Pages

Followers

Wednesday, January 30, 2013

MENGAPA AWANG TENGAH TIADA MASA LAWATAN TPM?


Ketiadaan kelibat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  ke Sarawak pada minggu lepas membuatkan para pencacai pembangkang termasuk sebuah akhbar tempatan bagaikan orang menang loteri. 

Bagi mereka, ketiadaan bayang Awang Tengah memberikan justifikasi kepada tuduhan mereka sebelum ini bahawa Awang Tengah "bersalah" dan "dihukum" dalam plot menjatuhkan Ketua menteri, Pehin Sri Abdul Taib.

Sebenarnya ia bukan sesuatu yang menghairankan kerana membuat fitnah, mentohmah, menipu  dan mengadu domba demi mendapatkan kuasa politik adalah darah daging pembangkang dan pencacainya. Kalau tidak kotor dan tidak menjijikkan ia bukan pembangkang. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, sikap dan fikiran yang lebih kotor dari najis babi ini sudah menjadi trade mark mereka.

Untuk makluman species ini, Awang Tengah sebenarnya telah berlepas ke Mekah bersama keluarga termasuk mertuanya untuk mengerjakan umrah pada minggu lepas. Pemergian ke tanah suci ini  bukan sesuatu yang mudah seperti makan angin ke London. Prosesnya memakan masa yang lama. Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal. Manakala program lawatan TPM ke Kuching pula bersifat segera.

Sebagai ketua keluarga dan muhrim kepada isteri, anak-anak dan mertuanya adalah mustahil untuk Awang Tengah membatalkan pemergiannya. Pembatalannya bermakna seluruh ahli keluarga juga terpaksa  melupakan niat mereka untuk menunaikan ibadah yang amat dituntutkan kepada umat Islam.

TPM tahu perkara ini. Ketua Menteri juga tahu, malah mengizinkan. 
So, the case is dismissed. 

Pembangkang didapati membohong lagi!


4 comments:

  1. Itulah pembangkang di malaysia, bukan nak memajukan rakyat. Tapi memperbodohkan rakyat dengan fitnah membabi buta.

    ReplyDelete
  2. Sudah terlalu banyak pembohongan yg dibuat macam dah immune agaknya .. tak ada impak yg buat rakyat gabrah ...

    ReplyDelete
  3. Awang Tengah sik dapat hadir mesyuarat kerana nya dan keluarga pergi mengerjakan umrah. Siapa yang kelaka benar tok??!, xkeadilan.blogspot madah tengah pergi umrah dan sebanakusarawak madah tengah hadir mesyuarat 2 jam lebih awal.

    ReplyDelete
  4. anon 321; he is in Mecca now wiz his family.

    ReplyDelete