Pages

Followers

Monday, December 31, 2012

TIADA MUFTI DAN ULAMA ADA KULIAH SEPERTI HADI

Perjanjian syaitan...


Jangan persoalkan Amanat Haji Hadi. Kerana Di Malaysia tiada mufti atau ulama yang setandingnya. Mana ada ulama lain yang tahu hukum hakam sebaik Hadi. Mana ada ulama yang membawa balik lima pikul kitab sebaik tamat pengajian di Mesir.  Mana ada ulama yang hari-hari baca kitab dan tiap-tiap malam mengajar seperti Hadi.  Mana ada ulama yang telah mengadakan kuliah di Masjid Rusila setiap Jumaat hampir 40 tahun. Mana ada ulama yang baca khutbah jumaat tanpa teks yang diedit oleh jabatan agama. 

Jadi mana-mana mufti atau ulama jangan sekali-kali persoalkan Amanat Haji Hadi. Ilmu Mufti dan ulama tidak setanding Hadi kerana "kedudukan mufti di negara ini lebih kerana UMNO bukan ilmunya". Apatah lagi jika ulama yang cuba menegurnya ulama muda yang hanya layak digelar ulama hingusan.  

Sesungguhnya tiada amanat yang setinggi Amanat Haji Hadi yang sesuai untuk kajian calon-calon PhD. Satu-satunya Amanat yang tidak layak dikaji di mana-mana universiti negara ini. Satu-satunya Amanat yang tidak layak dikaji dengan kendalian mana-mana profesor di negara ini yang rata-rata adalah profesor kangkung. Satu-satunya amanat yang hanya layak dikaji Oxford, Harvard atau universiti masyhur di Perancis dan Belanda.

Inilah standard hujah pemimpin dan "ulama" PAS dalam membicarakan Amanat Haji Hadi.  Lihat SINI.   Mereka hanya terdaya bertahan dengan "menjilat'" imej Haji Hadi dan dalam masa yang sama menghina peribadi orang yang tidak sependapat dengan nya . Hujah yang hanya meyerlahkan sikap angkuh, riak dan bongkak golongan orang yang mengaku hollier than thou yang selama ini bersembunyi di sebalik jubah dan serban.  

Yakinlah, sampai kiamat sekali pun mereka tidak akan mampu untuk membuat pembelaan dan penjelasan mengenai amanat tersebut secara ilmiah dan hikmah.  

Mungkinkah ini yang dikatakan Anas r.a, Rasulullah saw bersabda "Akan ada diakhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq". 
Dan ulama yang menjual agamanya dengan sedikit dari harta benda dunia.


Saturday, December 29, 2012

DAYAK SARAWAK PEGANG AMANAT HAJI HADI


Ketika masyarakat muslim di negara ini mengutuk amanat Haji Hadi, berbeza pula dengan reaksi masyarakat Dayak. Mereka akan terus menggenggamnya dengan utuh.

MUSTAHIL? Tidak. Ini kenyataan. Masyarakat Dayak di Sarawak akan tetap terus berpegang kepada AMANAT HAJI HADI. Tetapi bukan  amanat di Peradong April 1981. Tapi "amanat Batang Ai" (April 2009) - amanat hasil keceluparan pemimpin pakatan haram yang melihat masyarakat Dayak dengan begitu hina. 


"Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita (pembangkang). Cuma di Batang Ai saja kita kalah sebab mereka ini (Dayak) tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek (cantik), undi PAS (Pembangkang)"




Dayak tidak mudah lupa dan Dayak tidak akan lupa
kecuali Baru Bian dan pemimpin Dayak dalam  pakatan haram pembangkang.

Friday, December 28, 2012

HANCUR: Ramai pemimpin Sarawak ikut jejak langkah Lajim Ukim





Berdasarkan kekerapan dan intensity kempen  Anwar Ibrahim di Sarawak kebelakangan ini,  ramai mula meragui sama ada Sarawak akan kekal menjadi "fix deposit" bagi BN dalam PRU akan datang. Dengan menampilkan Lajim Ukim dan Wilfred Bumburing di pentas-pentas ceramah sebagai model pemimpin yang keluar daripada BN, Anwar yakin ramai pemimpin politik Sarawak akan MENGIKUT JEJAK LANGKAH  mereka berdua. 


Anwar memang pemimpin hebat. Ramalannya tepat.  Memang benar, ramai pemimpin dan ahli politik Sarawak yang ikut jejak langkah Lajim dan Bumburing. Mereka sama-sama melompat keluar parti. 

Jimmy Donald & sebahagian para pemimpin kanan
PKR Sarawak yang tinggalkan parti
Hanya bezanya Lajim dan Bumburing lompat keluar BN , para pemimpin lain pula lompat keluar PKR. Tatkala Lajim dan Bumburing kata  sokong Anwar, para pemimpin PKR Sarawak pula tinggalkannya. Tatkala Lajim dan Bumburing ucapkan taat setia pada Anwar, ramai pemimpin PKR Sarawak pula sembah derhaka padanya. Tatkala Lajim dan Bumburing jilat Anwar, para pemimpin PKR Sarawak pula meludahnya.

Antara sebab utamanya  ialah hilang kepercayaan pada Anwar yang semakin rosak reputasi, imej dan moralnya.  PKR juga semakin dilihat sebagai parti pembohong kerana gagal menunaikan janji pilihan raya mereka di beberapa negeri yang diperintahnya. 

Selain daripada itu mereka juga hilang keyakinan kepada Baru Bian, pengerusi yang dilantik Anwar secara autokratik tanpa sokongan pemimpin dan ahli bawahan. Malah ramai pemimpin Iban yang lebih senior daripadanya melihat perlantikan ini sebagai memperbodohkan kaum Iban.

Kalau tak percaya tanya Jimmy Donald, bekas ketua PKR Sri Aman atau Munan Laja bekas ketua PKR Kapit atau Jonas Riong bekas ketua PKR Serian.

Kalau masih tak percaya  tanya pada bekas pemimpin awal PKR Sarawak dan bekas calon  dalam beberapa pilihan raya seperti  Mohamad Jolhi, Dominique Ng, Dr. John Brian Anthony, Ambrose Labang, Robert Lim dan lain-lain lagi.  Nasib mereka tak ubah seperti  "kondom" dalam video China Doll -  you know! Nobody wants it. Useless. Jijik. 

Dan, diijangka lebih ramai pemimpin veteran akan turut keluar apabila tidak disenaraikan sebagai calon bagi PRU 13 nanti. Menurut sumber dalaman, kriteria utama PKR dalam memilih calon untuk pilihan raya akan datang ialah mereka bukan saja mesti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh tetapi yang lebih penting "you're my man".


Nuar! Nuar! Lu makan dua, gua makan sepuluh....

Thursday, December 27, 2012

PAS SARAWAK DEGIL TAK IKUT ARAHAN HAJI HADI






Wahai Haji Adam Ahid! 
Dengar betul-betul. Presiden PAS Haji Hadi dah bagi arahan semenjak 1981 lagi bahawa UMNO itu kafir. Diulang sekali lagi...UMNO itu kafir. Apa jua yang berkaitan dengannya adalah haram. 

Semalam Mursyidul Am Nik Ajis perkukuhkan lagi arahan tersebut dengan meminta Haji Hadi pertahankan amanat yang dibuatnya di Kpg. Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.  


Maka dengan itu, sebagai Pengerusi PAS Sarawak bersama-sama dengan  ahli jawatankuasa kamu serta ahli-ahli parti kamu boleh diisytiharkan sebagai ingkar perintah 'agama' kerana:



  • Tidak membuat akad nikah sekali lagi untuk menghalalkan pernikahan dengan isteri masing-masing. Ingat! akad nikah berkadikan kadi lantikan kerajaan BN itu adalah tidak sah.
  • Pelahap makan makanan sembelihan orang kampung ( yang kebanyakannya penyokong parti PBB yang bersekongkol dengan UMNO) ketika kenduri.
  • Bersembahyang Jumaat berimamkan  tuan imam lantikan kerajaan.
  • Bersembahyang dimasjid dan surau yang dibina oleh kerajaan.
  • Menguburkan jenazah ahli keluarga  dan sahabat handai kamu di tanah perkuburan yang disediakan kerajaan dan berdekatan kubur orang PBB.
  • Membiarkan ahli keluarga kamu makan gaji di jabatan dan agensi kerajaan.
  • Membiarkan diri kamu makan duit BR1M.
  • Menyekolahkan anak-anak kamu di sekolah kebangsaan bergurukan cikgu kerajaan.
  • Menunaikan haji menggunakan khidmat Tabung Haji yang diasaskan oleh kerajaan BN.

INGAT! SEMUA ITU HARAM. 
Kecualilah Islam kamu tak sama dengan Islam Haji Hadi dan Nik Ajis.
Kecualilah Islam kamu ada dua versi. Dan kalau gitu jawapan kamu...tak apa lah. 
Hantam sajalah labuuuuuuuu.


Wednesday, December 26, 2012

MALAYSIA LAKSANA HUDUD 2013?

KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang iaitu DAP.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini. Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.

Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini - 26 Julai 2012. Rujuk juga kenyataan rasmi PAS di SINI.

Berdasarkan kenyataan tegas tersebut  kemungkinan besar ia akan dilaksanakan tahun depan apabila Pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BN selepas PRU 13. 

Justeru, untuk orang-orang Sarawak yang tak tahu apa itu hukum hudud biarlah aku tolong PAS jelaskan secara mudah.



Untuk wanita yang mendakwa dirogol tetapi gagal membawa
empat orang saksi (Qazaf)
Untuk yang membunuh


Untuk yang mencuri dan merompak
Untuk wanita yang berzina

Dan, ini pula jawapan untuk wanita mangsa rogol yang suka berpakaian seksi:

Jadi, sama-samalah kita undi mana-mana calon Pakatan dalam PRU13 nanti untuk melihat impian Nik Ajis menjadi kenyataan.

Hudud manah ka nuan!!! Hudud manah ka nuan!!!


Tuesday, December 25, 2012

RFS: Lets have free sex in Sarawak

Setiap kali aku 'ON' RFS - Radio Free Sex...ooops! Sorry tersasul. Radio Free Sarawak - radio yang sepatutnya mempengaruhi pandangan rakyat agar membenci dan menjatuhkan kerajaan, aku rasa lain macam. Aku jadi hilang fokus. Jadi tak keruan. Entah mengapa...

Lebih-lebih lagi bila mendengar suara pengacaranya - John Peter Jamban dan Christina Suntai. Meremang bulu ku. Segala yang mereka perkatakan tak kira lah samada hal Murum atau Baram atau hal NCR,  semuanya bagaikan masuk telinga kanan dan keluar balik telinga kanan. Tak masuk langsung.

Entah mengapa Radio Free Sarawak hanya membuat hormon adrenaline dan testosterone ku menggelegak. Bukan kerana apa yang mereka perkatakan  itu purely propaganda yang terlalu murah dan tidak ada seni tetapi suara mereka menyentuh 'sex sense' aku.

Entah mengapa setiap kali aku mendengar suara Jaban dan Suntai  fikiran ku terbayangkan amalan  free sex. Terbayangkan 'minah salleh' yang putih gebu dan montok. Terbayang difikiran ku big ass, big tits, busty dan bootylicious. Terbayang   di fikiran ku tentang gangbang, threesome and foursome.

Entah mengapa, setiap patah perkataan  yang John dan Suntai ucapkan, yang terdengar ditelinga ku hanyalah "uuuh! aaaah! uuuh! aaah! Erangan dan jeritan keseronokan John dan Suntai.  Entah mengapa setiap helaan nafas mereka  berdua aku terbau sesuatu yang amat busuk dan hanyir.

Apa-apa pun Tahniah John! Kau satu-satunya anak Sarawak yang berjaya  mengharungi pelbagai 'lubang' di persada antarabangsa. Lantas, tidak hairan kau menjadi kebanggaan....................kebanggaan orang seperti Anwar.





SEBELUM MENDENGAR APA YANG DIKATA
NILAI DULU SIAPA YANG BERKATA

Sunday, December 23, 2012

PLEASE NIK AJIS! TERUSKAN BERTANDING



YAB Tok  Guru,
Aku sokong hasrat Tok Guru nak bertanding dalam PRU13 akan datang. Alasan Tok Guru "Selagi masih ada orang Melayu yang sokong UMNO maka adalah menjadi keWAJIBan Tok Guru  untuk menentang parti itu" adalah satu alasan paling masuk akal. Alasan bijak. Boleh diterima. Walau pun ramai rakyat Malaysia yang pecah perut ketawa mendengarnya. Pedulikan mereka.

Bukan setakat PRU13, kalau Tok Guru nak terus bertanding dalam PRU 14, 15 atau 20 sekali pun aku tetap sokong. Selagi Tok Guru bernafas dan mampu keluarkan 'fatwa',  Tok Guru WAJIB terus bertanding. Perjuangan Tok Guru WAJIB diteruskan. Ini fisabilillah. Orang Melayu wajib keluar UMNO. Orang Melayu wajib masuk parti Pakatan. Tak kisah lah parti mana. DAP pun boleh. Nas nya? Nanti Tok Guru reka-reka lah hadis. Atau nanti aku minta Al Qardawi sound sikit...

Tok Guru jangan peduli kata-kata Tun Mahathir yang minta Tok Guru bersara. Lagi pun ini demokrasi. Berpolitik mesti at a level playing field. Minta Tok Guru berundur samalah dengan perbuatan referee korea yang bagi kad merah pada pemain Malaysia ketika menentang Thailand dalam piala suzuki tempoh hari. Tak adil. Tak aci. Tok Guru ni bagaikan  pemain utama Pakatan. Tok Guru ni aset pembangkang. Mana boleh dikeluarkan.

Tok Guru ni ulamak extra-ordinary.  Memiliki keistimewaan yang tak ada pada ulamak lain. Hanya Tok Guru yang mampu melihat aku sebenarnya  tengah khusyuk sujud  dalam video china doll walau pun seluruh dunia melihatnya dengan cara yang lain. Hanya Tok Guru yang mampu melihat gambar Elly Wong tidur terkangkang sebagai sesuatu yang  syahdu walau pun Mat sabu  melihatnya dengan penuh bernafsu. Hanya Tok Guru yang boleh melihat nur di wajah Mat Sabu walau pun Mat Sabu sendiri melihatnya "masih bau burit Mah".

Tok Guru seorang ulamak hebat. Ulamak yang boleh melihat bahawa lebih berkat berpelukan dengan Kit Siang daripada bersalam dengan Najib. Ulamak yang boleh melihat serban Karpal sebenarnya lebih afdhal dari kopiah mufti Harussani.

So please Tok Guru teruskan bertanding. Biar pun Tok Guru selalu keluar masuk hospital. Selagi Tok Guru tak "pecah perut" seperti yang Tok Guru doakan untuk Najib, tak apa...Kalau Tok Guru terpaksa berkerusi roda pun tak apa. Taklah Karpal kesunyian. Biar pun Tok Guru dah semakin nyanyuk pun tak apa...makin nyanyuk makin bagus. Maka, semakin banyaklah nanti fatwa kita untuk mengenakan UMNO. Jenuh lah nanti mufti-mufti kerajaan nak jawab.

Pleeeeeeaaaassse! Tok Guru teruskan bertanding. Putra Jaya dah semakin hampir. Aku yakin kita berjaya  kerana Pakatan ada kau dan aku. Ada  ulama hebat dan pemimpin anugerah tuhan.








Friday, December 21, 2012

KISAH BENAR: KATAK JADI PUTERA RAJA


  • Neil Armstrong - the first person to walk on the moon.
  • Edmund Hillary - the first man  to reach the summit of Everest.
  • Ferdinand Magellan - the first man to sail around the world.
  • James Cook - the first person to cross the Antartic Circle
  • Sheikh Muszaphar - the first malaysian in space....dan banyak lagi yang lain.
Sebagai manusia "The First",  tiada siapa menafikan bahawa mereka wajar berbangga.

Tapi, yang "First" satu ni...tak tahulah apa nak kata. Lucu ada. Sedih pun ada. Rasa nak termuntah dan terkencing  pun ada.  Beliau yang aku maksudkan  ialah:


Dr. John Brian anthony - THE FIRST DAYAK TO BE APPOINTED AS A MEMBER OF THE DAP CEC. Tak ubah macam "Kaduk naik junjung" , dengan bangga dia berkata, "My appointment as a member of the most powerful CEC is a first step to penetrate the Dayak areas. It is  a smart move by the party as you cant go to the Dayak areas without any Dayak leader in the party and it was a pleasant surprise".


Tapi, apa-apa pun tahniah pada DAP kerana menerima John Brian - yang sebenarnya a living example   seekor katak politik yang sering melompat ke sana ke mari hanya untuk mencari lalat . Seekor katak yang tidak pernah dipedulikan oleh masyarakat Dayak sejak sedekad yang lalu - kalah dua kali dalam pilihan raya. Sekali atas tiket SNAP (2006) dan sekali lagi atas tiket PKR (2011).


Menyedari diri tak ada nilai politik dan tak akan mendapat tempat dalam barisan kepimpinan tertinggi PKR Sarawak , John melompat pula ke DAP. Sebagai opportunis, John tahu dia akan mendapat kedudukan dengan mudah dalam DAP. Bukan sebab 'nilai' nya tapi kerana  bilangan pemimpin Dayak dalam parti tersebut boleh dibilang dengan jari. 


DAP pula yang sudah terlalu lama mengidamkan undi Dayak terus menjadikan John sebagai "window dressing" untuk menarik perhatian mereka. Sebagai balasan, John must deliver dalam PRU akan datang. Boleh ke? Anda tahu jawapannya. 


Selepas PRU akan datang nama John Brian Anthony kemungkinan besar sekali lagi akan tercatat sebagai  THE FIRST IBAN to be appointed as a member of the most powerful MAJLIS SYURA ULAMA  of PAS.











Thursday, December 20, 2012

SEGALANYA TURUN: RAKYAT SARAWAK SOKONG PAKATAN?






Kalau ikutkan Anwar segalanya bukan saja akan diturunkan tapi terus dihapuskan. Demi kepentingan rakyat. Demi keadilan rakyat. Demi kesejahteraan rakyat.

"Hari ini kita menang, esok harga minyak akan kita turunkan. Hari ini kita menang, esok air akan diberi percuma. Hari ini kita menang, esok semua tol akan dihapuskan. Hari ini kita menang, esok PTPTN kita hapuskan.........".

Tapi, bila dah menang segalanya naik. Bukan sekadar anu bengkok.

Di Kedah, cukai tanah UUM naik 10 kali ganda sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8  juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Di Pulau Pinang harga rumah melambung naik sehingga 200 % sehingga ramai rakyatnya berpindah ke seberang Prai dan Kedah.

Terbaru, di Selangor cukai pintu naik sehingga 70 %  walau pun sebelum PRU12 menjanjikan penurunan 20%.  Untuk yang lewat bayar, denda naik daripada RM2 ke RM20. Rakyat Selangor dah mengamuk. Orang Sarawak yang mengidamkan kerajaan Pakatan sila lihat SINI.

MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNA




Saturday, December 15, 2012

ASYIK GUGUR...BILALAH NAK BERANAK!




Baru saja nak 'bunting' dah dijolok oleh si 'anu' bengkok. Baru saja nak bunting dah dicucuk oleh si 'apek' kulup. Akhirnya  'keguguran'  lagi.  Inilah akibatnya berkahwin ikut hati. Ikut nafsu. Kalau asyik 'gugur' bilalah nak beranak. Jangan kata nak beranak, nak mengidam Putra Jaya pun tak sempat.

Mula-mula gugur  Negara Islam. Gantikan dengan negara kebajikan.
Baru saja nak sebut Hudud...Karpal berdehem sikit... terus gugur.
Baru saja nak saman unisex saloon...si  apek kulup menjeling...gugur lagi.
Baru saja nak tangkap amoi khalwat...si apek kulup melenting...gugur lagi.
Baru saja nak buat peraturan papan iklan...si apek kulup bersin...gugur lagi.
Baru saja nak sebut mahu lebih banyak kerusi dalam PRU...si Guan Eng tonggeng...gugur lagi.
Baru saja nak angkat Hj. Hadi jadi PM...si Singh tengking...gugur lagi.

Nasib kau lah PAS!!! Peranan kau sekadar tonggeng dan kangkang. 
Hanya untuk memuas nafsu serakah orang lain. 





Friday, December 14, 2012

HADI JADI PM? I like



KALAU LAH...KALAU LAH...Pakatan berjaya menang PRU 13 dan memerintah negara, Haji Hadi Awang pasti akan jadi Perdana Menteri,  sesuai dengan kenyataan Hadi bahawa partinya adalah terkuat dalam Pakatan dan bakal bertanding di lebih 80 kerusi dalam PRU akan datang. PAS dijangka akan menjadi parti yang paling banyak kerusi dalam parlimen .

Perkara ini disahkan oleh Dewan Ulama PAS dalam muktamar ke 58 parti tersebut baru-baru ini yang tetap mahukan Hadi sebagai PM sebagai mana yang dituntut oleh semua ahli akar umbi dan penyokong PAS di seluruh negara.

Wakil Dewan Ulama Mohd. Asri Daud berkata "Datuk Seri Presiden yang PALING LAYAK kerana kita mahu PEMIMPIN YANG BAIK". (dalam erti kata lain Anwar Ibrahim, Kit Siang dan Karpal tidak baik setidak-tidaknya jika dibandingkan dengan Hadi)

Antara mereka, memang Hadi terbaik dari segi moral. Tidak terlibat dalam skandal seks. Tidak pernah didakwa dengan tuduhan liwat. Tidak pernah 'menghasilkan' video dengan China Doll. Tidak pernah dirakam perbualan telefonnya yang menggangu  isteri-isteri orang.

Hadi juga tidak seperti Anwar yang disamakan Tun Mahathir dengan Barack Obama yang "janji banyak, janji hebat tetapi banyak tidak ditunaikan". Dalam hal ini Tun mungkin lupa bahawa Anwar juga sama seperti Bill Clinton yang suka "hentam" pembantunya dalam pejabat.  Malah lebih teruk...kerana Clinton buat "straight" dengan wanita.

Rakyat Sarawak jangan bimbang. Hadi terbaik.  Hadi will give you what you want. YOU WANT CHANGE? You'll get it. Be prepared.

HADI PEMADU MANAH! IYA KA MERIK SENEKA ATI NUAN. KITAK KA NGUBAH? KITAK TULIH KA JULUK ATI KITAK. BERSEDIA MEH! 

Yang pasti tiada lagi kes khalwat. Lihat sini.  Sini.
Yang pasti tiada lagi maksiat . Lihat SINI. Lihat SINI.






Thursday, December 13, 2012

CATATKAN DALAM SEJARAH BIAR ANAK CUCU KITA TAHU

Selain daripada peristiwa 13 Mei, tidak  pernah berlaku dalam sejarah moden politik negara yang menunjukkan 'kegilaan melampau' seperti mana yang berlaku dalam dekad ini. Malah , perjuangan memerdekakan negara pun berlaku dalam suasana aman dan tertib. Namun, segalanya berubah bila lahirnya pemimpin "anugerah tuhan" dalam dunia politik negara. Segalanya jadi tunggang terbalik. Segalanya jadi 'luar tabie'.  Depan dan belakang  dah tiada beza . Sehingga suara menentang kepentingan Islam dan Bumiputera semakin lantang. Sehingga memfitnah, mencerca dan mentohmah sudah  menjadi asam garam kehidupan. Sehingga lahir:

  • Spesies yang ganas.


  • Species yang tidak menghormati undang-undang .

 

  • Spesies yang biadab kepada Sultan.
  • Spesies yang suka buntut dan LGBT

Teringat sabda Rasulullah saw : Dajjal ialah orang yang buta matanya, lebat rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim).

SEMUANYA KERANA DIA...KERANA DIA.

Wednesday, December 12, 2012

PEMIMPIN 'ANU' BESAR JIWA KECIL


Jangan mimpi untuk mendengar Anwar bersumpah muhabalah untuk menegak kebenaran dan keadilan walau pun untuk dirinya; jangan mimpi untuk mendengar Anwar dan pemimpin PKR untuk minta maaf pada rakyat Selangor walau pun membohongi mereka dengan janji-janji manis pilihan raya; dan jangan mimpi untuk mendengar Anwar minta maaf  pada penduduk  Kpg. Buah Pala yang berputih mata kerana  kehilangan kampongnya.
Jangan mimpi untuk mendengar Anwar minta maaf pada ahli dan penyokong Pakatan walau pun gagal menunaikan janji 16 September; jangan mimpi untuk mendengar Anwar minta maaf pada seluruh umat Islam walau pun jelas menyokong survival Israel dan zeonisme; dan jangan mimpi nak dengar Nurul Izah minta maaf dan bertaubat walau pun jelas meminta kebebasan beragama untuk orang Melayu.

Jangan juga nak berangan untuk mendengar  Hj. Hadi Awang  minta maaf pada masyarakat Dayak walau pun menghina mereka dengan perkataan bodoh dan cawat;  jangan nak berangan  untuk mendengar Hj. Hadi  minta maaf  pada ahli UMNO setelah mengkafirkan mereka; dan jangan nak berangan untuk mendengar Hj. Hadi minta maaf pada umat Islam yang dikelirukan dengan fatwa songsangnya.

Jangan nak berangan untuk mendengar Nik Ajis  minta maaf pada umat Islam setelah "mensamsengkan" Allah; jangan nak berangan untuk mendengar Nik  Ajis minta maaf pada penyokong PAS walau pun membohongi mereka kononnya DAP sudah ditarbiyah untuk menerima Islam dan hudud; jangan nak berangan untuk mendengar Nik Ajis minta maaf pada Najib setelah mendoakan pecah perutnya; dan jangan berangan nak mendengar   Nik Ajis minta maaf dengan penduduk Kelantan setelah 20 tahun memberi mereka minum air kotor. 

Apatah lagi  nak  terfikir  untuk mendengar Lim  Kit Siang minta maaf pada orang Melayu setelah menghina mereka pada insiden 13 Mei 1969;  jangan cuba nak terfikir  untuk mendengar Karpal  minta maaf pada umat Islam setelah memperlekehkan undang-undang syariah; dan jangan cuba nak terfikir Lim Guan Eng nak minta maaf kerana mengabaikan kebajikan kaum bumiputera Pulau Pinang.

Kerana Anwar dan pemimpin pembangkang hanya ada 'anu' besar tapi jiwanya kerdil. Mereka manusia sombong, angkuh dan bongkak.  Manusia yang merasakan dirinya sempurna, maksum dan suci dari segala dosa. Manusia yang merasakan dirinya "anugerah Tuhan", pemegang kunci syurga, tokong  dan dewata. Manusia yang hanya tahu menyalahkan orang lain bila melakukan kesalahan.  Manusia yang merasakan boleh melakukan apa saja tanpa berdosa. 

Kerana mereka bukan seperti pemimpin BN, manusia  yang berjiwa besar.  Pemimpin yang ikhlas dan tawaduk. Yang mengakui dirinya makhluk ciptaan Allah yang tidak sempurna.  Manusia yang tidak keberatan mengakui kesilapan dan kekurangan. Manusia yang sanggup memohon maaf dan memaafkan.

Kerana mereka bukan Datuk Seri Najib yang sanggup minta maaf pada rakyat secara terbuka pada Perhimpunan UMNO lalu. Mereka tidak seperti Najib yang sedar bahawa dia hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

Kerana mereka juga bukan Pehin Seri Taib sanggup  memaaf dan menarik balik samannya terhadap pemimpin pembangkang Sarawak, Wan Zainal dan See Chee How yang memfitnahnya menyalahgunakan kuasa untuk membolot hutan Sarawak.

Kerana mereka bukan pemimpin BN yang tahu meminta maaf dan memaafkan. Mereka hanyalah 'a wild political animals' yang pendendam, rakus, berANU besar tapi berjiwa kecil.












Monday, December 10, 2012

SIAPA KATA ANWAR BERBOHONG


Pada perhimpunan tersebut aku turut bersama bertepuk tangan dan bersorak sorai.




Pada hari ini, teringat kembali perhimpunan tersebut aku bertepuk dahi dan menyumpah seranah. Hidup-hidup aku dan seluruh rakyat Malaysia dibohonginya. Huaaakk ptuiii...

Bye-bye Anwar! Bye-bye PKR!

ANWAR SELAMATKAN RAKYAT SARAWAK


Dua minggu selepas Anwar menjadi Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan, Anwar akan mengembalikan kuasa autonomi penuh kepada Sarawak dan selesaikan masalah tanah NCR. Bravo!Bravo!Bravo! 
Ooops!  Sebelum tu, mari kita tengok dulu video ini.




Hidup-hidup rakyat ditipunya.
So, Bye-bye Anwar! Bye-bye PKR!

Friday, December 7, 2012

BAPAK KONSPIRASI MALAYSIA





Sebelum ini mati-mati aku percaya  Anwar Ibrahim ni mangsa konspirasi.  Anwar ni manusia yang cukup bersih.  BilaTun Mahathir pecat dia atas alasan rasuah penyalahgunaan kuasa dan melakukan liwat terhadap Azizan  Abu Bakar dan Sukma Darmawan pada 1988,   Anwar  mendakwa s emua itu “Conspiracy at the highest level” yang melibat mungkin ratusan orang dan agensi untuk menjatuhkannnya.

Pada 2008, Anwar dituduh lagi di mahkamah atas tuduhan meliwat  Mohd. Saiful Bukhari . Kali ini DNA nya telah ditemui dalam lubang dubur Mohd Saiful dan disahkan oleh tidak kurang dari tujuh orang, termasuk beberapa doktor pakar, pakar kimia dan forensic. Sekali lagi dia mendakwa “Ini semuanya konspirasi untuk membunuh karier politiknya”.

Setiap kali ada tuduhan terhadapnya, pasti itu  satu konspirasi. Bila difikir-fikirkan secara waras,  konspirasi apa namanya yang melibat terlalur amai orang dari pelbagai agensi.   Konspirasi apa namanya jika mangsa sanggup bersumpah atas nama Allah. Konspirasi apa namanya jika air maninya boleh bertakung dalam dubur Saiful. Konspirasi apa namanya jika Lee Kuan Yew dan wikileak  pun tahu kegemaran peliknya.  Kalau pun benar ini  satu konspirasi,  aku pasti CIA, KGB  dan Mossad tunduk kepada  Malaysia atas kehebatan membuat corvet aktiviti  yang dahsyat ini.
Inilah  yang dikatakan  “kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih”.

Antara konspirasi besar yang  Anwar lakukan ialah:

  • Ketegaannya menjatuhkanTun Ghafar Baba, pada 1993 dari jawatanTimbalan Presiden UMNO. Kerakusan nafsunya terhadap kuasa begitu jelas  apabila dia dan kroninya mengadakan roadshow  keseluruh Negara untuk memburuk-buruks eorang pemimpin yang banyak berjasa kepada agama dan bangsa.  Sikap jeliknya juga terpancar apabila dia mengumpanketua-ketua Bahagian dengan pink-forms  untuk memastikan mereka menolak Tun Ghafar.  Sehingga tiga perempat Bahagian dikatakan dalam genggaman Anwar.
  • Cubaan merampas kerusi Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dengan mencetuskan kegelisahan social dan politik melalui krisis matawang dan kegawatan ekonomi pada 1997. Ketika kegawatan ekonomi akibat serangan speculator dan manipulator matawang yang mengakibatkan BSKL kerugian RM432 Billion, semua sector terjejas dan kuasa membeli rakyat jatuh merudum ,  Anwar sebagai Menteri Kewangan atas nasihat  kawannya Camdessus, Ketua IMF  memperkenalkan dasar  “tikus membaiki labu”. Bunga bagi semua pinjaman bank dinaikkan.  Bayaran balik minimum  bagi pinjaman kad kredit dinaikkan daripada 5 % kepada 15%.  Akibatnya ramai yang jatuh bankrupt.  Rakyat semakin gelisah.  Anwar berharap rakyat akan memberontak menentang  Dr. Mahathir sepertimana yang berlaku di Indonesia yang membawa kepada kejatuhan Presiden Suharto.
  • Merencanakan kejatuhan Dtk  Najib dengan mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya dan pembelian  Scorpene.  Dalam hal ini Anwar hampir berjaya menampakkan ia seolah-olah real kerana dia bukan saja menggunakan media tempatan tetapi juga media Barat serta bantuan pelbagai tabung kewangan ,NGOs, peguam-peguam dari  dalam dan luar Negara.


Namun siapa pun kita, Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana. Bila datang yang hak maka terpadamlah yang batil.  Semakin lama semakin jelas konspirasinya. Ia bukan saja didedahkan oleh pihak kerajaan tapi juga bekas rakan-rakannya sendiri seperti Raja Petra Kamarudin. 

Apa-apa pun dia memang layak mendapat anugerah BAPAK KONSPIRASI MALAYSIA.
Bukan senang nak mendapat gelaran setinggi ini kerana hanya manusia yang memiliki sifat kebinatangan saja yang mampu melakukannya.

SO, BYE-BYE ANWAR! BYE-BYE PKR!