Pages

Followers

Saturday, January 19, 2013

ORANG PAS WAJIB DENGAR : MAJLIS PRESIDEN PAKATAN LEBIH LAYAK DARIPADA MAJLIS SYURA



AHLI MAJLIS FATWA PAKATAN

Semua orang PAS perlu dengar betul-betul. Mulai sekarang apa-apa isu berkaitan agama, "fatwa" Majlis Presiden  Pakatan Pembangkang adalah mengatasi "fatwa" Majlis syura PAS yang kau orang agung-agungkan. Ini pesanan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut Azmin, dalam isu penggunaan kalimah Allah, semua pemimpin pembangkang berpegang kepada kenyataan awal Haji Hadi yang setuju kalimah  suci tersebut boleh digunakan oleh orang bukan Islam seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan tempoh hari. 

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari  lalu telah sepakat bersetuju kalimah Allah  boleh digunakan orang bukan Islam, lagi pun Majlis Syura hanyalah  organisasi dalam PAS sekaligus keputusannya tidak menggambarkan keputusan pemimpin pembangkang, kata Azmin. 

Dalam erti kata lain:

  1. Keputusan Majlis Presiden Pakatan harus mengatasi atau overruled  'fatwa' Majlis Syura. 
  2. Majlis Presiden yang terdiri daripada Haji Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang lebih layak untuk memberikan pandangan tentang agama berbanding Majlis Syura yang dianggotai para ulama. 
  3. Hadi, Anwar dan Kit Siang lebih alim daripada Harun Taib, Harun Din dan lain-lain ustaz yang ada dalam PAS.  Ingat itu!



No comments:

Post a Comment