Pages

Followers

Tuesday, April 9, 2013

PAKATAN SARAWAK HURU RARA

Jika beberapa hari lalu, pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng menamakan Oscar Ling sebagai pengganti beliau bagi kerusi Sibu dalam PRU akan datang, semalam pengerusi PKR Sibu, Simon Tiong pula membuktikan kseungguhannya untuk bertanding di kerusi yang sama dengan membeli borang penamaan calon.

Sementara itu bagi kerusi Miri pula, jika sebelum ini DAP telah mewar-warkan Lim Su Kien akan bertanding menentang calon BN, namun semalam Pengerusi PKR Miri, Dr. Micahel Teo turut membeli borang penamaan calon untuk menunjukkan kepada DAP bahawa dia dan PKR lebih layak mewakili Pakatan.

DI Sibuti, keghairahan Ketua Wanita PKR Miri, Zulhaidah Suboh nampaknya terbantut lagi apabila PAS  Sibuti hari ini melancarkan jentera pilihan rayanya untuk menunjukkan kepada PKR bahawa PAS tidak akan beralah atau menyerahkan kerusi tersebut kepadanya.

Semalam di Samarahan, PAS secara tergesa-gesa menaikkan bendera parti di sekeliling bulatan utama masuk ke Bahagian tersebut setelah mendengar PKR beriya-iya akan meletakkan Dr. Ramlan Rahmat untuk bertanding di kawasan tersebut. Pemasangan bendera tersebut, menurut pemimpin PAS Samarahan bertujuan untuk "menghalang" PKR daripada cuba "mencerobohi" kawasannya. Sejak awal tahun ini, bakal calon PAS, Abang Ahmad Kerdee telah mengadakan pelbagai program untuk mempromosikan dirinya dan PAS. Apabila melihat PAS sudah kelihatan berjaya merintis jalan, PKR pula ingin "potong di konar".

Beberapa kawasan lain turut menghadapi masalah yang sama. Semalam, untuk menyelesaikan masalah permohonan bertindih ini pemimpin Pakatan cuba mengadakan perbincangan namun gagal mencapai kata putus. 

Sebagai tindakan akhir, PKR Sarawak akan menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim dan berharap beliau akan menggunakan kuasa autokratiknya untuk memenuhi hasrat para pemimpin tempatan semasa lawatannya ke negeri ini khamis nanti.

Pakatan - berpakat untuk tidak berpakat.


No comments:

Post a Comment