Pages

Followers

Monday, January 21, 2013

MARI BUAT BERSIH 4.0


Selepas pengumuman keputusan pemilihan CEC 15 Disember, di mana tiada seorang pun daripada lapan  calon Melayu terpilih, DAP sekali lagi mengumumkan pada 3 Januari, 19 hari kemudian, terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi dan akhirnya mengisytiharkan calon yang kalah sebelum itu iaitu Zairil Khir sebagai ahli terpilih dalam CEC.

Akibatnya, dari hari ke hari, semakin ramai ahli dan pemimpin DAP peringkat cawangan  membuat laporan kepada ROS berkaitan dengan tindakan memanipulasi keputusan pemilihan CEC tersebut.

Mereka  berkata  "Jelas ini adalah kes manipulasi pemilihan, dan ia juga bertentangan dengan proses demokratik dan slogan parti iaitu kompetensi, akauntabiliti dan transparensi". 

Mereka bertambah marah apabila saranan agar diadakan pemilihan semula ditolak mentah-mentah oleh Setiausaha Agung  DAP, Lim Guan Eng. 

Justeru, sebagai "pejuang" pilihan raya bersih dan telus serta "juara" demokrasi sudah pasti Ambiga dan Samad Said  melihat ini sebagai satu alasan kukuh untuk merancang demonstrasi 4.0. Malah dengan bukti yang ada mereka ada justifikasi kukuh untuk cetuskan demonstrasi yang lebih brutal dan ganas. Kali ini bukan lagi di Dataran Merdeka tapi di Pulau Pinang. Di KOMTAR. Di pejabat Guan Eng, setiausaha agung sebuah parti yang kotor dan jijik.


Nah! Ambiga. Alasan kukuh untuk cetus demonstrasi. 
Nah! Samad Said. Ilham baik untuk tulis puisi.
Jangan kita asyik mencari kekotoran orang lain jika diri sendiri penuh najis babi.














No comments:

Post a Comment