Pages

Followers

Friday, March 29, 2013

AWAS!!! PAKATAN MAIN DAKWAT HITAM SEBELUM PILIHAN RAYA

Menurut seorang rakan baik dari PKR, beberapa kumpulan ahli dan penyokong Pakatan yang menyamar sebagai ahli-ahli NGOs  akan memasuki kampung dan taman perumahan beberapa  hari sebelum hari pembuangan undi akan datang. 

Mereka dikatakan akan mendekati penduduk khususnya di kawasan yang dikenali sebagai "kubu BN", kononnya untuk menerangkan kaedah dan proses pengundian menggunakan dakwat kekal. Mereka akan mencalit jari mereka dengan dakwat kekal yang sebenar yang sukar untuk dihilangkan. 

Tujuannya ialah apabila tiba hari mengundi, para penyokong BN ini tidak akan dibenarkan untuk mengundi kerana di jari mereka sudah terdapat kesan dakwat hitam. Ingat! Dakwat kekal yang dicalit di jari hanya boleh 'hilang' selepas tujuh hari.

Oleh itu, orang ramai diingatkan agar tidak melayan kehendak individu atau kumpulan yang ingin mencalitkan dakwat hitam dijari mereka.




ANWAR DAN SNG CHEE HUA BEKERJASAMA DI SARAWAK

"Mari "beli" undi Dayak"
Sebelum ini PKR dikatakan meminta Andy Wong untuk bertanding atas tiket parti tersebut untuk menentang Timbalan Menteri Penerangan Datuk Joseph Salang di kerusi Julau. Lihat SINI.

Melihat tiada peluang untuk menang, Andy akhirnya mengundur diri. 

Akibat daripada pengunduran Andy, PKR Julau mengadakan mesyuarat tergempar semalam untuk mencari calon baru. Memandangkan tiada siapa yang berminat, akhirnya muncul nama Rosley anak Atol berkelulusan setakat SRP. Itu pun keputusan cukup makan.

Mesyuarat juga memutuskan, PKR Negeri hanya akan membiayai Rosley bagi bayaran deposit. Perbelanjaan yang lain ditanggung sendiri. Sumber dalaman PKR Julau berkata, mereka tidak mempunyai banyak pilihan kerana PKR negeri tidak mempeduli dan mengambil berat tentang mereka di Julau.

Menurut seorang ahli tertinggi PKR tempatan, keadaan ini timbul kerana Anwar dan Sng Chee Hua, penaja Sarawak Workers' Party (SWP) masih berbincang untuk mengadakan kerjasama bagi menghadapi BN di sini.

Andaikata mereka mampu mencapai kata sepakat, kemungkinan besar PKR menarik balik pencalonan Rosley dan memberikan laluan kepada calon SWP, Wong Judat untuk menentang Salang secara "straight fight".

Wong Judat beberapa hari lepas juga mengumumkan setiap pengundi yang memegang kad keahlian parti tersebut yang didakwa berjumlah 9 ribu orang di Julau akan diberi "saguhati" sebanyak RM300 ringgit sebelum hari membuang undi.


Siapa tak tahu hubungan Anwar dan Sng: Birds of the same feather.....


Thursday, March 28, 2013

POLITICAL CIRCUS COMING TO JOHOR !!!

Mereka pergi ke satu tempat, pasang khemah, buat persembahan dan bila sarkas tamat, mereka robohkan khemah dan berpindah ke kawasan lain. Inilah yang rombongan sarkas biasa lakukan.

Jadi, apa bezanya rombongan sarkas dengan Lim Kit Siang yang akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila tamat tempoh penggal pilihan raya?

Atas sebab itulah, bekas Naib Presiden DAP, Tengku Aziz Ibrahim menggelar DAP sebagai kumpulan sarkas politik, ketika mengulas hasrat DAP untuk mencalonkan Lim Kit Siang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah  dalam PRU akan datang, dan meninggalkan kawasan lamanya Ipoh Timur.

Sebelum ini, Lim Kit Siang pernah bertanding di Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera.

Bagi Tengku Aziz, amalan DAP ini memberikan implikasi negatif kepada pengundi dan negara.

"Anda pilih mereka dan mereka langsung tidak melakukan apa-apa untuk rakyat di kawasannya, selepas itu lari pula ke tempat lain, " katanya.

Untuk itu, Tengku Aziz menasihat para pengundi agar mengundi dengan menggunakan 'otak' dan bukan menggunakan  'hati' dalam memilih wakil rakyat - dalam ertikata lain jangan undi badut sarkas.


Wednesday, March 27, 2013

BAKAL CALON PKR MULAI EDAR BIBLE

Serupa dengan PAS - jual dan putar belit ayat Quran dan Hadis untuk memanipulasi fikiran rakyat. Semalam ratusan naskah bible yang bertajuk "Takuk Bible- Al Kitab Kanak-kanak" dikesan diedar di beberapa rumah panjang di kawasan Julau, Sarawak. 

Pengedarnya ialah bakal calon PKR untuk Parlimen tersebut iaitu Andy Wong dan dua orang adik beradiknya serta seorang lagi rakannya yang terkenal sebagai  kaki jual 4D, Toto dan Sweep haram di pekan kecil Pakan.

Bible tersebut menceritakan mengenai kelahiran manusia yang dicipta daripada tanah dan kembali kepada tanah apabila meninggal dunia. 

Berlandaskan ajaran bible tersebut , Wong dan jentera kempennya 'menyimpulkan' bahawa tanah adalah hak semua dan tiada istilah hak kerajaan, justeru harus 'dipertahankan' oleh penduduk tempatan yang 90 peratusnya daripadanya adalah Iban. Jelas, tindakan ini sama seperti perbuatan rakan baik PKR iaitu PAS yang gemar menyalahguna dan mempermainkan ajaran agama demi kepentingan politik dan peribadi.

Apa-apa pun, persoalannya layakkah seorang seperti Andy Wong dan rakan-rakannya yang dikenali rakyat tempatan sebagai "Ular Sawa Besar"  dan menjadi raja judi haram serta tidak pernah ke gereja tiba-tiba tampil bercakap tentang agama.

Teringat dengan ooshtatzah Abby Abadi.





Tuesday, March 26, 2013

RANCANGAN BUNUH TUN MAHATHIR DIDEDAHKAN

Sekadar hiasan

Pas didakwa pernah merancang pembunuhan Tun Mahathir pada 1988. Semua ini berlaku kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO itu kafir. 

Perkara ini didedahkan oleh Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena C.N. Afghani yang berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu.

Penulis buku Kafirkah Aku?  itu berkata rancangan untuk melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Pada ketika itu, saya menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap. Rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan negara Islam dengan mudah, cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

Artikel penuh di SINI.


Teringat kenyataan Nik Ajis ketika memberi kuliah di Masjid Kpg Pulau Melaka  yang berbunyi:

 "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka mati kita dikira mati syahid."


Monday, March 25, 2013

DEDAH: HJ HADI & NIK AJIS SOKONG PAPAGOMO

Pencacai pembangkang tak wajar sama sekali menghentam Papagomo apabila dia mendedahkan aib Anwar melalui rakaman video seks nya. Kerana perbuatan Papagomo sebenarnya disokong dan diiktiraf oleh Presiden PAS Haji Hadi dan Mursyidul Amnya Nik Ajis. 

Haji Hadi pernah berpesan pada Papagomo:

"Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedahkan aib dan peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah dia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan  perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah"   - pesanannya melalui Detik Daily bertarikh 27 Ogos 2009.

Malah, Nik Ajis pula berkata,  Papagomo atau sesiapa jua boleh memaki, mencemuh dan mencarut kerana katanya:

"Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun" - pesannya pada Gomo seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 28 April 1999.

Dan, pesannya pada Gomo lagi melalui Berita Harian bertarikh 29 April 1999:

"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang (termasuk pemimpin pembangkang) jika kena pada tempatnya."

Berdasarkan pesanan-pesanan tersebut, maka tak payahlah pencacai pembangkang nak mengata Gomo bukan-bukan kerana apa yang dilakukannya mendapat sokongan Haji Hadi dan Nik Ajis.


Sunday, March 24, 2013

PROSES 'MENGHILANGKAN' SABAH: FROM A TO Z

Just do it....for him
Rundingan pertama untuk "menghilangkan Sabah" dikesan selewat-lewatnya 16 Julai 2012. Rundingan tersebut kemudiannya disusuli dengan pertemuan demi pertemuan antara "pemimpin utama pembangkang" dengan Nur Misuari dan wakil-wakil Kiram sama ada di Filipina mau pun di Sabah. 

Perbincangan terperinci mengenai modus operandi dikatakan berlaku pada 18 Oktober 2012 antara Anwar dan Misuari. Selepas pertemuan itu Anwar mula yakin dan dia mula menyanyikan lagu "Sabah nak hilang" diikuti kenyataannya dalam satu sidang akhbar bahawa "akan terdapat gerakan tentera secara besaran" menjelang pilihan raya umum.

Sehari sebelum ke Lahad Datu iaitu 8 Februari 2013, anggota pengganas Kiram dikatakan menerima "gaji" lumayan, sehari selepas Tian Chua dan Sivarasa ke Manila.

9 Februari 2013, pengganas Kiram mendarat dan mula berkampung di Kpg Tanduo, Lahad Datu.

Untuk butiran terperinci mengenainya, teruskan membaca di SINI.



Saturday, March 23, 2013

PERKARA PELIK TENTANG VIDEO GLOBAL WITNESS ON TAIB


Apabila melihat video terbitan Global Witness ini yang kononnya dibuat secara 'muslihat'  untuk mendedahkan salahlaku Abd Taib Mahmud, banyak perkara yang dirasakan agak pelik dan meragukan. Timbul beberapa persoalan mengenainya. Antaranya ialah:

  • Bayangkan  seorang asing (orang putih yang tidak diketahui latar belakangnya) yang pergi ke pejabat kerajaan dan menyatakan hasrat untuk melabur terus diminta untuk  berjumpa cousins dan keluarga Ketua Menteri?  Se cincai itukah prosedur berurusan dengan Jabatan kerajaan?

  • Bayangkan Fatimah boleh bercakap banyak perkara tentang adik beradik dan keluarga dengan begitu mesra dengan 'stranger' yang ingin membuat perbincangan mengenai pelaburan?

  • Bayangkan perbincangan mengenai satu urusan perniagaan yang besar dengan "pelabur" asing seperti ini hanya dibuat dibilik tidur hotel yang kecil?
  • Bayangkan seorang "stranger" yang berpakaian dan berperwatakan se simple itu mendakwa dirinya sebagai pelabur yang ingin membuat deal jutaan ringgit dan anda pula terus percaya? Tidak sedikit pun terdetik di hati anda kemungkinan dia seorang conman?
  • Bayangkan untuk 'perbincangan' perniagaan yang melibatkan jutaan ringgit seperti ini, Norlia sebagai seorang shareholder boleh datang kemudian dan tidak dibawa berbincang dari awal? Mungkinkah dia menunggu di luar bilik supaya kelihatan lebih dramatik mengikut skrip?

  • Bayangkan seorang prominent lawyer seperti Alvin boleh mendedahkan banyak perkara sulit tentang pelanggannya kepada "stranger" tanpa sedikit pun rasa curiga dan ragu-ragu malah dengan body language yang begitu santai dan mesra?

  • Bayangkan Huang Ling, seorang lawyer boleh semudah dan sebodoh itu untuk mendedahkan hubungan Taib dengan Uncle nya kepada "stranger" dalam sebuah bilik yang suram?

  • Bayangkan seorang "pelabur"  bebas bertanya pelbagai soalan yang tidak relevan seperti seorang wartawan tanpa sedikit pun dicurigai?
  • MAKA, BENARKAH INTERVIEW INI DIBUAT SECARA CANDID? ATAU IA SEKADAR SATU LAKONAN?




Friday, March 22, 2013

SEEKOR LAGI ANJING PERLU DITANGKAP



Seorang guru, Lofti Nor yang menghina pasukan keselamatan yang bertugas memerangi pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu melalui facebooknya telah ditahan di bawah Seksyen 41, Akta Hasutan 1948.

Tapi, bagaimana dengan seekor lagi "binatang" dekat atas tu? Bagaimana dia masih lagi bebas tanpa sebarang tindakan? Tengok apa katanya: 


Bila cikgu Lofti ditahan, tiada siapa pun pemimpin Melayu dari PAS atau PKR yang bersuara untuk mempertahankannya. Tapi cubalah tangkap "binatang" kat atas tu, pasti Pakatan menyalak dan berarak siang dan malam buat bantahan. Nasib kau lah Lofti...anak melayu yang letak otak kat punggung.


Apa-apa pun si cibeng kat atas tu perlu dicari hingga ke lubang cacing.

Thursday, March 21, 2013

85 % RAKYAT SARAWAK PERCAYA "ITU" GAMBAR ANWAR

85 peratus daripada rakyat Sarawak yang tinggal di bandar-bandar utama di Sarawak percaya orang yang dipaparkan dalam gambar  dalam "Aksi Goyang" adalah Anwar Ibrahim. 7 peratus lagi menyatakan kurang pasti, manakala 8 peratus lagi menyatakan ia bukan Anwar. 

Penemuan ini adalah antara beberapa penemuan yang diperolehi hasil daripada  satu survei yang dilakukan oleh sebuah NGO bersama sebuah  agensi kerajaan beberapa hari lalu . Untuk tujuan survei ini seramai  600 orang responden yang dipilih secara random, yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang keturunan dan umur telah ditemubual untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai gambar-gambar tersebut.

Antara penemuan lain daripada survei tersebut ialah hasil "crosstab" pandangan mereka  dengan pola sokongan terhadap parti tertentu dalam PRU akan datang, yang sudah tentu tidak wajar untuk didedahkan di sini.




Wednesday, March 20, 2013

BERDASARKAN LAPORAN MEDIA ASING, PKR SARAWAK GESA ANWAR DISIASAT BERKAITAN DENGAN PENCEROBOHAN DILAHAD DATU

Global Witness = RFS + Sarawak Report
Try again! try harder!
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengesa polis, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat Taib mahmud sekeluarga atas dakwaan melanggar undang-undang negara berdasarkan cerita yang dibuat oleh NGO dari England, Global Witness.

Global Witness yang mempunyai hubungan dengan Rewcastle Brown, pengendali Radio Free Sarawak dan Sarawak Report beberapa hari lalu mendakwa Taib terlibat dalam meluluskan permohonan tanah secara tidak sah dan memindah keluar duit ke Singapura.

Jika logik ini boleh diguna pakai, maka Baru Bian juga perlu mendesak pihak berwajib di negara ini menyiasat bossnya Anwar Ibrahim sedalam-dalamnya atas dakwaan terlibat dalam mendalangi pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu juga  berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh beberapa media asing.

Sebelum ini, pelbagai media asing seperti Reuters, The Philipine Star, Daily Inquirer, The Manila Times, ABN News, Inquirer News dan lain-lain lagi mendakwa bahawa pemimpin pembangkang Malaysia merupakan dalang kepada kedatangan pengganas Kiram ke Lahad Datu.

Di samping itu, media India, Merinews turut mendakwa bahawa Anwar mempunyai hubungan dengan oragnisasi terroris antarabangsa termasuk Al Qaeda.

Berkaitan dengan tuduhan Global Witness, untuk makluman pembaca, bagi memohon sekeping tanah kerajaan di Sarawak,  pemohon perlu memohon kepada Pengarah Tanah dan Survey dan jika ia kawasan hutan pula, permohonan perlu dibuat kepada Pengarah Hutan.  Kuasa untuk melulus atau menolak permohonan tersebut adalah terletak di tangan kedua-dua ketua jabatan berkenaan.

Sekali pun, andai kata terdapat permohonan dihantar terus kepada Ketua Menteri sebagai Menteri Perancangan Sumber , ia tetap akan diserahkan kepada Jabatan-jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebagai ketua kerajaan negeri, Taib sudah terlalu sibuk dengan pelbagai tugas rasmi dan aktiviti politik. Justeru untuk  menuduhnya  turut serta membuat keputusan bagi mana-mana permohonan untuk tanah dan hutan samalah menyamakannya dengan kerja Anwar yang sempat bergurau senda dengan budak-budak jambu - terlalu remeh dan membuang masa.


Tentang Fatimah Abdul Rahman yang diwawancara Global Witness pula....apakah dia mempunyai kredibiliti dan reliable? Ha ha ha....  untuk menjelas perkara ini lihat saja latar belakangnya mulai 1987.  Apa-apa pun tahniah kepada Global Witness dan Sarawak Report kerana memilihnya sebagai responden. 









SKANDAL: ANWAR MINTA NIK AZIZ HENTIKAN MENYALAH UMNO

Anwar menempelak Nik Aziz dengan mengatakan Mursidul Am PAS itu perlu konsisten dalam pendiriannya terutama dalam perkara berkaitan dengan prinsip dan keadilan dalam Islam.


"Pas pula apabila pemimpinnya ditangkap berkhalwat dan didakwa JHEAIK, terus menuduh ada pakatan (konspirasi) oleh pihak lain. Itu bermakna semua orang Pas bebas melakukan maksiat sebab mereka rasa semuanya salah dan muslihat orang lain. Malah, kalau ditangkap di dalam bilik berkunci, masih dikatakan muslihat orang lain," kata Anwar.

Beliau berkata demikian apabila Nik aziz mempertahankan Mat Sabu yang ditangkap khalwat dengan seorang wanita bernama Normah di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

- Begitulah ucapan Anwar semasa perasmian Dialog Peradaban Universiti Malaya pada 7 Februari 1995.

Itu dulu. Dan hari ini, laporannya mungkin begini "Anwar memuji Nik Aziz dengan mengatakan Mursidul Am itu perlu terus konsisten dalam pendiriannya mempertahan dan membelanya dalam perkara berkaitan pendedahan video dan gambar seks yang melibatkan lelaki yang menyerupainya."



Jangan lupa sejarah...


Tuesday, March 19, 2013

ANWAR AKAN TINGGALKAN PERMATANG PAUH UNTUK BERTANDING DI BELAGA


Mana-mana pakar ekonomi yang bersikap rasional akan mengakui bahawa kawasan Belaga dan sekitarnya di Sarawak merupakan kawasan yang paling sukar untuk dibangunkan di negara ini. Di samping keluasannya iaitu 19,403.27 km per segi dan muka buminya  yang bergunung ganang yang kebanyakannya melebihi 4,000 kaki dari aras laut, ia juga dipisah-pisahkan oleh sungai-sungai besar dan kecil yang sukar untuk di rentasi.

Belaga yang terletak di banjaran Iran bersempadanan dengan kalimantan Tengah, Indonesia didiami oleh sekitar 20,000 orang penduduk yang tinggal berselerakan  dalam kumpulan-kumpulan kecil di kawasan nun jauh di pedalaman.

Meski pun cabaran untuk membangunkan kawasan ini terlalu besar, namun kerajaan Persekutuan dan Negeri tidak pernah mengabaikan rakyat di kawasan tersebut yang tinggal dalam kedaifan. Justeru, untuk mencetuskan pembangunan di kawasan tersebut kerajaan membangunkan projek empangan hidro Bakun dan seterusnya menempatkan majoriti penduduk yang terlibat di satu kawasan penempatan semula bagi membina sebuah masyarakat yang bersaiz viable (viable size community).

Dalam hal ini,  kerajaan telah membelanjakan, bukan berjuta  tetapi berbillion ringgit untuk memastikan kesejahteraan penduduk Belaga.  Setakat ini tiada mana-mana daerah di negara ini dengan penduduk kurang daripada 20,000 yang pernah menerima peruntukan pembangunan lebih RM6 billion - satu rekod yang tidak tercabar sehingga kini. 

Hasilnya, antara lain ialah kewujudan sebuah Daerah Kecil baru iaitu Asap yang menjadi kawasan penempatan semula  penduduk daripada 15 buah rumah panjang atau lebih separuh  daripada penduduk Belaga.   Kini, mereka hidup dalam rumah yang lebih selesa dengan pelbagai kemudahan seperti air bersih, bekalan elektrik, kemudahan kesihatan, telekomunikasi satelit dan sebagainya.

Majoriti rakyat Belaga bersama BN
Maka, adalah sesuatu yang amat melucukan bila Anwar sewaktu melawat kawasan tersebut kelmarin menjanjikan pembangunan pesat serta "bulan dan bintang" kepada penduduknya jika dia menjadi Perdana Menteri sedangkan dalam masa yang sama Permatang Pauh yang terletak di pinggir bandar dan seluas sekangkang kera pun tak terjaga.

Bak kata Pehin Sri Taib, "Permatang Pauh tak ubah seperti Pekan Dalat (Sarawak) di era 1970 an yang mencerminkan isi hati Anwar yang langsung tidak mempedulikan kebajikan rakyat."

Keadaan Permatang pauh tidak sepatutnnya berlaku memandangkan Anwar pernah menjadi pemimpin nombor dua negara selain menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun. Jika Anwar benar-benar ikhlas  hendak membantu rakyat , ketika itulah masanya. Malangnya dia hanya pandai bercakap, tambahnya.

Kalau dah kaki temberang....





Monday, March 18, 2013

VIDEO GOYANG: APA KATA HAKIM TENTANG ANWAR?

Bila gambar terbaru 'Anwar'  bersama seorang lelaki "tengah goyang" keluar di media sosial, para penyokong pembangkang kata ia fitnah UMNO. Ada pula yang mempersoalkan mengapa gambarnya hitam-putih "sedangkan sekarang ini CCTV semuanya dah colour". Manakala Anwar pula kata mana mungkin orang itu dirinya kerana perutnya tidak sekecil itu. Pelbagai lagi alasan dan hujah remeh...

Semuanya dibuat untuk mencetuskan  "doubts" atau keraguan atas kesahihan gambar tersebut.

Walau  apa pun hujahnya, persoalan penting ialah apakah benar Anwar Ibrahim seorang GAY?  

Ini soalan penting kerana dalam pilihan raya akan datang ini nanti, kita mahu memilih seorang ketua negara, khalifah dan umarak. Bukan seorang ketua mafia dan  bukan juga pengerusi majalah porno.

Maka, dalam hal ini, saya lebih suka berpegang kepada penghujahan panel tiga hakim sewaktu Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dari tuduhan melakukan perbuatan liwat pada 2 September,2004 dengan keputusan majoriti 2:1.

Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah atas alasan adalah tidak selamat untuk mensabitkannya hanya berdasarkan eviden yang diberikan oleh pengadu, Azizan Abu Bakar, yang mahkamah anggap sebagai 'teman', justeru eviden nya bahawa beliau diliwat pada tarikh yang dikatakannya perlu disokong oleh saksi lain.

Bagaimana pun, keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan membuat penemuan bahawa: 
"Testimoni Dr. Mohd Fadzil dan Tun Haniff dan kelakuan orang yang merayu (Anwar) mengesahkan penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseks.

Majoriti hakim juga berpendapat "Kami mendapati terdapat eviden untuk mengesahkan bahawa orang yang merayu (Anwar) sememangnya terlibat dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa insiden di Tivolli Villa seperti yang dituduh sememangnya telah berlaku"

Sehingga kini, kenyataan ini kekal dan tidak pernah dicabar oleh Anwar dan barisan peguamnya. Mengapa?


Sunday, March 17, 2013

RUPANYA PEMIMPIN DAP SAUDARA POL POT

Bayangkan hanya kerana menyuarakan ketidaksetujuan terhadap keputusan DAP Pusat berkaitan pemilihan calon, enam ahli tertinggi peringkat bahagian Miri "dipotong" serta merta daripada parti tanpa diberi peluang membela diri.

Tidakkah tindakan ini menunjukkan bahawa DAP Sarawak seperti mana DAP Pusat adalah sebuah parti yang dimiliki oleh seorang dua pemimpin autokratik yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan keputusan parti?

Tanpa diadili secara adil dan diberi peluang  untuk menjawab pertuduhan, keenam-enam ahli tersebut dipecat serta merta atas tuduhan insubordination oleh Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chien Jen yang sebelum ini bertanggungjawab membunuh karier politik Dominque Ng secara kejam.


ALWAYS REMEMBER THIS!
I M THE FUHRER
Diperingkat pusat, DAP dalam pemilihan ahli CECnya beberapa bulan lalu juga menunjukkan sikap autokratiknya  setelah  menidakkan hak ahli-ahli biasa dalam menentukan barisan kepimpinannya. Guan Eng dengan sesuka hati telah mengubah keputusan pengundian untuk meletakkan kroni nya yang kalah ke dalam senarai pemimpin tertinggi sehingga mendapat bantahan ribuan ahlinya.


Jadi, dimana letaknya unsur-unsur demokrasi, ketelusan, kebebasan yang dilaungkan DAP selama ini? Bayangkan jika DAP memegang tampuk pemerintahan kerajaan, mungkin ia lebih dahsyat daripada Pol Pot atau Hitler kerana tindakan seperti ini hanya boleh dijangka akan datang daripada pemerintahan komunis dan autokratik - tidak daripada sebuah parti yang kononnya jaguh demokrasi.



AWAS! RAKYAT SARAWAK, 
LU LANGSI LU MATI.

Lihat juga budaya ganas DAP di SINI.


Saturday, March 16, 2013

Bala tak mati. Dia datang lagi...



Ooops! 
Bala datang lagi...
Bala datang lagi...
Bala datang lagi...
Bala datang lagi...
Bala datang lagi...

Mungkinkah semua ini jawapan Tuhan atas doa dan solat hajat PAS selama ini? Sehingga bala datang lagi...tak henti-henti.





Cerita selanjutnya di SINI.

BERBOHONG BOLEH SEBABKAN SAKIT JANTUNG & KEMATIAN

Dalam buku Set Free To Live Free: Breaking Through The 7 Lies Women Tell Themselves, Dr Saundra Dalton-Smith menulis, berbohong akan melepaskan hormon stress yang boleh menyebabkan peningkatan denyutan jantung dan kadar pernafasan serta hipersensitiviti pada serat otot dan saraf.

Ketika anda berbohong tekanan darah dalam jantung akan meningkat berkali ganda. Akibatnya ia mengancam nyawa anda terutama bila  ia berlaku dalam jangka waktu yang panjang," kata Dr Smith.
Kaitan antara tekanan darah dan perbuatan berbohong ini  dapat dilihat dengan amat jelas  seperti yang ditunjukkan hasil kajian menggunakan alat pengesan pembohongan, polygram atau lie-detector.

Manakala Dr Ari F Syam, seorang pakar perubatan di FKUI-RSCM, Indonesia pula berkata tekanan jiwa ditambah lagi dengan stress lain sewaktu mempertahankan pembohongan bukan sahaja memudaratkan jantung tetapi juga boleh menyebabkan gangguan jiwa seperti depresi dan anxiety  serta gangguan fizik seperti psikosomatik. 
Maka, bayangkan betapa stress dan siksanya jiwa raga seseorang yang TERPAKSA atau DIPAKSA untuk  melakukan pembohongan yang dahsyat untuk tempoh yang panjang, sehingga terpaksa  meninggalkan keluarga, sanak saudara dan negara.  Bayangkan keadaan jantungnya setiap saat yang berlalu dia dihantui perasaan bersalah yang amat mendalam akibat menyembunyi kebenaran.

Sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca.

By the way, RIP  to Bala.






Thursday, March 14, 2013

MEDIA INDIA DEDAHKAN ANWAR ADA HUBUNGAN DENGAN TERRORIS GLOBAL

Sebelum ini kita melihat pelbagai laporan yang mendedahkan tentang penglibatan Anwar Ibrahim dalam insiden Lahad Datu daripada beberapa media utama asing termasuk dari Filipina dan Amerika. 

Kini,  sebuah media India Merinews pula mendedahkan tentang penglibatan Anwar dalam organisasi terroris antarabangsa. Lihat petikan ini:

" ...Anwar Ibrahim mempunyai hubungan rapat dan peribadi dengan Specially Designated Global Terrorist (SGDT), menurut sumber, Anwar mempunyai hubungan peribadi dengan Yousef Al Nada setidak-tidaknya sehingga 2011, ada laporan mendakwa Nada secara peribadi melawat Anwar ketika Anwar membuat lawatan ke Amerika pada 2011..."

" Nada adalah pengasas Bank At Taqwa, institusi kewangan yang diketahui membekalkan pemindahan tunai dan nasihat pelaburan kepada Al Qaeda sebagai persediaan untuk 911..."

"Anwar turut berkhidmat dalam lembaga Bank Al Baraka yang mempunyai sejarah yang diragui  di mana Amerika mendakwa ia sebagai salah satu saluran dana bagi Al Qaida dan lain-lain kumpulan pengganas. Anwar juga merupakan anggota  pengasas IIIT di Amerika, yang masih dalam siasatan agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan Amerika semenjak lewat 90an kerana disyaki membiayai pertubuhan-pertubuhan pengganas seperti Al Qaida"

Untuk keterangan lanjut sila baca tulisan Suvrokamal Dutta, seorang selebriti TV yang terkenal, penganalisis politik dan pakar dasar luar dan ekonomi dalam Merinews, media India di SINI.


Kejap lagi pasti pencacai Pakatan akan  jawab:
"Ini semua kerja BN"
Dah tau dah...

Wednesday, March 13, 2013

CETUS PERISTIWA BERDARAH UNTUK KE PUTRA JAYA

Gambar  dari suarapakatanrakyat
Menjelang PRU 13 ini, mungkinkah seseorang pemimpin pembangkang akan 'dikorbankan' sebagai tindakan the last resort untuk ke Putra Jaya? Jawapannya TIDAK MUSTAHIL. 

Berdasarkan mood majoriti rakyat pada hari ini, pembangkang tahu ia tidak akan mampu menawan Putra Jaya melalui pilihan raya umum yang bersih. Justeru pembangkang perlu mencari "pintu belakang" yang bernajis untuk mencapai hasratnya.  

Untuk itu, api kemarahan rakyat khususnya kumpulan pro BN terhadap pemimpin pembangkang perlu dinyalakan semarak-maraknya. Biar ada golongan yang dilihat seolah-olah  seperti  sudah hilang kawalan dan pertimbangan. Biar ada kumpulan yang dilihat seolah-olah sanggup  melakukan tindakan yang boleh mengancam nyawa para pemimpin pembangkang. 

Lihat saja kenyataan Tian Chua dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain terhadap insiden Lahad Datu. Semua ini adalah disengajakan dan  dalam pelan tindakan mereka. Lihat juga tindakan provokasi berterusan yang melampau mereka di sini, sinisini dan sini.

Mengapa? Tujuannya hanya satu iaitu untuk membina 'motif' dan menjadikan kumpulan pro kerajaan yang marah ini sebagai suspek  dan tumpuan bila berlaku sesuatu kejadian malang yang menimpa seorang pemimpin pembangkang nanti. Dengan itu mudahlah untuk  pembangkang menuding jari pada kerajaan BN dan dalam masa yang sama mendapat undi simpati rakyat.

Ingat lagi drama mata lebam, pinggang terkehel, suntikan virus HIV dan racun arsenik?

Bagaimana pun untuk pilihan raya "do or die" ini, pembangkang perlu cerita "blockbuster". Cerita lebih besar dan hebat.

Mungkinkah skrip cerita pembunuhan Benigno Aquino di lapangan terbang Manila pada 1983 yang mencetuskan kemarahan rakyat sehingga menjatuhkan regim Ferdinand Marcos akan digunakan? Atau apakah skrip kisah Chen Shui Bian yang ditembak menjelang hari pengundian Presiden  Taiwan pada 2004 akan menjadi pilihan?



Psssst! Dengar-dengar khabar Tian Chua akan ke Lahad Datu dalam sehari dua ini.
Sambutlah dia dengan kompang dan bunga manggar.




Tuesday, March 12, 2013

SATU LAGI BUKTI ANWAR DALANG INSIDEN LAHAD DATU

Anwar Ibrahim pernah bercerita tentang "gerakan ketenteraan besar-besaran", tentang "gerakan pemindahan batalion tentera ke daerah-daerah", sebulan sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Anwar dilihat cukup mengetahui tentang 'pergerakan ketenteraan' ini yang dikatanya akan berlaku "beberapa minggu menjelang pilihan raya" seolah-olah seorang pengarah filem yang mengetahui perjalanan plot-plot cerita yang akan difilemkannya.

Mari tengok video ini:



Timbul persoalan, bagaimana Anwar 
CUKUP TAHU mengenainya? 

Baca selanjutnya di SINI.




PEMBANGKANG DI SARAWAK SOKONG KENYATAAN TIAN CHUA?

Sehingga saat ini, tiada satu pun kenyataan dari pemimpin pembangkang di Sarawak  yang membantah     kenyataan Tian Chua yang memanipulasi insiden pencerobohan Lahad Datu  sebagai satu sandiwara politik.

Dan tiada satu pun teguran dan nasihat kepada  para penyokongnya daripada mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh dan menghina anggota keselamatan kita seperti yang banyak terdapat dalam media sosial.

Malah, dalam blog pemimpin pembangkang di Sarawak, kebanyakan cerita yang disiarkan lebih kepada cerita yang menimbulkan prasangka buruk kepada kerajaan dan pasukan keselamatan. Sebagai contoh, berikut adalah  petikan sebahagian daripada tulisan mereka:

1. War, like football, is politics taken to extremes. The bloodshed in eastern Sabah was caused by two factors: Umno's outdated racial politics and Filipino politics in the form of decades of Manila's neglect of the Muslim south.


2.   Refugees interviewed by The Philippine Daily Inquirer yesterday claimed they fled their homes in east Malaysia after witnessing aggressive acts used by authorities here during widespread operations to flush out the Sulu invaders earlier this week.
One refugee said Filipino men were dragged from their homes, beaten, and subsequently forced to run while the police shot arbitrarily at them, even after they produced immigration documents to prove their stay in Malaysia was valid.
3. The way the entire Lahad Datu intrusion/ insurgency/invasion - or whatever else one may want to call it - has been handled raises grave doubts over Malaysia's ability to defend itself without fear or favour against anyone who infringes upon its territorial integrity and sovereignty.
Berdasarkan hal itu, maka tidak salah kalau timbul persepsi di kalangan rakyat Sarawak bahawa Pakatan pembangkang di Sarawak bukan saja senada dan "se gila" Tian Chua dalam hal keselamatan dan kedaulatan negara tetapi juga memperlekehkan pengorbanan para wira negara. 

Rakyat Sarawak yang patriotik, fikir-fikirkan lah!


Monday, March 11, 2013

TIAN CHUA AKAN TERIMA CABARAN KE KPG TANDUO?


Tolong jangan cabar Tian Chua untuk datang ke Kpg Tanduo Lahad Datu. Dia tidak akan takut untuk ke sana. Dia tahu dia akan selamat walau pun di letak di tengah-tengah ladang kelapa sawit sekali pun. 

Dia tahu dia tidak akan dijentik pun oleh tentera Kiram. Apatah lagi nak dicedera atau dibunuh. 

Jadi, jangan cabar dia ke sana. Kerana pasti dia akan terima cabaran tersebut. Dengan syarat dibenarkan memakai baju ini:

Kiraaaaaaaaaam
until the end of time

Sunday, March 10, 2013

LISTEN! LISTEN! KARPAL TUDUH ANWAR ROSAKKAN NEGARA

Dari zaman universitinya hingga kini, mahkluk bernama Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti daripada mencetuskan masalah kepada negara. Dari satu masalah kepada satu masalah. Dari satu isu ke satu isu hinggakan Malaysia pada hari ini umpama pantai, setiap saat tidak henti-henti dilanda badai dan ombak.

Dalam hal ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri begitu jelas berkata bahawa Anwar Ibrahim adalah makhluk perosak yang membawa bala kepada negara.


Tengok video ini:




ANWAR IBRAHIM HAS CREATED ENOUGH TROUBLE FOR THE COUNTRY!!! 
BELIAU HARUS BERTAUBAT!!!!!!

Teringat cerita ustaz masa sekolah dulu. Tengok SINI.

BAPA SAIFUL: APA KATA UMI HAFILDA

Dakwaan bapa Saiful mengingatkan Umi Hafilda Ali dengan tawaran yang pernah diterimanya bagi menutup skandal seks ketua pembangkang itu.

Menurutnya , beliau mendapati kandungan kenyataan yang dibuat Azlan adalah 90 peratus hampir sama dengan akuan bersumpah yang telah dipaksakan terhadapnya bagi menutup wajah sebenar Anwar.


Katanya antara persamaan yang dapat dilihat ialah kenyataan semua perkara merupakan fitnah dan konspirasi terancang, Anwar tidak bersalah dan individu berkenaan memohon ampun maaf.


Malah dakwanya, beliau telah ditawarkan sebanyak RM 5 juta oleh abangnya, Azmin Ali yang merupakan Setiausaha sulit kepada Anwar yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk berbohong bagi menutup keruntuhan moral Anwar.


"Dia meminta saya menangis di televisyen untuk menafikan kandungan surat itu dan mengatakan Anwar telah difitnah oleh beberapa ahli politik yang menjadi dalangnya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Kata Umi Hafilda, selain dirinya, ahli keluarga yang lain termasuk kakaknya turut didatangi dengan tawaran ganjaran wang untuk menutup keruntuhan moral Anwar, namun semua menolaknya kerana berpegang pada prinsip kebenaran.

-Mingguan Malaysia 10 Mac 2013

Mari dengar apa kata Umi  Hafilda:




Saturday, March 9, 2013

BAPA SAIFUL: DARI HINA JADI HERO

Sebelum ini, bagi PKR, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mangsa liwat Saiful Bukhari adalah manusia hina "seorang kaki judi dan pernah cuba melacurkan isteri".  
Sila baca tulisan Cikgu Bard, seorang pemimpin muda PKR dalam blognya di bawah: 
 
 Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri!

Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi. 

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama. 

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris. 

Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten. 

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut....................... 
 Ada komen pembaca lagi:
ka!! x yah nk heran manusia akhir zaman ni..nk lak kalo da taik judi..bkn kata bni,kalo da trdesak clap2 mak sndri pn snngup d lacur..ptuihhh!busuk pnya org ini 2 cilaka!! 

Dulu HINA se HINAnya. Tapi, hari ini Azlan Mohd Lazim sudah diangkat oleh pemimpin dan penyokong PKR sebagai  AL-AMIN, MANUSIA YANG PALING BENAR, PALING JUJUR, PALING AMANAH, PALING BOLEH DIPERCAYAI DAN....HERO
Nak tahu cerita belakang tabir, tengok SINI.



Friday, March 8, 2013

"Demi nama dan maruah anak saya...", kata bapa Saiful


Menemani anak bersumpah...
Pada 11 Januari 2012, bapa Saiful,  Azlan Mohd Lazim berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.
Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.
Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.
Baca seterusnya di sini.
Tapi mengapa di saat PRU13 akan diadakan dan di saat semua mata fokus kepada insiden Lahad Datu, bapanya  yang telah menghilangkan diri dari rumah selama tiga minggu tiba-tiba membuat kenyataan yang bertentangan?
Mungkinkah jawapannya ada di sini.



Archive