Pages

Followers

Wednesday, January 30, 2013

MENGAPA AWANG TENGAH TIADA MASA LAWATAN TPM?


Ketiadaan kelibat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  ke Sarawak pada minggu lepas membuatkan para pencacai pembangkang termasuk sebuah akhbar tempatan bagaikan orang menang loteri. 

Bagi mereka, ketiadaan bayang Awang Tengah memberikan justifikasi kepada tuduhan mereka sebelum ini bahawa Awang Tengah "bersalah" dan "dihukum" dalam plot menjatuhkan Ketua menteri, Pehin Sri Abdul Taib.

Sebenarnya ia bukan sesuatu yang menghairankan kerana membuat fitnah, mentohmah, menipu  dan mengadu domba demi mendapatkan kuasa politik adalah darah daging pembangkang dan pencacainya. Kalau tidak kotor dan tidak menjijikkan ia bukan pembangkang. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, sikap dan fikiran yang lebih kotor dari najis babi ini sudah menjadi trade mark mereka.

Untuk makluman species ini, Awang Tengah sebenarnya telah berlepas ke Mekah bersama keluarga termasuk mertuanya untuk mengerjakan umrah pada minggu lepas. Pemergian ke tanah suci ini  bukan sesuatu yang mudah seperti makan angin ke London. Prosesnya memakan masa yang lama. Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal. Manakala program lawatan TPM ke Kuching pula bersifat segera.

Sebagai ketua keluarga dan muhrim kepada isteri, anak-anak dan mertuanya adalah mustahil untuk Awang Tengah membatalkan pemergiannya. Pembatalannya bermakna seluruh ahli keluarga juga terpaksa  melupakan niat mereka untuk menunaikan ibadah yang amat dituntutkan kepada umat Islam.

TPM tahu perkara ini. Ketua Menteri juga tahu, malah mengizinkan. 
So, the case is dismissed. 

Pembangkang didapati membohong lagi!


ISU EMPANGAN: BIDAYUH BENGOH BIJAK

Rumah baharu untuk penduduk Kpg Taba Sait yang terlibat dalam proses penempatan
semula untuk memberi jalan kepada  pembinaan  empangan Bengoh
- Gambar ihsan dari The Borneo Post.
Tahniah masyarakat Bidayuh di Bengoh.  Anda telah buktikan bahawa anda masyarakat bijak yang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang. 

Walau pun selama ini pembangkang membangkitkan pelbagai isu dan masalah agar anda bangun menentang rancangan kerajaan untuk membina empangan Bengoh namun anda tetap percaya keihlasan kerajaan untuk membangunkan masyarakat Bidayuh. Hasilnya, kini, anda semakin hampir untuk menikmati "buah" yang manis atas kepercayaan tersebut.  

Semalam, kerajaan mengumumkan bahawa Kpg Taba Sait akan menjadi kampung pertama  yang akan menerima rumah Mesra rakyat baru di skim penempatan semula Bengoh. Penduduk dijangka akan berpindah ke rumah baru yang lebih selesa dan moden mulai Mac ini.

Manakala penduduk kampung lain akan berpindah secara berperingkat selepas itu. Setiap rumah tersebut yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi akan dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik.

Buat sementara, anak-anak mereka yang bersekolah akan ditempatkan di SK Bengoh dan SK St Patrick sehingga sebuah sekolah baru siap dibina.

Selain daripada membina gereja, kerajaan juga akan memberikan sebidang tanah kepada para penduduk kampung untuk tujuan pertanian.

Dalam masa terdekat kawasan penempatan semula tersebut juga akan dibangunkan sebagai sebuah Pusat Pembangunan Luar bandar (RGC) yang lengkap dengan kemudahan moden yang mampu membawa perubahan terhadap  kehidupan  penduduk.


Empangan Bengoh yang terletak di Puncak Borneo, Kuching dibina untuk menampung keperluan air bersih untuk hampir 2 juta pengguna di sekitar bandar raya Kuching menjelang tahun 2030.  Empangan yang bernila RM310 juta ini juga mampu mengalirkan tiga megawat tenaga elektrik yang akan disambung ke grid utama negeri Sarawak.


Sekali lagi tahniah untuk masyarakat Bidayuh Bengoh!
Takziah untuk pembangkang.








Monday, January 28, 2013

BERITA KURANG ENAK...


Generasi muda akan mengundi menentang BN dalam PRU akan datang. Inilah ad nauseum yang menjadi pegangan pembangkang. Pandangan ini semakin dianggap benar apabila ia diakui pula oleh beberapa profesor kangkung  pro-pembangkang  yang kononnya  berdasarkan kajian saintifik.

Namun, berita ini pasti menjadi berita kurang enak untuk pembangkang. Berita yang boleh membuat mereka insomnia. 

Dua hari lepas,  Kementerian Dalam Negeri memaklumkan seramai 63,000 belia di Sarawak telah mendaftar sebagai ahli Squad Muda KDN. Mereka adalah sebahagian daripada 1.14 juta ahli berdaftar semenjak squad tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 25 Mei lalu. 

Squad tersebut bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelawan dan menggalakkan ahlinya untuk terlibat dalam kegiatan kemanusiaan dan kemasyarakatan. 

Selain daripada itu terdapat seramai 2.5 sukarelawan yang berdaftar dengan KDN diseluruh negara termasuk daripada RELA, Pertahanan Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Sukarelawan Simpanan Polis.

Dan, semalam sebuah NGO yang akan menjadi wadah dan payung bagi belia Dayak Sarawak iaitu Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (Pebedas) pula dilancarkan oleh Tan sri Dr. James Masing di Kuching.

Pertubuhan yang mempunyai cawangan hampir di seluruh Bahagian di negeri ini bertujuan untuk membantu kerajaan mencari jalan bagi membangunkan generasi muda Dayak dalam pelbagai bidang.

Meski pun  kedua-dua entiti tersebut tiada kaitan dengan politik namun secara tersirat ia membuktikan bahawa majoriti generasi muda tetap menyokong aspirasi dan agenda kerajaan - sekaligus menidakkan angan-angan pembangkang dan penemuan hasil kajian beberapa orang profesor kangkung.



PAS! Apalah  nak dibanggakan sangat kalau sekadar berbelas orang remaja
yang diupah menunggang motosikal buat bising,  pusing-pusing masuk kampung di Samarahan pada minggu
lepas.Tak ada signifikan. Tak ada IMPAK lah bro. Malah membuat orang menyampah.


Sunday, January 27, 2013

EMPANGAN HIDRO: ANWAR DAN PENAN



Pada hakikatnya, pembangunan empangan hidro elektrik di Sarawak bukanlah sekadar untuk memenuhi keperluan negeri ini terhadap tenaga menjelang 2020 tetapi juga bersifat serampang dua mata bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat peribumi seperti Penan yang tinggal jauh dipedalaman.

Pembangunan Murum misalnya akan transform masyarakat Penan di kawasan terlibat daripada kehidupan primitif kepada kehidupan moden yang bukan sahaja lebih selesa dan teratur tetapi juga masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Masyarakat Penan yang terlibat akan ditempatkan semula di kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan asas dan yang utama kemudahan pendidikan. 

Kajian yang dibuat beberapa tahun lalu terhadap masyarakat Penan di Long Wat, Long Nuar, Long Menapa, Long Singan, Long Tangau dan Long Median menunjukkan bahawa lebih 90 peratus daripada mereka tidak pernah bersekolah.

Sebagai langkah intervensi terhadap isu ini, kerajaan Sarawak melalui agensinya Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mula mengembangkan program literasi yang meliputi semua anak muda Penan di kawasan Murum.

Masyarakat Penan tanpa mengira jantina dan umur bukan saja  menyambut baik program ini malah mula menunjukkan minat yang tinggi dan setakat ini  hampir 400 daripada mereka menyertai program tersebut .

Selain daripada kelas membaca, menulis dan mengira, program ini juga mendidik mereka mengenai penjagaan kebersihan dan kesihatan, pembangunan diri dan kepimpinan serta pertanian dan penternakan.

Bercakap tentang projek empangan ini, beberapa orang peserta program memberitahu, "Kalau fikir memang susah sikit kerana dulu ikan dalam sungai, sekarang sudah dalam empangan... dulu rusa dan babi dekat, sekarang sudah pegi jauh sikit... tapi kami gembira kerana kami semua terutama anak-anak sudah pandai membaca dan mengira". Satu kenyataan yang menggambarkan harapan mereka terhadap masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda masyarakat Penan. Harapan masyarakat Penan yang tidak mahu ketinggalan dari mengecapi nikmat pembangunan seperti yang dikecapi oleh kaum lain.

Jelas, bertentangan dengan pandangan Anwar Ibrahim yang berusaha menghalang pembinaan projek ini demi meraih undi. Undi yang akan mengekalkan  masyarakat Penan dalam hutan belantara jauh di pedalaman dalam kemunduran. Undi yang akan menjadikan masyarakat Penan sebagai "muzium hidup antrophology" untuk tontonan dan hiburan kawannya orang putih seperti Clare Rewcastle Brown dan Bruno Manser.






Saturday, January 26, 2013

WANITA DIGODA DENGAN RM600


PKR Sarawak telah melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) peringkat  negeri dua tiga hari lepas kononnya untuk mempertahankan hak-hak seluruh wanita.

Namun dalam ucapannya, Naib ketua Wanita PKR negeri, Voon Shiak Ni berkata "AWM akan menjadi salah satu senjata untuk meraih undi menjelang PRU13."

Di bawah AWM, PKR juga berjanji akan memberi RM600 setahun kepada semua wanita yang tidak bekerja bagi meningkatkan taraf hidup mereka, katanya.

Maka timbul persoalan, apakah AWM ini diwujudkan  untuk mempertahankan hak wanita atau sekadar senjata untuk meraih undi? Apakah dengan RM600 setahun atau lebih kurang RM1.65 sehari mencukupi  untuk meningkat taraf hidup wanita?

Benarkah janji ini akan ditepati sedangkan janji-janji kerajaan PKR Selangor untuk memberikan elaun kepada ibu-ibu tunggal dan memberikan elaun khas kepada suri rumah sepenuh masa sehingga sekarang tidak ditunaikan sehingga ribuan ibu tunggal dan suri rumah memfailkan saman di mahkamah? 

DONT  TRY TO INSULT WOMEN'S INTELLIGENCE!!

Majoriti wanita di negara ini sedar bahawa segala hak mereka telah lama terpelihara dan dilindungi di bawah Undang-undang dan  Dasar Wanita Negara yang digubal oleh kerajaan BN sejak sekian lama. 

RM600 setahun terlalu murah untuk 'membeli' wanita Sarawak....
Sedangkan khidmat China Doll pun dah lebih RM1,000 sejam oooooooiiiiiii!!!!!


Thursday, January 24, 2013

PAS SARAWAK: KISAH NIZAR, AIR DAN BIJI PEL**

Sekarang bila boring dan ingin sedikit hiburan, aku dah tak baca majalah Gila-Gila. Aku baca blog Pas Sarawak. Pasti terhibur bro! Paling tidak pun senyum sinis. Jom kongsi.

Yang terbaru, kisah lawatan Nizar Jamaludin "lambai" ke pekan  Sibuti  (P218) bagi melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS. 
Majlis itu diwar-warkan sebagai meriah dan mendapat sambutan baik
Nak tau macam mana rupanya meriah dan sambutan baik tu...Tengok gambar yang mereka bagi. Fulamak! Ramainya bro. Aku agak-agak lah adalah  50 ribu orang yang datang.
DHPP Sibuti Mendapat Sambutan Hangat Dari Berbilang Kaum
Satu lagi artikel "Pengguna Air Terpaksa Bayar Bil Air Kotor". Siap tunjuk gambar lagi...Nak tunjuk betapa kejamnya kerajaan pimpinan BN.
Pengguna Air Terpaksa Bayar Bil Air Kotor?

Ceritanya: Miri - Projek pembinaan parit yang dibina ditepi bukit jalan menuju ke Luak baru-baru ini telah menyebabkan paip air pecah dan tekanan air menjadi rendah. Pagi ini penduduk dalam kawasan Luak menghadapi masalah air kotor mungkin disebabkan oleh kekotaran dari paip air pecah beberapa hari yang lalu.

Kah kah kah kah...Rupanya gangguan sementara kerana paip air pecah. Mati-mati aku ingat macam kes di Kelantan yang dah berpuluh-puluh tahun rakyatnya Pok Nik berikan minum dan mandi  "kopi susu". 

Tambah artikel tu lagiKalau kerajaan Selangor boleh menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyatnya tetapi di Miri lain pula halnya.

Kah kah kah kah kah kah...air percuma di Selangor? Hoi! pekak badak ke tak dengar ramai rakyat Selangor dah saman kerajaan negeri kerana tak tepati janji?

Satu lagi  kisah di Miri juga dengan tajuk Kpg Sungai Dalam A dilanda banjir. Ceritanya begini:
LAMBIR - Kpg Sungai Dalam A terletak dalam DUN Lambir.  Akibat hujan lebat yang berterusan semalaman telah menyebabkan banjir teruk melanda kampung tersebut. Salah satu puncanya adalah akibat daripada sistem peparitan yang tidak teratur dengan sempurna dan kawasan penempatan yang rendah.

Kah kah kah kah...namanya pun dah Kpg Sungai Dalam dan kawasan rendah. Lagi pun hanya banjir kilat bersifat sementara. Yang Kelantan habis tenggelam setiap tahun tak ada pun Pok Nik kisah.

Dan cerita ni pula aku jumpa dalam flyer diaorang kat Samarahan. Dengan tajuk Mangsa ketiadaan air minta PAS bantu. Fuuuh! Bangga bro. Apa taknya , banyak-banyak pemimpin dan agensi kerajaan, orang PAS yang dipanggil.

Ceritanya: Lebih 3,000 keluarga di Asajaya mengalami gangguan bekalan air sejak beberapa hari lalu. Menyedari keadaan semakin meruncing, penduduk menghubungi PAS bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Antara yang menerima aduan ini adalah Abang Ahmad Kerdee, bakal calon PAS dalam PRU akan datang yang bergegas ke tempat kejadian untuk mendengar dan melihat sendiri keadaan tersebut. Menurut beliau setelah meninjau keadaan di kampung tersebut, keadaan ini amat menyusahkan dan tidak sepatutnya berlaku. Siap dengan gambar posing tengok camera lagi.

Sekali lagi, kah kah kah kah kah....calon PAS BERGEGAS datang nak selesaikan masalah. Fuuuh! Macam superman. Rupanya sekadar tolong tengok dan tolong hasut. Nak tolong selesai macam mana kalau datang pun sekadar bawa biji pel** saja. Udah, udah lah tu Pas oooiiiii! Rasa nak terkencing aku....

Psst! Kalau nak buat propaganda belajarlah  dengan blogger ter"Otai" UMB.



Wednesday, January 23, 2013

TERIMA KASIH SARAWAK REPORT

Penjajah dan penjilatnya...

Niat busuk Sarawak Report yang ingin menghuru-harakan PBB dan BN Sarawak melalui artikelnya  The Plot to Dump Taib kini menjadi senjata makan tuan.

Pembohongannya bukan saja gagal mewujudkan ketidakstabilan dalam PBB tetapi juga semakin mengukuhkan perpaduan para pemimpin dan ahli-ahlinya di semua peringkat.

Sebagai reaksi kepada penipuan tersebut, dari pemimpin sehingga ahli akar umbinya kini bangkit menunjukkan perpaduan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Pehin Seri Taib.

Malah melalui artikel tersebut, Sarawak Report hanya menunjukkan kebodohannya dengan berfikir bahawa perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PBB  dapat dirobek dengan begitu mudah. Jelas Sarawak Report lupa sejarah 1987 yang telah  membuktikan walau sebesar mana sekali pun cabaran,  kesetiaan majoriti ahli-ahli terhadap PBB tetap utuh dan tiada tolok bandingnya.  

Apa-apa pun terima kasih juga  kepada Sarawak Report  kerana  sekali lagi membuktikan kepada rakyat  bahawa ia adalah sebuah blog yang tidak credible  dan  penuh dengan pembohongan, kebiadapan dan najis penjajah dan penjilat-penjilatnya yang harus dijauhi. 

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time.

Tuesday, January 22, 2013

PLOT JATUHKAN TAIB SAMA SEPERTI CERITA BARU BIAN

Sarawak Report, blog pembangkang yang didalangi bekas penjajah dan para penjilat penjajah dalam posting terbarunya "The Plot to Dump Taib" bercakap kononya terdapat usaha dalaman yang diketuai Awang Tengah  untuk menggugurkan Taib dari kerusi Ketua Menteri. Hahaha.  LUCU.  Memang lucu. 

Sebenarnya plot cerita ini direka oleh Sarawak Report  berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam PKR Sarawak di mana terdapat kumpulan tertentu yang ingin menyingkirkan Ketuanya Baru Bian. Menurut sumber dalaman yang boleh dipercayai, PKR Sarawak kini terbahagai kepada tiga puak iaitu puak Melayu/ Melanau, puak Iban dan pihak yang menyokong Baru Bian.


Siapa "warlords"  bagi puak Melayu dan Iban akan kita dedahkan kemudian (sebagai menghormati kehendak sumber). Namun, kewujudan puak ini adalah atas alasan yang sama - ketidakpuasan hati terhadap Baru Bian yang bukan saja dilantik secara autokratik oleh Anwar Ibrahim tetapi juga tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan.


"Warlords" berkenaaan melihat Baru Bian sebagai seorang yang terlalu "lembut" terutama bila berhadapan dengan DAP dan PAS, indecisive, terlalu bergantung dan takut kepada Anwar walau pun dalam hal kecil yang jelas tidak dapat diterima oleh orang Sarawak.


Selain daripada itu perlantikan Baru Bian dibuat tanpa "restu" daripada pemimpin lain yang lebih veteran dan lama berjuang untuk parti, bermula dari Parti Keadilan Nasional lagi. Bagi mereka Baru Bian yang datang dari keturunan minoriti Orang Ulu hanyalah budak hingusan dalam dunia politik.


Puak Melayu yang menentang Baru Bian pula melihat beliau sebagai liability dalam meraih sokongan pengundi Melayu / Melananu Muslim. Bagi mereka, selagi BaruBian menerajui PKR Sarawak selagi itulah masyarakat muslim akan menjauhkan diri daripada PKR. Perkara ini terbukti dengan peningkatan  jumlah undi popular yang diperolehi oleh calon-calon BN di kawasan Melayu/Melanau  dalam PRDUN lalu. Setakat ini Baru Bian hanya diterima di kawasan pedalaman utara Sarawak.


Simptom kepada ketidakgemaran kepada BaruBian ini jelas apabila hanya segelintir pemimpin, malah muka yang sama sahaja yang menyambut kedatangan Anwar dan menghadiri majlis ceramahnya di Sarawak. Ramai pemimpin veteran  dan utama  semakin menjauhkan diri.


Kembali kepada cerita Sarawak Report yang kononya terdapt operasi untuk jatuhkan Taib . Melihat kepada struktur organisasi PBB sahaja kita tahu bahawa cerita tersebut adalah cerita karut hasil imaginasi liar yang terhasil dari darah penipu  yang  bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin PBB. 


PBB terdiri daripada kumpulan muslim dan bukan muslim di samping sayap wanita dan pemuda yang menyebabkan pemilihan seorang Ketua Menteri  bukanlah satu proses mudah atau sekadar meraih sokongan daripada sekelompok ADUN. Pemilhan pucuk pimpinan ini juga bergantung kepada persetujuan dan restu daripada Perdana Menteri dan semua ketua parti komponen - bukan semudah pemilihan Baru Bian yang hanya memerlukan jari telunjuk Anwar.







Monday, January 21, 2013

MARI BUAT BERSIH 4.0


Selepas pengumuman keputusan pemilihan CEC 15 Disember, di mana tiada seorang pun daripada lapan  calon Melayu terpilih, DAP sekali lagi mengumumkan pada 3 Januari, 19 hari kemudian, terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi dan akhirnya mengisytiharkan calon yang kalah sebelum itu iaitu Zairil Khir sebagai ahli terpilih dalam CEC.

Akibatnya, dari hari ke hari, semakin ramai ahli dan pemimpin DAP peringkat cawangan  membuat laporan kepada ROS berkaitan dengan tindakan memanipulasi keputusan pemilihan CEC tersebut.

Mereka  berkata  "Jelas ini adalah kes manipulasi pemilihan, dan ia juga bertentangan dengan proses demokratik dan slogan parti iaitu kompetensi, akauntabiliti dan transparensi". 

Mereka bertambah marah apabila saranan agar diadakan pemilihan semula ditolak mentah-mentah oleh Setiausaha Agung  DAP, Lim Guan Eng. 

Justeru, sebagai "pejuang" pilihan raya bersih dan telus serta "juara" demokrasi sudah pasti Ambiga dan Samad Said  melihat ini sebagai satu alasan kukuh untuk merancang demonstrasi 4.0. Malah dengan bukti yang ada mereka ada justifikasi kukuh untuk cetuskan demonstrasi yang lebih brutal dan ganas. Kali ini bukan lagi di Dataran Merdeka tapi di Pulau Pinang. Di KOMTAR. Di pejabat Guan Eng, setiausaha agung sebuah parti yang kotor dan jijik.


Nah! Ambiga. Alasan kukuh untuk cetus demonstrasi. 
Nah! Samad Said. Ilham baik untuk tulis puisi.
Jangan kita asyik mencari kekotoran orang lain jika diri sendiri penuh najis babi.














Saturday, January 19, 2013

ORANG PAS WAJIB DENGAR : MAJLIS PRESIDEN PAKATAN LEBIH LAYAK DARIPADA MAJLIS SYURA



AHLI MAJLIS FATWA PAKATAN

Semua orang PAS perlu dengar betul-betul. Mulai sekarang apa-apa isu berkaitan agama, "fatwa" Majlis Presiden  Pakatan Pembangkang adalah mengatasi "fatwa" Majlis syura PAS yang kau orang agung-agungkan. Ini pesanan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut Azmin, dalam isu penggunaan kalimah Allah, semua pemimpin pembangkang berpegang kepada kenyataan awal Haji Hadi yang setuju kalimah  suci tersebut boleh digunakan oleh orang bukan Islam seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan tempoh hari. 

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari  lalu telah sepakat bersetuju kalimah Allah  boleh digunakan orang bukan Islam, lagi pun Majlis Syura hanyalah  organisasi dalam PAS sekaligus keputusannya tidak menggambarkan keputusan pemimpin pembangkang, kata Azmin. 

Dalam erti kata lain:

  1. Keputusan Majlis Presiden Pakatan harus mengatasi atau overruled  'fatwa' Majlis Syura. 
  2. Majlis Presiden yang terdiri daripada Haji Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang lebih layak untuk memberikan pandangan tentang agama berbanding Majlis Syura yang dianggotai para ulama. 
  3. Hadi, Anwar dan Kit Siang lebih alim daripada Harun Taib, Harun Din dan lain-lain ustaz yang ada dalam PAS.  Ingat itu!



PRU13: 7 KERUSI DAH CONFIRM HILANG

Hari ini, pakatan dah confirm hilang tujuh kerusi. Dah sah jatuh ke tangan BN. Kerusi tersebut ialah Julau, Batang Sadong,  Samarahan, Sibuti, Mukah, Igan dan Tanjong Manis.  

Hehehe...Bukan nak sombong, tapi perkara ini menjadi sah apabila PAS Sarawak membuat kenyataan bahawa kawasan-kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada calon-calon dari  partinya.

Untuk Julau, kawasan majoriti pengundi Dayak yang disandang oleh Timbalan Menteri Penerangan Datuk Joseph Sallang,  PAS akan meletakkan calon Iban bukan Islam yang dipilih dari Dewan Perhimpunan Penyokong PAS.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid menyatakan dalam Berita Harian hari ini, pemilihan calon itu bukan sahaja sudah mendapat 'lampu hijau' daripada PAS Pusat tetapi juga sudah dipersetujui oleh semua rakan-rakan Pakatan lain, termasuk PKR dan DAP.

Psssst! Adam Ahid! tak kan 7 kerusi je... Mintaklah lebih. Baru meriah...


Thursday, January 17, 2013

#LISTEN...LISTEN... MAHASISWA TUNTUT PTPTN PERCUMA?

Jika Pakatan menang PRU13 , hutang PTPTN akan dilupuskan. Pendidikan tinggi akan diberi percuma. Inilah janji Anwar Ibrahim. Janji yang bertujuan untuk memancing undi generasi muda . Tapi, benarkah semua mahasiswa semudah itu untuk memakan umpan? Benarkah semua mahasiswa sama seperti minachee Bawani yang mahukan segalanya percuma?  Benarkah semua mahasiswa mahu dimanjakan?

Jawapannya? Baca saja kat bawah:




Only the toughest will survive. 
Demi masa depan, Malaysia perlukan generasi yang gigih,  bersemangat kental dan produktif. 
Bukan yang "lembik dan lembut" , bukan juga yang hanya mahu segalanya disuapkan ke mulut. Dan, yang lebih penting bukan mahasiswa yang mudah diperbodohkan.

*** By the way, 
Tahniah dan Syabas Sharifah Zohra. Sekali sekala kita perlu bersikap kurang ajar terhadap orang yang kurang ajar.




Dicedok dari blog Kuchingitam. Terma kasih bro. 





Wednesday, January 16, 2013

ANWAR KUTUK MAJALAH HINA RASULULLAH?



What?  I beg your pardon! What did you say? 
Anwar kutuk penerbitan majalah Peranchis hina Rasulullah? 
Biar betul... 
Betulkah apa yang aku baca dalam  akhbar Suara Keadilan 8 Januari lalu ni? 

Sedangkan sebelum ini Anwar beriya-iya membela penulisan  buku "The Satanic Verses" yang menghina Islam oleh Salman Rushdie. Buku yang dianggapnya sebagai  "satu karya yang terlalu indah dan menarik" dan amat dia minati. 

Lihat video ini:


Emmp!!!!!! Betapa mudahnya penyokong-penyokong pembangkang diperbodohkan. 



Tuesday, January 15, 2013

MENGAPA RAMAI ORANG PAS KENA DARAH TINGGI?

Jangan hairan kalau hari ini ramai pengikut PAS sakit kepala. Pening.  Ada yang  muntah-muntah. Bukan kerana mereka terlalu banyak makan ubat kuat sex yang Harakah promosikan. Bukan juga kerana penat berdemonstrasi. Tapi kerana tekanan darah dah naik.

Semuanya kerana Nik Ajis. Ulamak yang selama ini menjadi sumber rujukan mereka (selepas Quran dan Hadis) kini semakin menjadi ulamak flip flop. Yang  'fatwa'nya asyik berubah. Kejap boleh, kejap tak boleh. Kejap halal, kejap haram.

Dua tiga hari lepas bukan main lagi dia beriya-iya kata Kristian boleh guna kalimah Allah. Senada dengan Haji Hadi. Senada dengan  'fatwa' Pakatan. Senada dengan saranan  khalifahnya Lim Guan Eng.

Tapi, tiba-tiba semalam pula kata tak boleh. Senada pula dengan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible. Malah dia kata perbuatan membenarkan penggunakan kalimah Allah dalam Bible adalah mengarut. Ada ke patut dia kata Haji Hadi mengarut, sedangkan sebelum ini dia kata Haji Hadi ulama yang amat mahir tentang hukum hakam?

Jadi, sekarang orang PAS nak ikut mana satu? "Fatwa"nya yang terbaru atau fatwa dua tiga hari lepas? Nak ikut Nik Ajis ke atau nak ikut Haji Hadi? Nak ikut ketetapan Dewan Ulama ke atau nak ikut pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS? Nak ikut fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan ke atau nak ikut  'fatwa' Pakatan? 

Sekarang seseorang wajar di pecat. Siapa? Nik Ajis ke Hj. Hadi?

Dan, ahli-ahli PAS Sarawak dan ketuanya Adam Ahid pula macam mana? Jangan tunggu sampai kena stroke...

Monday, January 14, 2013

KL112: MENTAL CONFUSION

Dalam dunia perubatan, Mental Confusion digunakan untuk menjelaskan darjah pathological bagi merujuk kepada pesakit yang hilang orientasi sehingga sukar memahami situasi sebenar akibat pemikiran yang tidak jelas dan bercelaru.





Dalam kes yang teruk pesakit juga mempunyai hallucination dan paranoia. Malah mempunyai disorganised thought... 


unusual, weird, bizzare...



tingkah laku hyperactive, aggresif dan anxiety.




Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 98
Simptom lain, selalu   fatique, drowsiness, dizziness macam kawan yang kat bawah ni.






Saturday, January 12, 2013

Live dari Stadium Merdeka: Syukur! Harga minyak turun 50 sen

Syukur! Minyak turun harga! Minyak turun harga! 
Dalam ucapan sebentar tadi, Anwar janji akan turunkan sebanyak 50 sen. Aku sukaaaa....Anwar  suka....Orang Pas lagilah suka.

Sesuai dengan slogan baru Pakatan:
Tegang -Teguh - Besar -Panjang

Sila semak harga baru minyak berikut di akhbar Harakah:




\





Exclusive dan terkini dari Stadium Merdeka



Apa? Tidak ramai? Stadium tidak penuh? Over! over!

Ok! Ok! Dont worry Boss! We're on the way to Stadium Merdeka right now. Over! 

Ok! Ok! RM20 also can Boss. Roger and out.

Lets gooooo........




Kalau dah lembu, lembu juga...




Friday, January 11, 2013

BEST MALAYSIAN COMEDY MOVIE OF THE YEAR




Ini celita manyak lucu. Hollywood filem, Monster Inc., Men In Black, 21 Jump Street, Brave dan American Pie Reunion semua tatak boleh lawan punya . 

Ini celita seolang tokong. Manyak sombong. Selalu cakap dia manyak Cekap, Amanah dan Telus. Olang lain semua kotor. Tatak baik. Dia punya parti semua bangsa ada.  Tidak selupa Umno. Harmoni maaa....

Tapi, olang Cina selalu cakap "zhi bao bu zhu huo" (常言道,纸包不住火). Olang putih cakap "lying is like playing with fire, paper cant wrap it up for long".  Pemilihan CEC itu hali sudah tunjuk dia olang punya parti  manyak rasis. Semua melayu dia olang buang. Itu tokong manyak stress. Manyak malu. Dia punya syphilis...ooops! solly aaah. Bukan syphilis. Rasis. Rasis sudah nampak. Satu Malaysia sudah tau maaa.....  

Apa macam mau bikin? 17 malam ini tokong tatak boleh titun oooo! Dia manyak fikir apa macam mau cover up ini besar kemaluan. 

Ujung-ujung itu hari 18 dia pun lapat itu idea. Dia pun cakap   sama olang dalam itu tv, "Solly aah! Itu hali salah kila. Itu apek tua sudah labun mata bikin salah kila. Gua pun tatak faham. Mungkin dia kila pakei itu sempoa. Bukan kalkuleta." 

"Sibinarnya, itu Zairil punya undi bukan tiga latus  tapi 803. Bikin dia cun cun dapat masuk CEC. Ini belita mesti bikin melayu bodo semua sinang hati maaa... Gua sudah cakap ini DAP memang manyak harmoni".

Ini movie  nama "The Lying Tokong" (说谎的庙祝).  Penang punya company bikin. Starring- Lim Guan Eng, co-starring- Lim Kit Siang, supporting actor - Karpal Sing.

Thursday, January 10, 2013

UUHH! BETAPA BODOHNYA ORANG SARAWAK...

Sebodoh itu kah orang Sarawak untuk mempercayai janji Anwar Ibrahim untuk membina lebuhraya Pan-Borneo sebaik saja menang PRU13? Sedangkan dalam masa lebih 20 tahun memerintah Kelantan kawannya Nik Ajis gagal membuat walau satu jalan pun di negeri tersebut. Sedangkan nak buat lebuhraya Kota Bharu -Kuala Krai yang sepanjang 73 kilometer pun tak mampu. Nak buat jalan yang sedikit lebih panjang dari janggutnya pun nak minta sumbangan rakyat. 

Inikan pula  nak buat lebuhraya Pan-Borneo sepanjang lebih 1,000 Km yang melibatkan pembinaan 202 jambatan yang memakan belanja RM16 billion termasuk bayaran untuk pampasan tanah rakyat.


Sebodoh itu kah orang Sarawak nak mempercayai janji Anwar untuk bekalkan air percuma kepada seluruh rakyat negeri ini sebaik menang PRU13?  Sedangkan selama 20 tahun memerintah,  kawannya Nik Ajis hanya mampu berikan air kotor dan berkeladak kepada rakyatnya. Sedangkan janji Khalid Ibrahim kawannya di Selangor untuk bagi air percuma dalam pilihan raya lalu pun tak tertunai. 

Sebodoh itu kah orang Sarawak nak mempercayai janji anwar nak bagi tanah percuma kepada seluruh rakyat Bumiputera di negeri ini bila menang PRU13? Sedangkan tanah masyarakat India Kpg Buah Pala yang sekangkang kera itu pun dirampas kawannya Guan Eng di Pulau Pinang. Sedangkan tanah untuk bina perumahan rakyat di Taman Manggis pun Guan Eng jual kepada swasta. Begitu juga di Selangor, dalam gagapnya Khalid tergamak jual tanah milik Yayasan Selangor.

Hoi Nuar, sebodoh itu kah orang Sarawak? 
Kalau nak kelentong pun biar lah  berpada-pada.

Wednesday, January 9, 2013

FOR BLOGGERS ANAK SARAWAK ONLY !!



I love this car.  Kereta impian masa depan - AUDI locus concept,  a charming exterior and interior design.   Puuh! Dia punya steering feel, grip, ride, handling...pendek kata this is the machine with magic... the machine everyone loves to drive.

                         

Tapi, yang ini. My great grandpa's...Not only outdated but unreliable. Risky. Dangerous to drive. Gas sucker. Always going off the track like a person LOST ITS CAUSE. 

Not to mention its SKY ROCKET maintainance cost! It always died in the middle of the road causing so much time delayed and troubles! Forcing you to spend your HARD EARNED notes on it or else it will not function properly. 

Furthermore, this old hack endangered the driver's, passengers' and road users' lives! 

BEWARE OF THIS CAR OTHERWISE YOU WILL BE NEXT IN LINE TO GET RAMMED!