Pages

Followers

Sunday, March 10, 2013

BAPA SAIFUL: APA KATA UMI HAFILDA

Dakwaan bapa Saiful mengingatkan Umi Hafilda Ali dengan tawaran yang pernah diterimanya bagi menutup skandal seks ketua pembangkang itu.

Menurutnya , beliau mendapati kandungan kenyataan yang dibuat Azlan adalah 90 peratus hampir sama dengan akuan bersumpah yang telah dipaksakan terhadapnya bagi menutup wajah sebenar Anwar.


Katanya antara persamaan yang dapat dilihat ialah kenyataan semua perkara merupakan fitnah dan konspirasi terancang, Anwar tidak bersalah dan individu berkenaan memohon ampun maaf.


Malah dakwanya, beliau telah ditawarkan sebanyak RM 5 juta oleh abangnya, Azmin Ali yang merupakan Setiausaha sulit kepada Anwar yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk berbohong bagi menutup keruntuhan moral Anwar.


"Dia meminta saya menangis di televisyen untuk menafikan kandungan surat itu dan mengatakan Anwar telah difitnah oleh beberapa ahli politik yang menjadi dalangnya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Kata Umi Hafilda, selain dirinya, ahli keluarga yang lain termasuk kakaknya turut didatangi dengan tawaran ganjaran wang untuk menutup keruntuhan moral Anwar, namun semua menolaknya kerana berpegang pada prinsip kebenaran.

-Mingguan Malaysia 10 Mac 2013

Mari dengar apa kata Umi  Hafilda:




No comments:

Post a Comment

Archive