Pages

Followers

Saturday, February 9, 2013

HOT!!! PKR DAN PAS BERGOLAK DI SARAWAK

Nurhanim kempunan.
Tenang di permukaan. Bergolak di dalam. Begitulah kesimpulan yang boleh diberikan kepada hubungan PKR dan PAS di Sarawak. Menurut sumber dalaman PKR yang rapat dengan Datuk Hafsah Harun, penasihat PKR yang setia kepada pengerusi perhubungan negeri Baru Bian, PKR terkejut dan amat marah dengan tindakan PAS yang mengumumkan secara rasmi mengenai 7 kerusi yang akan ia pertandingkan. 

Beberapa minggu yang lalu, pengerusi PAS Sarawak Adam Ahid mengumumkan bahawa partinya akan meletakkan 7 calon dan kononnya ia mendapat restu daripada PKR. Kerusi tersebut ialah Samarahan, Btg. Sadong, Mukah, Julau, Igan, Tjg. Manis dan Sibuti. 

Menurut informer tersebut, sebenarnya perkara itu tidak pernah dibincangkan secara rasmi dan ia hanya dibincang di kedai kopi oleh PAS dengan Baharudin Mohsen dan Zulkifli Engkeh, ahli jawatankuasa PKR Sarawak yang tidak merestui kepimpinan Baru Bian (yang dilantik Anwar secara autokratik).

Zulkifli Engkeh dan Baharudin yang kalah beberapa kali dalam pilihan raya sebelum ini, kini bukan saja dilabel sebagai menjual kerusi kepada PAS malah "trojan horses" oleh puak Baru Bian. Mereka berdua dikatakan sengaja memberikannya kepada PAS untuk memastikan kawasan tertentu menjadi kawasan selamat kepada BN setelah menerima "sesuatu" daripada orang tertentu. 

Akibatnya, bukan saja kedua-duanya tapi juga Nurhanim, adik Baharudin yang menjadi Ketua Wanita PKR Negeri yang mengidam kerusi Santubong atau Petra Jaya, tidak akan dicalonkan dalam PRU13. Sekaligus, memadamkan impian wanita PKR sebelum ini untuk meletakkan 4 calonnya dalam PRU13.

Kerusi Santubong secara rasminya akan diberikan kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan, Zulrusdi Hol, manakala kerusi Petra Jaya akan diberikan kepada Ahmad Nazib, ketua AMK yang jelas berusaha mengenepikan pemimpin-pemimpin lama termasuk Wan Zainal Sanusi yang mereka anggap sebagai "kayu buruk". 

Informer tersebut memberitahu, kedua-duanya telah berjumpa dengan Azmin Ali di Kuala Lumpur beberapa kali untuk melobi di samping melaporkan tentang "cerita" Nurhanim yang dikatakan "hidup segan mati tak mahu" serta plot Zulkifli dan Baharudin bersama beberapa pemimpin lain termasuk beberapa pemimpin Dayak menentang puak Baru Bian.

Dalam pada itu, ramai pihak yang dekat dengan Hafsah Harun menyalahkan Baru Bian yang tidak mempunyai keupayaan untuk memimpin PKR sehingga mewujudkan beberapa "warlords" dan "little Napoleons" dalam parti.

Waduh! kesian bang Nuar. 





4 comments:

  1. Yang x ada , diadakan. Yang tiada akan direkayasa! Tapi kalau seseorang pasti akan ditanya bila dipanggil yang Maha Esa apa yg telah dibuat.Segala perbuatan akan direkod walau sebesar zarah sekalipun! Laratkah bila menghadapiNya nanti? Berpolitik pelan pelan jangan sampai dah tak kenal dosa pahala lagi! Ini satu peringatan sebab sebagai seorang muslim kita perlu ingat mengingat! Salam untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn pandangan tuan. Nasihat yg baik utk Anwar dan pembangkang. Jgn menuduh Najib, Taib dan kerajaan dgn pelbagai tuduhan yg bukan-bukan.

    ReplyDelete
  3. Ni isu yang tidak diadakan dan tidak fitnah: tanya calon santubong tu apa yg telah dibuat di Semenanjung selama duduk di sana.
    (1) Sewaktu beliau dikatakan berhenti sebagai guru swasta untuk menjadi calon Samariang, adakah beliau amanah dengan majikan beliau? Benarkah beliau berhenti?
    (2) beliau didakwa disenaraihitamkan oleh bank akibat gagal membayar hutang bank. Benarkah?
    (3) Apa status beliau, seorang suamikah dia? (maklumat ini dari anak seorang pimpinan besar ABIM). Apakah beliau menunai amanah kepada keluarganya di Semenanjung? Tanya sendiri beliau
    Makanya, jika tidak amanah kepada kepada diri sendiri, mungkinkah beliau akan amanah kepada rakyat?
    Untuk mengelakkan fitnah, tanya beliau sendiri. Dapatkan jawapan dari beliau sendiri. Minta beliau beri kenyataan umum.

    ReplyDelete