Sekadar hiasan |
Pas didakwa pernah merancang pembunuhan Tun Mahathir pada 1988. Semua ini berlaku kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO itu kafir.
Perkara ini didedahkan oleh Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena C.N. Afghani yang berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu.
Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata rancangan untuk melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.
"Pada ketika itu, saya menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap. Rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan negara Islam dengan mudah, cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.
Artikel penuh di SINI.
Teringat kenyataan Nik Ajis ketika memberi kuliah di Masjid Kpg Pulau Melaka yang berbunyi:
"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka mati kita dikira mati syahid."
No comments:
Post a Comment