Pages

Followers

Wednesday, March 13, 2013

CETUS PERISTIWA BERDARAH UNTUK KE PUTRA JAYA

Gambar  dari suarapakatanrakyat
Menjelang PRU 13 ini, mungkinkah seseorang pemimpin pembangkang akan 'dikorbankan' sebagai tindakan the last resort untuk ke Putra Jaya? Jawapannya TIDAK MUSTAHIL. 

Berdasarkan mood majoriti rakyat pada hari ini, pembangkang tahu ia tidak akan mampu menawan Putra Jaya melalui pilihan raya umum yang bersih. Justeru pembangkang perlu mencari "pintu belakang" yang bernajis untuk mencapai hasratnya.  

Untuk itu, api kemarahan rakyat khususnya kumpulan pro BN terhadap pemimpin pembangkang perlu dinyalakan semarak-maraknya. Biar ada golongan yang dilihat seolah-olah  seperti  sudah hilang kawalan dan pertimbangan. Biar ada kumpulan yang dilihat seolah-olah sanggup  melakukan tindakan yang boleh mengancam nyawa para pemimpin pembangkang. 

Lihat saja kenyataan Tian Chua dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain terhadap insiden Lahad Datu. Semua ini adalah disengajakan dan  dalam pelan tindakan mereka. Lihat juga tindakan provokasi berterusan yang melampau mereka di sini, sinisini dan sini.

Mengapa? Tujuannya hanya satu iaitu untuk membina 'motif' dan menjadikan kumpulan pro kerajaan yang marah ini sebagai suspek  dan tumpuan bila berlaku sesuatu kejadian malang yang menimpa seorang pemimpin pembangkang nanti. Dengan itu mudahlah untuk  pembangkang menuding jari pada kerajaan BN dan dalam masa yang sama mendapat undi simpati rakyat.

Ingat lagi drama mata lebam, pinggang terkehel, suntikan virus HIV dan racun arsenik?

Bagaimana pun untuk pilihan raya "do or die" ini, pembangkang perlu cerita "blockbuster". Cerita lebih besar dan hebat.

Mungkinkah skrip cerita pembunuhan Benigno Aquino di lapangan terbang Manila pada 1983 yang mencetuskan kemarahan rakyat sehingga menjatuhkan regim Ferdinand Marcos akan digunakan? Atau apakah skrip kisah Chen Shui Bian yang ditembak menjelang hari pengundian Presiden  Taiwan pada 2004 akan menjadi pilihan?



Psssst! Dengar-dengar khabar Tian Chua akan ke Lahad Datu dalam sehari dua ini.
Sambutlah dia dengan kompang dan bunga manggar.




No comments:

Post a Comment

Archive