Pages

Followers

Tuesday, January 15, 2013

MENGAPA RAMAI ORANG PAS KENA DARAH TINGGI?

Jangan hairan kalau hari ini ramai pengikut PAS sakit kepala. Pening.  Ada yang  muntah-muntah. Bukan kerana mereka terlalu banyak makan ubat kuat sex yang Harakah promosikan. Bukan juga kerana penat berdemonstrasi. Tapi kerana tekanan darah dah naik.

Semuanya kerana Nik Ajis. Ulamak yang selama ini menjadi sumber rujukan mereka (selepas Quran dan Hadis) kini semakin menjadi ulamak flip flop. Yang  'fatwa'nya asyik berubah. Kejap boleh, kejap tak boleh. Kejap halal, kejap haram.

Dua tiga hari lepas bukan main lagi dia beriya-iya kata Kristian boleh guna kalimah Allah. Senada dengan Haji Hadi. Senada dengan  'fatwa' Pakatan. Senada dengan saranan  khalifahnya Lim Guan Eng.

Tapi, tiba-tiba semalam pula kata tak boleh. Senada pula dengan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible. Malah dia kata perbuatan membenarkan penggunakan kalimah Allah dalam Bible adalah mengarut. Ada ke patut dia kata Haji Hadi mengarut, sedangkan sebelum ini dia kata Haji Hadi ulama yang amat mahir tentang hukum hakam?

Jadi, sekarang orang PAS nak ikut mana satu? "Fatwa"nya yang terbaru atau fatwa dua tiga hari lepas? Nak ikut Nik Ajis ke atau nak ikut Haji Hadi? Nak ikut ketetapan Dewan Ulama ke atau nak ikut pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS? Nak ikut fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan ke atau nak ikut  'fatwa' Pakatan? 

Sekarang seseorang wajar di pecat. Siapa? Nik Ajis ke Hj. Hadi?

Dan, ahli-ahli PAS Sarawak dan ketuanya Adam Ahid pula macam mana? Jangan tunggu sampai kena stroke...

No comments:

Post a Comment