Global Witness = RFS + Sarawak Report Try again! try harder! |
Global Witness yang mempunyai hubungan dengan Rewcastle Brown, pengendali Radio Free Sarawak dan Sarawak Report beberapa hari lalu mendakwa Taib terlibat dalam meluluskan permohonan tanah secara tidak sah dan memindah keluar duit ke Singapura.
Jika logik ini boleh diguna pakai, maka Baru Bian juga perlu mendesak pihak berwajib di negara ini menyiasat bossnya Anwar Ibrahim sedalam-dalamnya atas dakwaan terlibat dalam mendalangi pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu juga berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh beberapa media asing.
Sebelum ini, pelbagai media asing seperti Reuters, The Philipine Star, Daily Inquirer, The Manila Times, ABN News, Inquirer News dan lain-lain lagi mendakwa bahawa pemimpin pembangkang Malaysia merupakan dalang kepada kedatangan pengganas Kiram ke Lahad Datu.
Di samping itu, media India, Merinews turut mendakwa bahawa Anwar mempunyai hubungan dengan oragnisasi terroris antarabangsa termasuk Al Qaeda.
Berkaitan dengan tuduhan Global Witness, untuk makluman pembaca, bagi memohon sekeping tanah kerajaan di Sarawak, pemohon perlu memohon kepada Pengarah Tanah dan Survey dan jika ia kawasan hutan pula, permohonan perlu dibuat kepada Pengarah Hutan. Kuasa untuk melulus atau menolak permohonan tersebut adalah terletak di tangan kedua-dua ketua jabatan berkenaan.
Sekali pun, andai kata terdapat permohonan dihantar terus kepada Ketua Menteri sebagai Menteri Perancangan Sumber , ia tetap akan diserahkan kepada Jabatan-jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Sebagai ketua kerajaan negeri, Taib sudah terlalu sibuk dengan pelbagai tugas rasmi dan aktiviti politik. Justeru untuk menuduhnya turut serta membuat keputusan bagi mana-mana permohonan untuk tanah dan hutan samalah menyamakannya dengan kerja Anwar yang sempat bergurau senda dengan budak-budak jambu - terlalu remeh dan membuang masa.
Tentang Fatimah Abdul Rahman yang diwawancara Global Witness pula....apakah dia mempunyai kredibiliti dan reliable? Ha ha ha.... untuk menjelas perkara ini lihat saja latar belakangnya mulai 1987. Apa-apa pun tahniah kepada Global Witness dan Sarawak Report kerana memilihnya sebagai responden.
No comments:
Post a Comment