Pages

Followers

Monday, January 28, 2013

BERITA KURANG ENAK...


Generasi muda akan mengundi menentang BN dalam PRU akan datang. Inilah ad nauseum yang menjadi pegangan pembangkang. Pandangan ini semakin dianggap benar apabila ia diakui pula oleh beberapa profesor kangkung  pro-pembangkang  yang kononnya  berdasarkan kajian saintifik.

Namun, berita ini pasti menjadi berita kurang enak untuk pembangkang. Berita yang boleh membuat mereka insomnia. 

Dua hari lepas,  Kementerian Dalam Negeri memaklumkan seramai 63,000 belia di Sarawak telah mendaftar sebagai ahli Squad Muda KDN. Mereka adalah sebahagian daripada 1.14 juta ahli berdaftar semenjak squad tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 25 Mei lalu. 

Squad tersebut bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelawan dan menggalakkan ahlinya untuk terlibat dalam kegiatan kemanusiaan dan kemasyarakatan. 

Selain daripada itu terdapat seramai 2.5 sukarelawan yang berdaftar dengan KDN diseluruh negara termasuk daripada RELA, Pertahanan Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Sukarelawan Simpanan Polis.

Dan, semalam sebuah NGO yang akan menjadi wadah dan payung bagi belia Dayak Sarawak iaitu Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (Pebedas) pula dilancarkan oleh Tan sri Dr. James Masing di Kuching.

Pertubuhan yang mempunyai cawangan hampir di seluruh Bahagian di negeri ini bertujuan untuk membantu kerajaan mencari jalan bagi membangunkan generasi muda Dayak dalam pelbagai bidang.

Meski pun  kedua-dua entiti tersebut tiada kaitan dengan politik namun secara tersirat ia membuktikan bahawa majoriti generasi muda tetap menyokong aspirasi dan agenda kerajaan - sekaligus menidakkan angan-angan pembangkang dan penemuan hasil kajian beberapa orang profesor kangkung.



PAS! Apalah  nak dibanggakan sangat kalau sekadar berbelas orang remaja
yang diupah menunggang motosikal buat bising,  pusing-pusing masuk kampung di Samarahan pada minggu
lepas.Tak ada signifikan. Tak ada IMPAK lah bro. Malah membuat orang menyampah.


No comments:

Post a Comment