Pages

Followers

Tuesday, March 5, 2013

LAHAD DATU: ANWAR! BERSUMPAH UNTUK TUTUP KES


Anwar Ibrahim dalang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu? Berdasarkan kepada fakta yang ada sukar untuk  hati ku mengatakan "tidak". Bukan satu, tapi banyak media antarabangsa ternama seperti Reuters, The Philipines Star, Daily Inquirer, The Manila Times, ABN News, Inquirer News dan lain-lain lagi menyebut  sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung bahawa Anwar terlibat dalam komplot tersebut.

Laporan bersifat investigative para wartawan organisasi media-media tersebut turut diperkukuhkan lagi dengan laporan badan perisikan antarabangsa yang juga membawa kepada satu pandangan yang sama iaitu Anwar dan pembangkang terlibat dalam insiden ini. Malah, pandangan rasmi kerajaan Philiphines juga kelihatan senada.

Tindakan tergesa-gesa Tian Chua menuduh insiden ini adalah sandiwara UMNO-BN mengukuhkan lagi persepsi orang ramai bahawa pembangkang sememangnya terlibat dalam kerja kotor ini. 

Dalam hal ini Tian Chua jelas kelihatan berusaha "deviate attention" rakyat dengan mengambil langkah  "sebelum orang tahu itu najis aku lebih baik aku cepat-cepat katakan itu najis UMNO". Satu tindakan bodoh yang bersifat keanak-anakan.

Tindakan Anwar untuk menyaman Utusan Malaysia dan TV3 yang hanya melaporkan apa yang dilaporkan oleh media asing untuk menutup mulut media bukan satu tindakan bijak. Malah ia bukan sahaja dilihat sebagai tindakan terdesak tetapi mengukuhkan lagi persepsi orang ramai bahawa Anwar dan pembangkang sememangnya terlibat.

Checkmate!!! Anwar hanya tinggal satu jalan. BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH.
Tapi, berani ke?


Negara huru hara demi Putra Jaya.


No comments:

Post a Comment

Archive