Dalam buku Set Free To Live Free: Breaking Through The 7 Lies Women Tell Themselves, Dr Saundra Dalton-Smith menulis, berbohong akan melepaskan hormon stress yang boleh menyebabkan peningkatan denyutan jantung dan kadar pernafasan serta hipersensitiviti pada serat otot dan saraf.
“Ketika anda berbohong tekanan darah dalam jantung akan meningkat berkali ganda. Akibatnya ia mengancam nyawa anda terutama bila ia berlaku dalam jangka waktu yang panjang," kata Dr Smith.
Kaitan antara tekanan darah dan perbuatan berbohong ini dapat dilihat dengan amat jelas seperti yang ditunjukkan hasil kajian menggunakan alat pengesan pembohongan, polygram atau lie-detector.
Manakala Dr Ari F Syam, seorang pakar perubatan di FKUI-RSCM, Indonesia pula berkata tekanan jiwa ditambah lagi dengan stress lain sewaktu mempertahankan pembohongan bukan sahaja memudaratkan jantung tetapi juga boleh menyebabkan gangguan jiwa seperti depresi dan anxiety serta gangguan fizik seperti psikosomatik.

Maka, bayangkan betapa stress dan siksanya jiwa raga seseorang yang TERPAKSA atau DIPAKSA untuk melakukan pembohongan yang dahsyat untuk tempoh yang panjang, sehingga terpaksa meninggalkan keluarga, sanak saudara dan negara. Bayangkan keadaan jantungnya setiap saat yang berlalu dia dihantui perasaan bersalah yang amat mendalam akibat menyembunyi kebenaran.
No comments:
Post a Comment