Pages

Followers

Thursday, February 7, 2013

BN RASUAH! PEROMPAK WANG RAKYAT!

BN rasuah! BN rompak wang rakyat! BN menyalahguna kuasa! Perkara yang  tidak pernah miss setiap kali  Anwar dan pemimpin pembangkang berucap. Tapi, sehingga kini mereka tidak pernah menyertakannya dengan butiran yang boleh dijadikan bahan bukti. Malah, mereka juga tidak membuat laporan polis atau SPRM. Semuanya bersifat "shooting in the dark". Bagi mereka betul atau tidak, bukan persoalannya. Yang penting persepsi rakyat. Yang penting rakyat bencikan kerajaan. Yang penting mendapat undi.

Dalam hal ini betul lah apa yang orang kata "satu jari menunjuk orang lain, tiga lagi jari menunjuk diri sendiri". Dia melakukan tuduhan pada orang lain semata-mata untuk menutup kes diri sendiri. Biar rakyat lupa kes dirinya.

Ingat! Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Anwar pernah dikenakan dengan empat pertuduhan berkaitan dengan kes rasuah. 

Pertuduhan Pertama -“Bahawa pada 12 Ogos sehingga 18 Ogos tahun 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kamu (Anwar Ibrahim) telah melakukan perbuatan rasuah iaitu mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Khas 2 PDRM untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akibatnya Azizan Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri sebagaimana yang diarahkan oleh kamu.”

Pertuduhan Kedua – “Bahawa kamu  (Anwar Ibrahim) pada 27 Ogos, di kediaman rasmi juga telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang dan Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 2 PDRM untuk menggesa Azizan Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu.” 

Pertuduhan Ketiga – “Pada 12 Ogos sehingga 18 Ogos, di kediaman rasmi juga telah mengarahkan Datuk Said Awang dan Amir Junus tadi juga untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda Binti Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan ataupun prosiding bersifat jenayah.”
Pertuduhan Keempat – “Bahawa pada 27 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri juga telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Said Awang untuk menggesa Ummi Hafilda Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis menafikan salah laku seks yang telah kamu lakukan.”
Atas tuduhan tersebut, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Anwar bersalah melakukan rasuah penyalahgunaan kuasa pada 1999 dan dijatuhi hukuman penjara 6 tahun. Keputusan dan hukuman tersebut seterusnya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Pesrekutuan.
Seterusnya pada tahun 2000, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap bekas pemandunya, Azizan abu Bakar di Tivolli Villa. Atas sabitan tersebut Anwar dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun.
Meski pun dalam kes liwat tersebut, selepas merayu di Mahkamah Persekutuan Anwar dibebaskan atas sebab teknikal, namun dalam penghakimannyaketiga-tiga panel hakim tetap percaya bahawa Anwar memang terlibat dalam kegiatan homoseksual dan insiden itu ada berlaku di Tivoli Villa.
Jadi, antara pemimpin BN dan Anwar, siapa penjenayah? siapa perasuah? Siapa penyalahguna kuasa? Siapa peliwat?

MANA MUNGKIN ORANG MALAYSIA LUPA!


No comments:

Post a Comment