Pages

Followers

Sunday, March 17, 2013

RUPANYA PEMIMPIN DAP SAUDARA POL POT

Bayangkan hanya kerana menyuarakan ketidaksetujuan terhadap keputusan DAP Pusat berkaitan pemilihan calon, enam ahli tertinggi peringkat bahagian Miri "dipotong" serta merta daripada parti tanpa diberi peluang membela diri.

Tidakkah tindakan ini menunjukkan bahawa DAP Sarawak seperti mana DAP Pusat adalah sebuah parti yang dimiliki oleh seorang dua pemimpin autokratik yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan keputusan parti?

Tanpa diadili secara adil dan diberi peluang  untuk menjawab pertuduhan, keenam-enam ahli tersebut dipecat serta merta atas tuduhan insubordination oleh Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chien Jen yang sebelum ini bertanggungjawab membunuh karier politik Dominque Ng secara kejam.


ALWAYS REMEMBER THIS!
I M THE FUHRER
Diperingkat pusat, DAP dalam pemilihan ahli CECnya beberapa bulan lalu juga menunjukkan sikap autokratiknya  setelah  menidakkan hak ahli-ahli biasa dalam menentukan barisan kepimpinannya. Guan Eng dengan sesuka hati telah mengubah keputusan pengundian untuk meletakkan kroni nya yang kalah ke dalam senarai pemimpin tertinggi sehingga mendapat bantahan ribuan ahlinya.


Jadi, dimana letaknya unsur-unsur demokrasi, ketelusan, kebebasan yang dilaungkan DAP selama ini? Bayangkan jika DAP memegang tampuk pemerintahan kerajaan, mungkin ia lebih dahsyat daripada Pol Pot atau Hitler kerana tindakan seperti ini hanya boleh dijangka akan datang daripada pemerintahan komunis dan autokratik - tidak daripada sebuah parti yang kononnya jaguh demokrasi.



AWAS! RAKYAT SARAWAK, 
LU LANGSI LU MATI.

Lihat juga budaya ganas DAP di SINI.


No comments:

Post a Comment

Archive