Rumah baharu untuk penduduk Kpg Taba Sait yang terlibat dalam proses penempatan semula untuk memberi jalan kepada pembinaan empangan Bengoh - Gambar ihsan dari The Borneo Post. |
Walau pun selama ini pembangkang membangkitkan pelbagai isu dan masalah agar anda bangun menentang rancangan kerajaan untuk membina empangan Bengoh namun anda tetap percaya keihlasan kerajaan untuk membangunkan masyarakat Bidayuh. Hasilnya, kini, anda semakin hampir untuk menikmati "buah" yang manis atas kepercayaan tersebut.
Semalam, kerajaan mengumumkan bahawa Kpg Taba Sait akan menjadi kampung pertama yang akan menerima rumah Mesra rakyat baru di skim penempatan semula Bengoh. Penduduk dijangka akan berpindah ke rumah baru yang lebih selesa dan moden mulai Mac ini.
Manakala penduduk kampung lain akan berpindah secara berperingkat selepas itu. Setiap rumah tersebut yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi akan dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik.
Buat sementara, anak-anak mereka yang bersekolah akan ditempatkan di SK Bengoh dan SK St Patrick sehingga sebuah sekolah baru siap dibina.
Selain daripada membina gereja, kerajaan juga akan memberikan sebidang tanah kepada para penduduk kampung untuk tujuan pertanian.
Dalam masa terdekat kawasan penempatan semula tersebut juga akan dibangunkan sebagai sebuah Pusat Pembangunan Luar bandar (RGC) yang lengkap dengan kemudahan moden yang mampu membawa perubahan terhadap kehidupan penduduk.
Empangan Bengoh yang terletak di Puncak Borneo, Kuching dibina untuk menampung keperluan air bersih untuk hampir 2 juta pengguna di sekitar bandar raya Kuching menjelang tahun 2030. Empangan yang bernila RM310 juta ini juga mampu mengalirkan tiga megawat tenaga elektrik yang akan disambung ke grid utama negeri Sarawak.
Sekali lagi tahniah untuk masyarakat Bidayuh Bengoh!
Takziah untuk pembangkang.
No comments:
Post a Comment