Pages

Followers

Friday, March 29, 2013

ANWAR DAN SNG CHEE HUA BEKERJASAMA DI SARAWAK

"Mari "beli" undi Dayak"
Sebelum ini PKR dikatakan meminta Andy Wong untuk bertanding atas tiket parti tersebut untuk menentang Timbalan Menteri Penerangan Datuk Joseph Salang di kerusi Julau. Lihat SINI.

Melihat tiada peluang untuk menang, Andy akhirnya mengundur diri. 

Akibat daripada pengunduran Andy, PKR Julau mengadakan mesyuarat tergempar semalam untuk mencari calon baru. Memandangkan tiada siapa yang berminat, akhirnya muncul nama Rosley anak Atol berkelulusan setakat SRP. Itu pun keputusan cukup makan.

Mesyuarat juga memutuskan, PKR Negeri hanya akan membiayai Rosley bagi bayaran deposit. Perbelanjaan yang lain ditanggung sendiri. Sumber dalaman PKR Julau berkata, mereka tidak mempunyai banyak pilihan kerana PKR negeri tidak mempeduli dan mengambil berat tentang mereka di Julau.

Menurut seorang ahli tertinggi PKR tempatan, keadaan ini timbul kerana Anwar dan Sng Chee Hua, penaja Sarawak Workers' Party (SWP) masih berbincang untuk mengadakan kerjasama bagi menghadapi BN di sini.

Andaikata mereka mampu mencapai kata sepakat, kemungkinan besar PKR menarik balik pencalonan Rosley dan memberikan laluan kepada calon SWP, Wong Judat untuk menentang Salang secara "straight fight".

Wong Judat beberapa hari lepas juga mengumumkan setiap pengundi yang memegang kad keahlian parti tersebut yang didakwa berjumlah 9 ribu orang di Julau akan diberi "saguhati" sebanyak RM300 ringgit sebelum hari membuang undi.


Siapa tak tahu hubungan Anwar dan Sng: Birds of the same feather.....


No comments:

Post a Comment

Archive