Pages

Followers

Wednesday, December 12, 2012

PEMIMPIN 'ANU' BESAR JIWA KECIL


Jangan mimpi untuk mendengar Anwar bersumpah muhabalah untuk menegak kebenaran dan keadilan walau pun untuk dirinya; jangan mimpi untuk mendengar Anwar dan pemimpin PKR untuk minta maaf pada rakyat Selangor walau pun membohongi mereka dengan janji-janji manis pilihan raya; dan jangan mimpi untuk mendengar Anwar minta maaf  pada penduduk  Kpg. Buah Pala yang berputih mata kerana  kehilangan kampongnya.
Jangan mimpi untuk mendengar Anwar minta maaf pada ahli dan penyokong Pakatan walau pun gagal menunaikan janji 16 September; jangan mimpi untuk mendengar Anwar minta maaf pada seluruh umat Islam walau pun jelas menyokong survival Israel dan zeonisme; dan jangan mimpi nak dengar Nurul Izah minta maaf dan bertaubat walau pun jelas meminta kebebasan beragama untuk orang Melayu.

Jangan juga nak berangan untuk mendengar  Hj. Hadi Awang  minta maaf pada masyarakat Dayak walau pun menghina mereka dengan perkataan bodoh dan cawat;  jangan nak berangan  untuk mendengar Hj. Hadi  minta maaf  pada ahli UMNO setelah mengkafirkan mereka; dan jangan nak berangan untuk mendengar Hj. Hadi minta maaf pada umat Islam yang dikelirukan dengan fatwa songsangnya.

Jangan nak berangan untuk mendengar Nik Ajis  minta maaf pada umat Islam setelah "mensamsengkan" Allah; jangan nak berangan untuk mendengar Nik  Ajis minta maaf pada penyokong PAS walau pun membohongi mereka kononnya DAP sudah ditarbiyah untuk menerima Islam dan hudud; jangan nak berangan untuk mendengar Nik Ajis minta maaf pada Najib setelah mendoakan pecah perutnya; dan jangan berangan nak mendengar   Nik Ajis minta maaf dengan penduduk Kelantan setelah 20 tahun memberi mereka minum air kotor. 

Apatah lagi  nak  terfikir  untuk mendengar Lim  Kit Siang minta maaf pada orang Melayu setelah menghina mereka pada insiden 13 Mei 1969;  jangan cuba nak terfikir  untuk mendengar Karpal  minta maaf pada umat Islam setelah memperlekehkan undang-undang syariah; dan jangan cuba nak terfikir Lim Guan Eng nak minta maaf kerana mengabaikan kebajikan kaum bumiputera Pulau Pinang.

Kerana Anwar dan pemimpin pembangkang hanya ada 'anu' besar tapi jiwanya kerdil. Mereka manusia sombong, angkuh dan bongkak.  Manusia yang merasakan dirinya sempurna, maksum dan suci dari segala dosa. Manusia yang merasakan dirinya "anugerah Tuhan", pemegang kunci syurga, tokong  dan dewata. Manusia yang hanya tahu menyalahkan orang lain bila melakukan kesalahan.  Manusia yang merasakan boleh melakukan apa saja tanpa berdosa. 

Kerana mereka bukan seperti pemimpin BN, manusia  yang berjiwa besar.  Pemimpin yang ikhlas dan tawaduk. Yang mengakui dirinya makhluk ciptaan Allah yang tidak sempurna.  Manusia yang tidak keberatan mengakui kesilapan dan kekurangan. Manusia yang sanggup memohon maaf dan memaafkan.

Kerana mereka bukan Datuk Seri Najib yang sanggup minta maaf pada rakyat secara terbuka pada Perhimpunan UMNO lalu. Mereka tidak seperti Najib yang sedar bahawa dia hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

Kerana mereka juga bukan Pehin Seri Taib sanggup  memaaf dan menarik balik samannya terhadap pemimpin pembangkang Sarawak, Wan Zainal dan See Chee How yang memfitnahnya menyalahgunakan kuasa untuk membolot hutan Sarawak.

Kerana mereka bukan pemimpin BN yang tahu meminta maaf dan memaafkan. Mereka hanyalah 'a wild political animals' yang pendendam, rakus, berANU besar tapi berjiwa kecil.












No comments:

Post a Comment