Penjajah dan penjilatnya... |
Niat busuk Sarawak Report yang ingin menghuru-harakan PBB dan BN Sarawak melalui artikelnya The Plot to Dump Taib kini menjadi senjata makan tuan.
Pembohongannya bukan saja gagal mewujudkan ketidakstabilan dalam PBB tetapi juga semakin mengukuhkan perpaduan para pemimpin dan ahli-ahlinya di semua peringkat.
Sebagai reaksi kepada penipuan tersebut, dari pemimpin sehingga ahli akar umbinya kini bangkit menunjukkan perpaduan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Pehin Seri Taib.
Malah melalui artikel tersebut, Sarawak Report hanya menunjukkan kebodohannya dengan berfikir bahawa perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PBB dapat dirobek dengan begitu mudah. Jelas Sarawak Report lupa sejarah 1987 yang telah membuktikan walau sebesar mana sekali pun cabaran, kesetiaan majoriti ahli-ahli terhadap PBB tetap utuh dan tiada tolok bandingnya.
Apa-apa pun terima kasih juga kepada Sarawak Report kerana sekali lagi membuktikan kepada rakyat bahawa ia adalah sebuah blog yang tidak credible dan penuh dengan pembohongan, kebiadapan dan najis penjajah dan penjilat-penjilatnya yang harus dijauhi.
You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time.
Jangan lupa terima kasih kepada odi juga yang memulakan pembohongan ini.
ReplyDelete