Pages

Followers

Tuesday, February 12, 2013

PAS SENGAJA BOIKOT LAWATAN ANWAR?

Ketika Anwar perlukan crowd yang amat besar di program perhimpunan Pakatan Rakyat di Miri semalam, untuk menandingi puluhan ribu manusia yang hadir di majlis CNY Najib di Pulau Pinang, PAS Miri pula dilihat menjauhkan diri. PAS Miri dikatakan "mempersetankan" program PKR dan Anwar.

Menurut salah seorang orang kanan Jofri Jeraie, Ketua PAS Miri,  kebanyakan daripada mereka sedang komited dengan rancangan dan perlaksanaan program kempen di Sibuti, kawasan Parlimen yang akan ia pertandingkan.

Jofrie bersama Mohd Fazri Ketua PAS Daerah dan Ketua  Pemudanya, Zaid Robby Tandang merangkap bakal calon PAS dikatakan sedang sibuk mengadakan kempen di rumah panjang-rumah panjang di daerah Niah.

Dalam kempen PAS, selain daripada menjelaskan dasar parti, PAS juga kini menggunakan janji-janji (sepertimana Anwar) bagi memancing undi penduduk tempatan.

Di Rumah panjang Limbang Saeh misalnya, PAS berjanji akan membina tandas secara percuma jika menang.

Kesimpulannya, tindakan PAS ini membuktikan mereka nekad tidak akan menyerahkan kembali kerusi tersebut kepada PKR. Mereka nekad untuk bertanding di sibuti walau pun tanpa bantuan PKR. Mereka nekad menjadikan kegersangan nafsu Zulhaidah Suboh untuk menjadi calon PR di Sibuti tiada orgasm.

Kesian Zulhaidah! Dia yang banyak berjuang dan berjasa untuk Pakatan sehingga di tahan polis, alih-alih Zaid Robby yang entah siapa dan datang dari mana pula yang menjadi calon.






2 comments:

  1. Hina betul orang Sarawak bagi PAS sehinggakan berjanji nak membuat TANDAS untuk sebuah rumah panjang di sini kalau menang PRU nanti? Kalau tak menang macam maner? Takde le tempat nak MELABOR sisa-sisa..ish-ish-ish

    ReplyDelete
  2. Itulah standard dan taraf PAS sarawak. Padahal gangnya PKR janji projek juta-juta ringgit, PAS hanya mampu janji tandas. Tapi apa nak diherankan, PAS hanya taraf kasta parya dalam pakatan.

    ReplyDelete