Pages

Followers

Saturday, March 23, 2013

PERKARA PELIK TENTANG VIDEO GLOBAL WITNESS ON TAIB


Apabila melihat video terbitan Global Witness ini yang kononnya dibuat secara 'muslihat'  untuk mendedahkan salahlaku Abd Taib Mahmud, banyak perkara yang dirasakan agak pelik dan meragukan. Timbul beberapa persoalan mengenainya. Antaranya ialah:

  • Bayangkan  seorang asing (orang putih yang tidak diketahui latar belakangnya) yang pergi ke pejabat kerajaan dan menyatakan hasrat untuk melabur terus diminta untuk  berjumpa cousins dan keluarga Ketua Menteri?  Se cincai itukah prosedur berurusan dengan Jabatan kerajaan?

  • Bayangkan Fatimah boleh bercakap banyak perkara tentang adik beradik dan keluarga dengan begitu mesra dengan 'stranger' yang ingin membuat perbincangan mengenai pelaburan?

  • Bayangkan perbincangan mengenai satu urusan perniagaan yang besar dengan "pelabur" asing seperti ini hanya dibuat dibilik tidur hotel yang kecil?
  • Bayangkan seorang "stranger" yang berpakaian dan berperwatakan se simple itu mendakwa dirinya sebagai pelabur yang ingin membuat deal jutaan ringgit dan anda pula terus percaya? Tidak sedikit pun terdetik di hati anda kemungkinan dia seorang conman?
  • Bayangkan untuk 'perbincangan' perniagaan yang melibatkan jutaan ringgit seperti ini, Norlia sebagai seorang shareholder boleh datang kemudian dan tidak dibawa berbincang dari awal? Mungkinkah dia menunggu di luar bilik supaya kelihatan lebih dramatik mengikut skrip?

  • Bayangkan seorang prominent lawyer seperti Alvin boleh mendedahkan banyak perkara sulit tentang pelanggannya kepada "stranger" tanpa sedikit pun rasa curiga dan ragu-ragu malah dengan body language yang begitu santai dan mesra?

  • Bayangkan Huang Ling, seorang lawyer boleh semudah dan sebodoh itu untuk mendedahkan hubungan Taib dengan Uncle nya kepada "stranger" dalam sebuah bilik yang suram?

  • Bayangkan seorang "pelabur"  bebas bertanya pelbagai soalan yang tidak relevan seperti seorang wartawan tanpa sedikit pun dicurigai?
  • MAKA, BENARKAH INTERVIEW INI DIBUAT SECARA CANDID? ATAU IA SEKADAR SATU LAKONAN?




No comments:

Post a Comment

Archive