Pages

Followers

Friday, May 10, 2013

RADIO FREE SARAWAK TAK LAKU

Bulan Mac lepas saya pernah menulis Radio Free Sarawak sama seperti najis...Tak ada siapa yang mahukannya. Tak siapa yang mahu mendekati benda busuk lagi menjijikkan itu. Lihat sini.

Terbukti benar. Pola pengundian masyarakat Bumiputera khasnya di luar bandar dalam PRU lalu mengesahkannya. Tahap sokongan pengundi Bumiputera semakin kukuh. 65 % pengundi luar bandar masih memilih BN. Semua calon pembangkang Bumiputera termasuk Baru Bian jatuh tersungkur.  Baru Bian kalah teruk dengan majoriti 8,301 di Limbang. Bayangkan seorang Pengerusi PKR Negeri dan bertanding di kawasan majoriti pengundi Orang Ulu kalah seteruk itu...Memalukan!

Lebih dua tahun mulut pengacaranya Peter John Jamban, Stanley dan Suntai berbuih busuk, menghasut rakyat agar membenci kerajaan BN tapi tidak diendahkan. Siang malam menabur fitnah terhadap kerajaan tapi tiada siapa yang pedulikan.

Sia-sia saja duit Anwar, duit Soros membiayai mereka. Sia-sia saja PR bagi sepuluh ribu set radio transister percuma kepada penduduk luar bandar. Hasilnya KOSONG! Clare Brown pasti frust menonggeng waktu ni kan?


SO, TUTUP JE LAAAAAH!!!! 









CINA PUNYA PASAL, BUMIPUTERA UNTUNG


Change? You will get it!
Berdasarkan keputusan PRU13, secara puratanya kira-kira 65 peratus pengundi Cina di Sarawak memihak kepada DAP. BN kalah di semua kawasan termasuk Daerah Mengundi dan Lokaliti di mana Cina membentuk lebih 50 peratus pengundi. 

Natijahnya, semua calon Cina daripada SUPP kalah dalam PRU lalu. Trend yang sama ditunjukkan  dalam PRDUN 2011 di mana hanya dua kerusi Cina berpihak kepada SUPP , itu pun dengan majoriti tipis, manakala 12 lagi kerusi dimenangi DAP.

Andaikata pola pengundian masyarakat Cina berterusan seperti dalam PRU13 dan PRDUN 2011, Sarawak pasti akan mempunyai sebuah kerajaan yang 'bersifat' Bumiputera pada tahun 2016 - di mana masyarakat Cina tidak akan mempunyai suara dalam kabinet kerajaan Negeri. Yang ada hanya 'salakan' dalam Dewan Undangan Negeri yang tidak ubah seperti "anjing menyalak bukit".

Justeru, tanpa SUPP, yang telah setengah abad menabur jasa kepada masyarakat Cina, apa akan jadi kepada mereka?

Psst! secara purata lebih 70 peratus Bumiputera Sarawak setia pada BN.

YOU GET WHAT YOU GIVE!





Thursday, May 9, 2013

MESEJ DARI ORANG MELAYU / BUMIPUTERA SARAWAK KEPADA PKR

MASYARAKAT MELAYU / BUMIPUTERA SARAWAK SAMA SEKALI TIDAK MENERIMA  KEHADIRAN PKR DI SARAWAK.

Ini amat jelas. Daripada 15 kawasan yang PKR pertandingkan di negeri ini hanya SATU kawasan yang dimenangi, itu pun kerana sokongan pengundi Cina di Miri

Selebihnya di 14 kawasan majoriti pengundi Melayu dan Bumiputera, calon-calon PKR hanya mendapat 9 peratus  undi.

Di tiga kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu Santubong, Petra Jaya dan Batang Lupar, jumlah undi yang diperolehi calon BN meningkat dengan banyak

Di Santubong, majoriti yang diperolehi BN meningkat ke 20,936 undi. Di Petra Jaya pula meningkat ke 21,443 undi dan di Batang Lupar naik sehingga 10,968.

Di Santubong, calon BN memperolehi 85 peratus undi. Di Petra Jaya, 78 peratus dan di Batang Lupar pula 77 peratus - indikasi orang Melayu / Bumiputera Sarawak lebih percaya BN dari PKR. 

Jadi, udah-udahlah Zulrusdi, Mat Nazib dan Zul Engkeh! Sedarlah! Terimalah hakikat bahawa:

ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SARAWAK 
TAK HINGIN LANGSUNG PADA PKR.


Wednesday, May 8, 2013

CINA PUN FADE UP SAMA CINA

PCM vice chief Huan Chang Guan is calling a press conference today, and is also expected to announce the shutting down of his service centre in Perai.

"This election is  interesting. (we were) totally played out by the chinese, when they need help for schools, temples, association and others, they come for me. But when they vote, theu vote for DAP.

"I have learnt my lesson. Now I will close down all my service centres. Will spent my time enjoying myself. Lu orang mati lu orang punya pasal. jangan cari saya lagi," said a bitter  Huan on his Facebook page.

Saya sokong. Tak guna "melepas anjing yang tersepit". SUPP pun sama, perlu berkhidmat untuk orang yang mempunyai kad keahlian parti sahaja selepas ini. 


Monday, May 6, 2013

TAHNIAH BN! TAHNIAH BN! TAHNIAH BN!

TAHNIAH BN! TAHNIAH BN!
TAHNIAH RAKYAT SARAWAK!
ANDA BIJAK! ANDA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL!
ANDA TIDAK MUDAH DITIPU! DAN DIPERBODOHKAN!

TAKZIAH PKR! TAKZIAH PAS!
TAKZIAH SEMUA PENCACAI PKR DAN PAS!
TAKZIAH KERANA MEMBANTU MEMENANGKAN CHAUVINIST DAP!
TAKZIAH KERANA  ANDA HAMPIR MENGGADAIKAN MARUAH BUMIPUTERA!
TAKZIAH KERANA ANDA HAMPIR MENJADIKAN BUMI BERTUAH INI DILAKNAT ALLAH!

Saturday, May 4, 2013

BN SARAWAK DIJANGKA MENANG 26 KERUSI

Berdasarkan analisis akhir 8 agensi kerajaan sehingga pukul 9 malam tadi, BN Sarawak diramalkan menang 26 kerusi daripada 31 kerusi yang dipertandingkan. Hampir kesemua kerusi yang dimenangi adalah dari kawasan yang majoriti pengundinya adalah Bumiputera. 

Bagaimanapun atas sebab faktor tertentu, dalam worst case scenario, BN akan kalah 6 kerusi. Ini bermakna majoriti rakyat Sarawak khususnya masyarakat Bumiputera masih meyakini BN untuk menerajui  pemerintahan negeri dan negara.

Calon-calon PBB dijangka akan memenangi kesemua kerusi dengan majoriti selesa, manakala SPDP dan PRS akan menang dengan undi majoriti yang sedikit berkurangan.

SYABAS RAKYAT SARAWAK!
ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL DAN TEPAT
DEMI SARAWAK DAN MALAYSIA TERCINTA.


MACAM MANA PKR PULA YANG EDARKAN NETBOOK 1M NI?

Sebenanya bukan PKR Petra Jaya agihkan netbook 1M tapi hanya edarkan pembohongan. 

Petang tadi ramai pengundi di Petra Jaya menerima SMS dan surat palsu kononnya BN telah menawarkan netbook 1M kepada orang ramai dan meminta mereka menuntutnya di Pejabat Urusan Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya dengan segera.

Tujuannya ialah agar pihak yang pergi ke pejabat tersebut berasa kecewa dan marah kepada calon BN, Fadillah Yusuf apabila gagal mendapatkan netbook seperti yang ditawarkan melalui surat dan SMS tersebut.

Oleh itu, sesiapa penduduk Petra Jaya yang menerima SMS atau surat tersebut, sila abaikan kerana ia hanyalah PENIPUAN dan TAKTIK KOTOR PKR.

Wednesday, May 1, 2013

BACA ARTIKEL INI SEBELUM MENGUNDI




Tak kira siapa kita, agama kita, bangsa kita, kita perlu tolak sesiapa jua yang mengamal apatah lagi yang mempromosikan budaya gay, lesbian, bisexual, trans gender dan lain-lain budaya songsang yang sewaktu dengannya. Lebih-lebih lagi jika dia dan partinya ingin menjadi pemimpin negara. 

Ini bukan kerana sekadar perbezaan ideologi politik tetapi kewajiban kita sebagai seorang hamba Tuhan seperti mana yang diperintahkan Nya melalui Al Quran dalam surah An Naml ayat 27.


Maka, sebelum membuang undi pada 5 Mei nanti, 
WAJIB bagi anda membaca dulu di SINI.