Pages

Followers

Monday, April 15, 2013

TANYA SAMA NUAR KENAPA GADIS SARAWAK NI MENANGIS

Hati siapa tidak sedih. Hati siapa tidak hancur dan kecewa. Jika pengorbanannya, penat lelah dan wang ringgit yang ditaburkannya selama ini  tidak dihargai langsung oleh Anwar dan PKR. 

Nurhanim Mohsen, Ketua Wanita PKR Sarawak wajar berasa demikian. Kerana selama ini dialah yang paling aktif. Dialah yang paling banyak membuat aktiviti dan program untuk parti di peringkat akar umbi. Dialah yang paling rapat dan dikenali masyarakat setempat. 

Tapi, mengapa Zulrusdi dan Ahmad Nazib yang lebih banyak menghabiskan kehidupan di Kuala Lumpur juga yang dipilih untuk menjadi calon bagi Santubong dan Petra Jaya? 

Apa kurangnya Nurhanim berbanding Zulrusdi dan Nazib yang entah berapa kali telah kalah dalam pilihan raya? Apakah kerana  mereka berdua lebih banyak membodek Anwar di Kuala Lumpur berbanding Nurhanim maka mereka dipilih? Apakah tidak ada sedikit pun keinginan untuk memberi peluang kepada Nurhanim untuk mengecapi hasil kerja kerasnya selama ini? Inikah erti keadilan dalam PKR? 


Nurhanim yang sebak ditenangkan oleh Timbalannya, Voon Shiak Ni

Kesian Nurhanim! 
Pengorbanan dan perjuangannya selama ini hanya sia-sia...


2 comments:

  1. Hi Hanna, not many people know you by that name.

    Your struggle is not exactly about fighting for justice and fairness for the people. It is about your crusade going against Taib.

    Wish you all the best.

    ReplyDelete
  2. Hanna...wow what a sexy name???
    thnk pkr-melaka.

    ReplyDelete