Pages

Followers

Tuesday, February 19, 2013

MUNGKINKAH TIADA PEMENANG DALAM PRU13


Memang parti BN pimpinan Datuk Seri Najib akan menang dalam PRU13 akan datang. Tapi apakah denyut nadi politik akan kembali perlahan selepas itu. Atau ia mungkin  membawa seribu implikasi lain yang boleh memberikan igauan ngeri kepada Negara dan rakyat?

Mungkin ada yang menuduh aku sebagai illusi. Mungkin juga sebagai paranoid.Mungkin juga keterlaluan.

Tapi,jangan pandang enteng pada segala kemungkinan. Berdasarkan situasi semasa segalanya tidak mustahil.

Tidak mustahil Negara akan berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai “Arab Spring”. Tidak  mustahil Negara akan berhadapan dengan jurang perkauman dan peragamaan yang semakin parah. Tidak mustahil Negara akan berhadapan dengan sabotaj yang lebih dahsyat dalam pelbagai bidang oleh anasir dalam dan asing.

Mungkin juga semangat Persekutuan Malaysia di Sabah dan Sarawak akan bertambah longgar.  Mungkin juga semangat ukhwah sesama Melayu dan sesama Islam bertambah parah.Mungkin ajaran Islam akan tercemar teruk dengan fahaman sesat dan menyesatkan. 

Tidak mustahil suara penghinaan dan tindakan biadap terhadap Islam dan raja-raja Melayu semakin berleluasa.

Jangan pandang mudah pada kemungkinan-kemungkinan ini. 

Mungkin juga PRU nanti menjadikan yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu. Mungkin juga PRU nanti menjadikan kita menang sorak tapi kampong tergadai.

Segalanya mungkin kerana, PRU ini adalah pilihanraya “do or die” bagi Anwar. Dengan dendam kesumat yang menggila,  Anwar pasti akan menggunakan apa jua cara untuk mencapai matlamatnya.


No comments:

Post a Comment