Pages

Followers

Saturday, February 16, 2013

CALON DAP "LEMAS" DI SRI AMAN

Apa lah yang DAP nak harapkan sangat daripada calonnya Leon Jimat Donald di Parlimen Sri Aman dalam PRU13 akan datang. Seorang calon yang kalah dan hanya meraih 2,311 undi  Cina daripada KADUN Simanggang dalam PRDUN lalu. 

Parlimen Sri Aman yang terdiri daripada tiga KADUN mempunyai 74 % pengundi Iban, 10 % Melayu  dan 17 % Cina. Berdasarkan PRDUN tahun 2011, BN mempunyai sokongan hampir 70 peratus daripada ketiga-tiga KADUN manakala DAP pula hanya mengharapkan sikap  tidak tahu bersyukur sebahagian besar masyarakat Cina di pekan Sri Aman.

Tambahan pula dalam PRU13 ini DAP bukan saja akan menentang BN tetapi juga menghadapi serangan dari dalam oleh pemimpin dan ahli PKR tempatan yang diketuai oleh Nicholas Mujah. Sebagai pengerusi PKR Sri Aman dan ahli MT PKR Sarawak, Nicholas Mujah berhak untuk mengimpikan menjadi calon di situ. Namun, kerakusan nafsu DAP dan ditambah pula oleh sikap 'mati pucuk' pengerusi PKR Sarawak Baru Bian menjadikan impiannya terkubur begitu saja. 

Nicholas juga berhak berasa marah kerana andai kata kerusi Sri aman diberikan kepada PKR sekali pun, ia tetap tidak akan berpihak kepadanya. Sumber dalaman PKR memberitahu, Baru Bian lebih cenderung untuk memberikannya kepada Wilfred Landong, seorang lagi anak tempatan yang bukan saja menduduki MT tapi juga "orang kanan" Baru Bian. Sebelum ini, Baru Bian dikatakan telah beberapa kali "mempromosikan" Wilfred Landong sebagai "his favourite" kepada Anwar Ibrahim.

Kemarahan orang PKR tempatan amat jelas apabila tiada seorang pun daripada mereka yang menunjuk muka di program anjuran DAP di Sri Aman dua minggu lalu. 

Justeru, waima Kit Siang, bapa Kit Siang, datuk Kit Siang sekali pun yang datang, calon DAP Leon Jimat akan tetap mencatat nama sebagai seorang yang tidak pernah menang dalam pilihan raya.

Chong Chien Jen!!!! Jangan mimpi lah lu...

3 comments:

  1. memang kalau nak fikirkan dah ramai orang IBAN sokong pembangkang,akupun tak tahu kenapalah.Memang mereka tak tahu syukur.Apalah sangat dengan wang jamuan yang dibuat oleh Anak Dato' song kat Jaong,ramai dah org jaong buta hati nak sokong PR.Semua nak salahkan Perintah,Air Asia mahal,Perintah salah,Sawit mahal katanya kerana Perintah nak ambil murah,Minyak sawit harga global.Belajarlah sikit jangan mudah ditipu,Mungkin salah YB juga,dah lemak tak pandai nak jaga hati pengundi.Kekadang aku geram,nak marah sedara mara aku jugak,kesian tengok mereka ditipu bodoh-bodoh.Kalau bab tanah adat,takkanlah semua yang kau teroka kerajaan nak beri geran.Fikir-fikrlah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu lah orang berkata "musuh utama manusia adalah kebodohan dirinya sendiri"...menyebabkan mereka mudah dimanipulasi dan ditipu.tapi, sesiapa pun yg bertannggungjawab di situ samada YB, tuai rumah, agensi kerajaan juga perlu dipersalahkan. Mereka gagal mendekati dan menjelaskan kepada rakyat tentang apa yang benar.

      Delete
    2. walau pun sapa lawan BN di Sri Aman samada Pkr atau DAp atau SWP, aku yakin calon BN tetap menang. Tidak semua dayak tidak faham perkara sebenar. sebahagian besar mereka tetap bersama BN.

      Delete