Suara Pakatan juga rupanya prejudis terhadap kesetiaan dan kebolehpercayaan Harakah dan PAS berdasarkan "perkembangan dalaman PAS yang mutakhir". Mari kita lihat apa kata Suara Pakatan:
Lihat apa kata Suara Pakatan:
Suarapakatanrakyat.com berasa malu dengan tindakan Harakah Daily menyiarkan imej-imej kehadiran pemimpim MILF di Perhimpunan Agung UMNO November tahun lepas bagi membalas penyebaran gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
Laman ini masih cuba mendapatkan jawapan dari sumber di Harakah Daily bagi mendapatkan pengesahan sama ada berita tersebut tersilap tulis atau sengaja ditulis begitu untuk memalukan Pakatan Rakyat.
Maklum sahajalah dengan perkembangan mutakhir berkaitan PAS kebelakangan ini, ‘kesilapan‘ seumpama ini tidak boleh dipandang remeh.
Kami menyokong semua usaha yang dibuat untuk memperbaiki imej Anwar dalam isu ini yang sedang hebat diputarbelitkan oleh media pro UMNO dan kerajaan, tapi dalam masa yang sama, janganlah usaha itu bertukar menjadi bahan ketawa kerana kita sedang bercakap tentang Anwar, bukan calang-calang orang.
Huh!!! Kesian Harakah! Kesian PAS! Penat-penat je membuat 'spin', tapi tak dihargai. Malah dicaci dan dicurigai. Dah nasib kau PAS... dapat layanan 'class pembantu rumah' dalam Pakatan.
No comments:
Post a Comment