11/04/99
16. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 6,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99
17. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99
18. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
3 years
Account No : GM 5210-6125-8862-49 DG
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 10/04/96
Date of Maturity : 10/04/99
19. Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : HD 4179-2416-3829-31AD
Amount : USD 5,500,000.00
Date of opening account : 21/12/96
Date of Maturity : 21/12/98
20.Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : SD 3912-4942-6918-72 DA
Amount : S $ 8,000,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/98
Pemiliknya ialaaaaaaaaaahhhh... KLIK SINI.

Tuesday, April 9, 2013

PAKATAN SARAWAK HURU RARA

Jika beberapa hari lalu, pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng menamakan Oscar Ling sebagai pengganti beliau bagi kerusi Sibu dalam PRU akan datang, semalam pengerusi PKR Sibu, Simon Tiong pula membuktikan kseungguhannya untuk bertanding di kerusi yang sama dengan membeli borang penamaan calon.

Sementara itu bagi kerusi Miri pula, jika sebelum ini DAP telah mewar-warkan Lim Su Kien akan bertanding menentang calon BN, namun semalam Pengerusi PKR Miri, Dr. Micahel Teo turut membeli borang penamaan calon untuk menunjukkan kepada DAP bahawa dia dan PKR lebih layak mewakili Pakatan.

DI Sibuti, keghairahan Ketua Wanita PKR Miri, Zulhaidah Suboh nampaknya terbantut lagi apabila PAS  Sibuti hari ini melancarkan jentera pilihan rayanya untuk menunjukkan kepada PKR bahawa PAS tidak akan beralah atau menyerahkan kerusi tersebut kepadanya.

Semalam di Samarahan, PAS secara tergesa-gesa menaikkan bendera parti di sekeliling bulatan utama masuk ke Bahagian tersebut setelah mendengar PKR beriya-iya akan meletakkan Dr. Ramlan Rahmat untuk bertanding di kawasan tersebut. Pemasangan bendera tersebut, menurut pemimpin PAS Samarahan bertujuan untuk "menghalang" PKR daripada cuba "mencerobohi" kawasannya. Sejak awal tahun ini, bakal calon PAS, Abang Ahmad Kerdee telah mengadakan pelbagai program untuk mempromosikan dirinya dan PAS. Apabila melihat PAS sudah kelihatan berjaya merintis jalan, PKR pula ingin "potong di konar".

Beberapa kawasan lain turut menghadapi masalah yang sama. Semalam, untuk menyelesaikan masalah permohonan bertindih ini pemimpin Pakatan cuba mengadakan perbincangan namun gagal mencapai kata putus. 

Sebagai tindakan akhir, PKR Sarawak akan menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim dan berharap beliau akan menggunakan kuasa autokratiknya untuk memenuhi hasrat para pemimpin tempatan semasa lawatannya ke negeri ini khamis nanti.

Pakatan - berpakat untuk tidak berpakat.


Monday, April 8, 2013

ANDA MANUSIA BIJAK ATAU....?



Yang tinggal hanya species ini...
















Kerana...
Golongan yang bijak pandai, semuanya dah tinggalkan Anwar dan PKR...





Jadi, anda golongan mana?