Pages

Followers

Tuesday, March 19, 2013

ANWAR AKAN TINGGALKAN PERMATANG PAUH UNTUK BERTANDING DI BELAGA


Mana-mana pakar ekonomi yang bersikap rasional akan mengakui bahawa kawasan Belaga dan sekitarnya di Sarawak merupakan kawasan yang paling sukar untuk dibangunkan di negara ini. Di samping keluasannya iaitu 19,403.27 km per segi dan muka buminya  yang bergunung ganang yang kebanyakannya melebihi 4,000 kaki dari aras laut, ia juga dipisah-pisahkan oleh sungai-sungai besar dan kecil yang sukar untuk di rentasi.

Belaga yang terletak di banjaran Iran bersempadanan dengan kalimantan Tengah, Indonesia didiami oleh sekitar 20,000 orang penduduk yang tinggal berselerakan  dalam kumpulan-kumpulan kecil di kawasan nun jauh di pedalaman.

Meski pun cabaran untuk membangunkan kawasan ini terlalu besar, namun kerajaan Persekutuan dan Negeri tidak pernah mengabaikan rakyat di kawasan tersebut yang tinggal dalam kedaifan. Justeru, untuk mencetuskan pembangunan di kawasan tersebut kerajaan membangunkan projek empangan hidro Bakun dan seterusnya menempatkan majoriti penduduk yang terlibat di satu kawasan penempatan semula bagi membina sebuah masyarakat yang bersaiz viable (viable size community).

Dalam hal ini,  kerajaan telah membelanjakan, bukan berjuta  tetapi berbillion ringgit untuk memastikan kesejahteraan penduduk Belaga.  Setakat ini tiada mana-mana daerah di negara ini dengan penduduk kurang daripada 20,000 yang pernah menerima peruntukan pembangunan lebih RM6 billion - satu rekod yang tidak tercabar sehingga kini. 

Hasilnya, antara lain ialah kewujudan sebuah Daerah Kecil baru iaitu Asap yang menjadi kawasan penempatan semula  penduduk daripada 15 buah rumah panjang atau lebih separuh  daripada penduduk Belaga.   Kini, mereka hidup dalam rumah yang lebih selesa dengan pelbagai kemudahan seperti air bersih, bekalan elektrik, kemudahan kesihatan, telekomunikasi satelit dan sebagainya.

Majoriti rakyat Belaga bersama BN
Maka, adalah sesuatu yang amat melucukan bila Anwar sewaktu melawat kawasan tersebut kelmarin menjanjikan pembangunan pesat serta "bulan dan bintang" kepada penduduknya jika dia menjadi Perdana Menteri sedangkan dalam masa yang sama Permatang Pauh yang terletak di pinggir bandar dan seluas sekangkang kera pun tak terjaga.

Bak kata Pehin Sri Taib, "Permatang Pauh tak ubah seperti Pekan Dalat (Sarawak) di era 1970 an yang mencerminkan isi hati Anwar yang langsung tidak mempedulikan kebajikan rakyat."

Keadaan Permatang pauh tidak sepatutnnya berlaku memandangkan Anwar pernah menjadi pemimpin nombor dua negara selain menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun. Jika Anwar benar-benar ikhlas  hendak membantu rakyat , ketika itulah masanya. Malangnya dia hanya pandai bercakap, tambahnya.

Kalau dah kaki temberang....





1 comment:

Archive