Pages

Followers

Monday, March 18, 2013

VIDEO GOYANG: APA KATA HAKIM TENTANG ANWAR?

Bila gambar terbaru 'Anwar'  bersama seorang lelaki "tengah goyang" keluar di media sosial, para penyokong pembangkang kata ia fitnah UMNO. Ada pula yang mempersoalkan mengapa gambarnya hitam-putih "sedangkan sekarang ini CCTV semuanya dah colour". Manakala Anwar pula kata mana mungkin orang itu dirinya kerana perutnya tidak sekecil itu. Pelbagai lagi alasan dan hujah remeh...

Semuanya dibuat untuk mencetuskan  "doubts" atau keraguan atas kesahihan gambar tersebut.

Walau  apa pun hujahnya, persoalan penting ialah apakah benar Anwar Ibrahim seorang GAY?  

Ini soalan penting kerana dalam pilihan raya akan datang ini nanti, kita mahu memilih seorang ketua negara, khalifah dan umarak. Bukan seorang ketua mafia dan  bukan juga pengerusi majalah porno.

Maka, dalam hal ini, saya lebih suka berpegang kepada penghujahan panel tiga hakim sewaktu Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dari tuduhan melakukan perbuatan liwat pada 2 September,2004 dengan keputusan majoriti 2:1.

Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah atas alasan adalah tidak selamat untuk mensabitkannya hanya berdasarkan eviden yang diberikan oleh pengadu, Azizan Abu Bakar, yang mahkamah anggap sebagai 'teman', justeru eviden nya bahawa beliau diliwat pada tarikh yang dikatakannya perlu disokong oleh saksi lain.

Bagaimana pun, keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan membuat penemuan bahawa: 
"Testimoni Dr. Mohd Fadzil dan Tun Haniff dan kelakuan orang yang merayu (Anwar) mengesahkan penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseks.

Majoriti hakim juga berpendapat "Kami mendapati terdapat eviden untuk mengesahkan bahawa orang yang merayu (Anwar) sememangnya terlibat dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa insiden di Tivolli Villa seperti yang dituduh sememangnya telah berlaku"

Sehingga kini, kenyataan ini kekal dan tidak pernah dicabar oleh Anwar dan barisan peguamnya. Mengapa?


No comments:

Post a Comment

Archive