Pages

Followers

Tuesday, January 22, 2013

PLOT JATUHKAN TAIB SAMA SEPERTI CERITA BARU BIAN

Sarawak Report, blog pembangkang yang didalangi bekas penjajah dan para penjilat penjajah dalam posting terbarunya "The Plot to Dump Taib" bercakap kononya terdapat usaha dalaman yang diketuai Awang Tengah  untuk menggugurkan Taib dari kerusi Ketua Menteri. Hahaha.  LUCU.  Memang lucu. 

Sebenarnya plot cerita ini direka oleh Sarawak Report  berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam PKR Sarawak di mana terdapat kumpulan tertentu yang ingin menyingkirkan Ketuanya Baru Bian. Menurut sumber dalaman yang boleh dipercayai, PKR Sarawak kini terbahagai kepada tiga puak iaitu puak Melayu/ Melanau, puak Iban dan pihak yang menyokong Baru Bian.


Siapa "warlords"  bagi puak Melayu dan Iban akan kita dedahkan kemudian (sebagai menghormati kehendak sumber). Namun, kewujudan puak ini adalah atas alasan yang sama - ketidakpuasan hati terhadap Baru Bian yang bukan saja dilantik secara autokratik oleh Anwar Ibrahim tetapi juga tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan.


"Warlords" berkenaaan melihat Baru Bian sebagai seorang yang terlalu "lembut" terutama bila berhadapan dengan DAP dan PAS, indecisive, terlalu bergantung dan takut kepada Anwar walau pun dalam hal kecil yang jelas tidak dapat diterima oleh orang Sarawak.


Selain daripada itu perlantikan Baru Bian dibuat tanpa "restu" daripada pemimpin lain yang lebih veteran dan lama berjuang untuk parti, bermula dari Parti Keadilan Nasional lagi. Bagi mereka Baru Bian yang datang dari keturunan minoriti Orang Ulu hanyalah budak hingusan dalam dunia politik.


Puak Melayu yang menentang Baru Bian pula melihat beliau sebagai liability dalam meraih sokongan pengundi Melayu / Melananu Muslim. Bagi mereka, selagi BaruBian menerajui PKR Sarawak selagi itulah masyarakat muslim akan menjauhkan diri daripada PKR. Perkara ini terbukti dengan peningkatan  jumlah undi popular yang diperolehi oleh calon-calon BN di kawasan Melayu/Melanau  dalam PRDUN lalu. Setakat ini Baru Bian hanya diterima di kawasan pedalaman utara Sarawak.


Simptom kepada ketidakgemaran kepada BaruBian ini jelas apabila hanya segelintir pemimpin, malah muka yang sama sahaja yang menyambut kedatangan Anwar dan menghadiri majlis ceramahnya di Sarawak. Ramai pemimpin veteran  dan utama  semakin menjauhkan diri.


Kembali kepada cerita Sarawak Report yang kononya terdapt operasi untuk jatuhkan Taib . Melihat kepada struktur organisasi PBB sahaja kita tahu bahawa cerita tersebut adalah cerita karut hasil imaginasi liar yang terhasil dari darah penipu  yang  bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin PBB. 


PBB terdiri daripada kumpulan muslim dan bukan muslim di samping sayap wanita dan pemuda yang menyebabkan pemilihan seorang Ketua Menteri  bukanlah satu proses mudah atau sekadar meraih sokongan daripada sekelompok ADUN. Pemilhan pucuk pimpinan ini juga bergantung kepada persetujuan dan restu daripada Perdana Menteri dan semua ketua parti komponen - bukan semudah pemilihan Baru Bian yang hanya memerlukan jari telunjuk Anwar.







11 comments:

  1. Anwar Ibrahim Al-Jubur tahu orang Melayu & Melanau tidak berpengaruh dlm PKR ... telah diberi peluang kepasa Wan Zainal Sanusi dan Baharudin Mokhsen untuk memimpin, tetapi tidak bergerak pun bahtera PKR ... malah Zainal dan Baharuddin tersungkur beberapa kali dalam PRN yang mereka ceburi. Berbanding Baru Bian dari kalangan orang Ulu yang minoriti, Baru dapat menyakinkan Anwar untuk membawa kerusi kepada PKR dgn memenangi kerusi Ba'Kekalan .... Ahli Melayu & Melanau hanya sebagai hiasan luaran sahaja kepada PKR untuk menunjukkan kepada khalayk bahawa Taib dan kempimpinannya tidak disetujui oleh orang Melayu & Melanau yang rela berjuang atas pentas PKR .... Hafsah Harun hanya sebagai permaidani untuk dipijak oleh Wan Azizah bila berkunjung ke Sarawak, tidak lebih dari itu ... kesiannya dia!!!

    ReplyDelete
  2. pembangkang dah tak ada modal. cuba melaga-lagakan kepimpinan PBB yang jadi tonggak BN Sarawak. Kalau nak laga dgn taib pun bukan awg tengah. salah pilih tu bro. nampak tidak logik. bodoh punya sarawak report.

    -Aseng-

    ReplyDelete
  3. babi ni pun takur kat baru bian eh?

    ReplyDelete
  4. This is the first step of semenanjung politicians conquering sarawak! beware!

    ReplyDelete
  5. Source? tanya sama blogger UMB.

    ReplyDelete
  6. anon 1.53, ini bukan masalah semenanjung nak conquer sarawak tapi lebih kpd strategy pmbangkang nak feign disorder dalam BN. Malangnya ia mendapat sokongan dari pihak tertentu dalam parti BN sendiri.

    ReplyDelete
  7. bukan cerita ini dimulakan oleh blog yang kononnya pro bn audi61 kah? kalau tengok petikan sarawak report pun sama spt apa yg audi tulis.

    ReplyDelete
  8. mencemarkan nama UMB BN ni.. kesian

    ReplyDelete
  9. pembangkang is no longer relevant coz they are stupid, crazy and whatever ..... PKR (Parti Kurang Resepi, Parti Kaki Rogol, Parti Kaki Ranggy, Parti Kaki Rappers) hihihihihi

    ReplyDelete
  10. sembang dlm ni pn tk guna....kta sndiri pn tak taw mna yg btul mna yg slh....tk payah la nk maki hamun org tu..jahat di dpn tk smestinya jahat....baik di dpn tk smsti nya baik....ckp mmg senang.....mna yg sesuai just pangkah je apa susah...nk maki hamun tu bkn nk menyelesaikan masalah....

    ReplyDelete
  11. anon7.55, betul tu, tak guna maki hamun, buat dosa saja. Nasihat yang baik untuk pembangkang.

    ReplyDelete