Pages

Followers

Monday, January 7, 2013

PRU: SPR KAJI UMUM KEPUTUSAN TIGA MINGGU SELEPAS PILIHAN RAYA



SPR setuju untuk mempertimbangkan arahan DAP supaya keputusan PRU14 diumumkan tiga minggu selepas pilihan raya diadakan nanti. Pengerusinya, Zairil Khir berkata  pandangan bernas beberapa orang  pemimpin kerajaan Pakatan ini wajar dipertimbangkan kerana ia merupakan langkah terpuji yang tidak menyalahi amalan demokrasi, integriti dan tranparensi. 

Dalam satu sidang media berasingan di Putra jaya, Perdana Menteri Lim Guan Eng berkata cadangan DAP ini tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana ia  turut mendapat restu daripada menteri mentor Anwar Ibrahim . Malah, ayatollah Nik Ajis turut mengeluarkan beberapa hadis untuk menyokong cadangan tersebut. 

Menurut  Guan Eng, keputusan pilihan raya tidak perlu dibuat secara  tergesa-gesa untuk mengelak berlakunya kebodohan dalam pengiraan undi seperti yang pernah  berlaku dalam pemilihan CEC DAP pada 2012 sebelum pakatan memenangi PRU13. 

Kerajaan pakatan juga katanya telah membuat tempahan 'sempoa'   sebanyak seratus ribu kontena dari China untuk digunakan dalam pengiraan  undi nanti. 

"Di samping itu, pengumuman yang lambat  ini amat perlu  untuk membolehkan kita membuat beberapa  "adjusment '  terutama jika didapati tiada seorang pun calon Melayu DAP menang dalam pilihan raya nanti".  

"Ini adjustment aaa...saya pun tidak berapa faham, tapi perlu untuk jaga hati olang Melayu". Kenyataan yang disambut dengan takbir yang bergema oleh puluhan pekerja am, tukang kebun dan tukang cuci Jabatan Perdana Menteri yang kebanyakannya berjubah hijau dan berketayap putih.


Astaghfirullah...mengigau rupanya aku.

No comments:

Post a Comment