Pada hakikatnya, pembangunan empangan hidro elektrik di Sarawak bukanlah sekadar untuk memenuhi keperluan negeri ini terhadap tenaga menjelang 2020 tetapi juga bersifat serampang dua mata bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat peribumi seperti Penan yang tinggal jauh dipedalaman.
Pembangunan Murum misalnya akan transform masyarakat Penan di kawasan terlibat daripada kehidupan primitif kepada kehidupan moden yang bukan sahaja lebih selesa dan teratur tetapi juga masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Masyarakat Penan yang terlibat akan ditempatkan semula di kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan asas dan yang utama kemudahan pendidikan.
Kajian yang dibuat beberapa tahun lalu terhadap masyarakat Penan di Long Wat, Long Nuar, Long Menapa, Long Singan, Long Tangau dan Long Median menunjukkan bahawa lebih 90 peratus daripada mereka tidak pernah bersekolah.
Sebagai langkah intervensi terhadap isu ini, kerajaan Sarawak melalui agensinya Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mula mengembangkan program literasi yang meliputi semua anak muda Penan di kawasan Murum.
Masyarakat Penan tanpa mengira jantina dan umur bukan saja menyambut baik program ini malah mula menunjukkan minat yang tinggi dan setakat ini hampir 400 daripada mereka menyertai program tersebut .
Selain daripada kelas membaca, menulis dan mengira, program ini juga mendidik mereka mengenai penjagaan kebersihan dan kesihatan, pembangunan diri dan kepimpinan serta pertanian dan penternakan.
Bercakap tentang projek empangan ini, beberapa orang peserta program memberitahu, "Kalau fikir memang susah sikit kerana dulu ikan dalam sungai, sekarang sudah dalam empangan... dulu rusa dan babi dekat, sekarang sudah pegi jauh sikit... tapi kami gembira kerana kami semua terutama anak-anak sudah pandai membaca dan mengira". Satu kenyataan yang menggambarkan harapan mereka terhadap masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda masyarakat Penan. Harapan masyarakat Penan yang tidak mahu ketinggalan dari mengecapi nikmat pembangunan seperti yang dikecapi oleh kaum lain.
Jelas, bertentangan dengan pandangan Anwar Ibrahim yang berusaha menghalang pembinaan projek ini demi meraih undi. Undi yang akan mengekalkan masyarakat Penan dalam hutan belantara jauh di pedalaman dalam kemunduran. Undi yang akan menjadikan masyarakat Penan sebagai "muzium hidup antrophology" untuk tontonan dan hiburan kawannya orang putih seperti Clare Rewcastle Brown dan Bruno Manser.
No comments:
Post a Comment