Pages

Followers

Thursday, May 9, 2013

MESEJ DARI ORANG MELAYU / BUMIPUTERA SARAWAK KEPADA PKR

MASYARAKAT MELAYU / BUMIPUTERA SARAWAK SAMA SEKALI TIDAK MENERIMA  KEHADIRAN PKR DI SARAWAK.

Ini amat jelas. Daripada 15 kawasan yang PKR pertandingkan di negeri ini hanya SATU kawasan yang dimenangi, itu pun kerana sokongan pengundi Cina di Miri

Selebihnya di 14 kawasan majoriti pengundi Melayu dan Bumiputera, calon-calon PKR hanya mendapat 9 peratus  undi.

Di tiga kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu Santubong, Petra Jaya dan Batang Lupar, jumlah undi yang diperolehi calon BN meningkat dengan banyak

Di Santubong, majoriti yang diperolehi BN meningkat ke 20,936 undi. Di Petra Jaya pula meningkat ke 21,443 undi dan di Batang Lupar naik sehingga 10,968.

Di Santubong, calon BN memperolehi 85 peratus undi. Di Petra Jaya, 78 peratus dan di Batang Lupar pula 77 peratus - indikasi orang Melayu / Bumiputera Sarawak lebih percaya BN dari PKR. 

Jadi, udah-udahlah Zulrusdi, Mat Nazib dan Zul Engkeh! Sedarlah! Terimalah hakikat bahawa:

ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SARAWAK 
TAK HINGIN LANGSUNG PADA PKR.


1 comment: