Pages

Followers

Sunday, February 10, 2013

ANWAR AKAN GUNA KUASA VETO TERHADAP PAS SARAWAK

Zulhaidah Suboh berhak marah pada PAS
PKR tetap berkeras mahukan kerusi Sibuti dalam PRU13 walau pun PAS telah pun ‘memacak’kan benderanya di situ. 

Pengerusi PAS Sarawak pada minggu lalu menyatakan bahawa kawasan tersebut akan dipertandingkan oleh calonnya. Untuk menunjukkan  keseriusannya, PAS telah membawa bekas MB Perak Nizar Jamaluddin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau  Pinang Mujahid Yusuf Rawa ke Sibuti pada minggu lalu untuk berkempen dan merasmikan penubuhan Kelab Penyokong PAS.

Menurut sumber dalaman PKR,  mereka akan mengemukakan rayuan kepada Anwar Ibrahim yang akan melawat Miri esok agar menggunakan kuasa veto supaya PAS ‘mengembalikan’ kerusi tersebut kepada PKR.

Dia berkata Zulhaidah Suboh, calon PKR yang kalah di Lambir dalam PRDUN lalu dilihat lebih sesuai untuk mewakili Pakatan di Sibuti. Meski pun kalah, katanya Zulhaidah  dan PKR mempunyai pengaruh yang lebih besar berbanding PAS.

Menurut kajian yang mereka buat di kawasan tersebut, PKR mempunyai kekuatan sokongan sekitar 40 peratus, manakala PAS pula hanya 19 peratus, katanya.

Tambahnya lagi, adalah lebih sesuai Sibuti diberikan pada Zulhaidah kerana majority pengundi di kawasan tersebut adalah bumiputera (55.4 peratus) dan Cina (22.2 peratus), sementara Melayu pula hanya 20 peratus.

Kawasan lain yang turut dipertikaikan oleh PKR ialah Samarahan, Batang Sadong dan Julau.  Penamaan Ahmad Kerdee oleh PAS untuk Samarahan adalah satu penghinaan kepada Arip Ameran, anak tempatan yang telah sekian lama bertungkus lumus berkempen untuk PKR.

Seorang teman rapat Arip malah berkata “What's so great about Ahmad Kerdee, budak Sibu yang kalah di Beting Maro dalam PRDUN lalu”?

PKR juga mendakwa peratusan sokongan untuk nya di Samarahan adalah lebih besar iaitu 35 peratus berbanding PAS yang hanya 22 peratus, sama seperti di Batang Sadong.

PKR juga dikatakan tidak berpuashati dengan kerakusan PAS yang telah menamakan calonnya bagi kawasan Julau, kawasan yang majority pengundinya adalah Iban (94 peratus).

“Ini sudah melampau. Dahlah kawasan majority Melayu dia ambil, kawasan majority Iban pun dia nak sapu” katanya.

Ditanya sama ada PKR akan melakukan protes jika PAS tetap dengan pendiriannya, dia hanya berkata “Tidak mustahil”.

Kita tunggu dan lihat saja episod seterusnya.

3 comments:

  1. PKR Sarawak tu sebenarnya LOBA (bernafsu besar dalam Bahasa Sarawak) yang melayan PAS Sarawak seolah-olah macam "hamba-abdi" je, dok berkempen sampai ke tempat-tempat pendalaman, tapi bila pilihanraya, calonnya PKR! Yang menghairankan, bila bersemuka DAP Sarawak pula depa semua kecut telur! Hai, kesian betulah nasib orang Melayu Sarawak dalam PKR & PAS tu ye! Kekeke!!!

    ReplyDelete
  2. PKR sarawak dah demam teruk, pok. Banyak virus dlm badannya. Sik lamak lagik nazak lah ya. Dgn PAS pun dah ada perang dingin. Sebab ya Nuar bergegas dtg ke Miri.

    ReplyDelete
  3. Akhirnya PAS akan mengalah dan tunduk pada PKR. Adam Ahid dan pemimpin PAS sarawak nak bercakap dengan Anwar pun takut-takut apatah lagi nak membantah.

    ReplyDelete