Pages

Followers

Thursday, April 25, 2013

VIRUS POLITIK SERANG SARATOK

Jangan import budaya orang yang tidak bertamadun
Belum pernah tercatat dalam sejarah politik di pekan kecil seperti Saratok di Sarawak berlakunya keganasan ketika berkempen dalam pilihan raya. Inilah pertama kalinya. Ketika PRU13.

Selepas Hari Penamaan Calon, bendera-bendera BN yang digantung beberapa hari sebelumnya bukan sahaja ditanggalkan tetapi juga dibakar. Malam tadi dua bannner yang memaparkan calon BN, William Mawan yang baru saja didirikan pada sebelah petang hari sebelumnya pula di rosakkan. Satu di Mudong dan satu lagi di Semubu - menjadikan tiga banner BN dirosakkan setakat ini.

Apakah ini yang dinamakan demokrasi? Atau apakah ini perbuatan orang yang tidak bertamadun?

Di Saratok, selain daripada menghadapi tentangan daripada PKR dan Bebas, calon BN juga menghadapi tentangan daripada penyokong taksub bekas Ahli Parlimen, Jelaing Mersat yang amat kecewa kerana idola mereka tidak disenaraikan sebagai calon BN. Jadi, golongan manakah  yang menjadi virus politik ini yang membawa kerosakan kepada amalan demokrasi ? Fikir-fikirkan lah sendiri.

Rakyat Saratok yang terkenal dengan budi pekerti dan sopan santun pasti akan menolak mana-mana golongan yang tidak bertamadun ini, di samping akan memberikan undi simpati kepada Mawan.




2 comments:

  1. Bbp blog meramalkan Saratok sbg kawasan kelabu bagi BN.Tinggal 9 hari sebelum tarikh membuang undi banyak perkara boleh dibuat oleh jentera SPDP/BN utk menarik lebih ramai pengundi menyokong calon BN.

    Tidak semestinya kemenangan Aji di DUN Krian akan juga memberi kemenangan kpd beliau pd PRU13 ini.The playing field and the game is not the same.

    William Mawan n jentera BN di Sarawak perlu menggembeling semua logistik,petugas SPDP serta semua komponen BN di Saratok.Perselisihan faham,perbezaan pandangan,isu2 remeh temeh - wajib diselesaikan segera.Jgn anggap kita kuat sehingga tak mahu menerima teguran/kritikan.Masa ini kita memerlukan sokongan semua pihak.Biarlah pengkritik dlm BN menang.Feed their egos indirectly.Do not hurt their feelings any further.Remember they have been hurt before.

    Isu2 besar yg dicanang pembangkang termasuklah isu tanah adat.Jentera strategik SPDP perlu berdepan head-on menerang n mengangani isu ini.Edarlah flyers/mel/sms etc.terangkan apa kerajaan telah/sedang lakukan.Patah pembohongan pembangkang dgn fakta/bukti.

    Isu2 kecil - spt longkang tiada,tersumbat - perlu diselesaikan segera,jika boleh on the spot.William Mawan bukankan seorg menteri?Kalau menteri tak dpt selesaikan masalah kecil siapa boleh? Saya yakin Mawan boleh buat.

    Sekadar memberi pandangan.

    ReplyDelete