Pages

Followers

Wednesday, February 27, 2013

PKR MINTA PAS ROMBAK KEMBALI AGIHAN KERUSI

Sumber dalaman PKR dalam kalangan high profile semalam memberitahu perbincangan sedang berlangsung di peringkat atasaan PKR untuk 'merencanakan semula' agihan kawasan yang akan dipertandingkan dalam PRU13 akan datang terutama yang bertindih dengan hasrat PAS. 

PAS sebelum ini telah mengumumkan 7 kawasan yang akan ia pertandingkan iaitu Samarahan,  Btg. Sadong, Mukah, Julau, Igan, Tjg. Manis dan Sibuti - satu keputusan yang tidak disenangi dan direstui oleh PKR Sarawak.

Pelepasan beberapa kawasan seperti Samarahan, Igan, Mukah, Tanjung Manis dan Sibuti kepada PAS bukan lah keputusan rasmi PKR, kata sumber tersebut.

Sumber tersebut seterusnya memberitahu ia hanya  keputusan yang dibuat oleh "three stooges" PKR yang mempunyai kepentingan peribadi.

Dalam perbincangan tersebut antara yang menjadi fokus PKR ialah berusaha mengembalikan Batang Lupar kepada PAS dan mengambil balik Samarahan atas alasan "pengaruh PKR adalah lebih besar di Samarahan berbanding di Batang Lupar", tambahan pula keyakinan pihak atasan kepada "seseorang" di Batang Lupar kian luntur atas sebab tertentu.

Malah PKR percaya bekas calon PAS di Beting Maro dalam PR DUN lalu, Abang Ahmad Kerdee lebih sesuai dan mempunyai potensi untuk merampas kerusi Batang Lupar daripada BN.

Di samping itu, ahli AMK PKR, Arip Ameran yang telah bekerja keras selama ini dijangka akan diletakkan sebagai calon PKR di Samarahan.

PKR juga dikatakan amat yakin dengan pengaruhnya di Igan, Mukah dan Sibuti.



3 comments:

  1. Otedah, saya betul-betul simpati dengan saudara Arip Ameran jika beliau tidak dicalonkan dalam PRU ke 13 nanti kerana beliau telah berusaha dan bertungkus lumus dalam hampir semua program ceramah pembangkang, terutamanya di sekitar Bandaraya Kuching biarpun kebanyakan ceramah mereka mendapat jumlah hadirin yang begitu sadis kerana pernah sekali di Demak Laut, jumlah mereka yang hadir direkodkan kurang dari 20 (dua puluh) orang. Kepada Saudara Arip, berusahalah bersunguh-sungguh dan janganlah sampai peringkat anda dimalukan dek hilang duit cengkeram nanti.

    ReplyDelete
  2. Ikhlas. Sepatutnya Samarahan diberikan kepada Arip. 1. Kerana dia dah lama merintis jalan di situ 2. dia anak tempatan manakala Abg Kerdee orang sibu 3. Pengaruhnya lebih besar berbanding Abg Kerdee 4. Give credit where credit is due.

    ReplyDelete
  3. internal bickering yang tidak habis...

    ReplyDelete