Pages

Followers

Saturday, January 19, 2013

PRU13: 7 KERUSI DAH CONFIRM HILANG

Hari ini, pakatan dah confirm hilang tujuh kerusi. Dah sah jatuh ke tangan BN. Kerusi tersebut ialah Julau, Batang Sadong,  Samarahan, Sibuti, Mukah, Igan dan Tanjong Manis.  

Hehehe...Bukan nak sombong, tapi perkara ini menjadi sah apabila PAS Sarawak membuat kenyataan bahawa kawasan-kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada calon-calon dari  partinya.

Untuk Julau, kawasan majoriti pengundi Dayak yang disandang oleh Timbalan Menteri Penerangan Datuk Joseph Sallang,  PAS akan meletakkan calon Iban bukan Islam yang dipilih dari Dewan Perhimpunan Penyokong PAS.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid menyatakan dalam Berita Harian hari ini, pemilihan calon itu bukan sahaja sudah mendapat 'lampu hijau' daripada PAS Pusat tetapi juga sudah dipersetujui oleh semua rakan-rakan Pakatan lain, termasuk PKR dan DAP.

Psssst! Adam Ahid! tak kan 7 kerusi je... Mintaklah lebih. Baru meriah...


No comments:

Post a Comment