Kalau pemimpin PKR yang beragama Islam di Sarawak sependapat dengan Baru Bian ia bukan lah sesuatu yang menghairankan kerana 'kepala hotak' mereka, Anwar Ibrahim pun berkata begitu. Malah lebih parah dari itu, dia menganjurkan juga pluralisme dalam agama.
Tapi, yang memualkan ialah apabila pemimpin PAS Sarawak yang kononnya dari parti yang memperjuangkan Islam pun menjadi "Parti Angguk Saja" dalam hal ini - bertentangan dengan fundamental perjuangan Majlis Syura Ulama nya di peringkat pusat.
Itulah gambaran sebenarnya PAS Sarawak. Melukut di tepi gantang. PAS ada atau tidak dalam Pakatan di negeri ini, tak ada bezanya. Dalam apa jua perbincangan dan mesyuarat Pakatan, suara pengerusinya Adam Ahid tidak pernah kedengaran kecuali asyik terangguk-angguk dan tersengih-sengih macam kerang busuk.
Entah faham, entah tidak, kerana lazimnya perbincangan dibuat dalam bahasa Inggeris di kalangan pemimpin DAP dan PKR yang kebanyakannya lawyers yang langsung tidak fasih berbahasa Melayu.
Kembali kepada persoalan asal, apakah PAS Sarawak juga sependapat dengan 'big brothers' nya dalam Pakatan dalam memperjuangkan penubuhan secular nation kerana setakat ini mereka masih lagi terangguk-angguk tanpa suara?
Inikah parti yang umat Islam Sarawak nak harapkan?
Inikah parti yang umat Islam Sarawak nak harapkan?
No comments:
Post a Comment