Pages

Followers

Thursday, January 16, 2014

ASYIK-ASYIK KANGKONG, JANGAN LUPA NASIB YANG LAIN SEPERTI ...

Pekebun kecil
















Penanam kunyit hidup
















Penoreh getah chinadoll





















Penjaja canai

















Wahai Melayu yang mudah lupa! Jangan lupa... Jangan lupakan 'titik peluh' mereka.


Tuesday, January 14, 2014

NAJIB! INILAH BUKTI KENAIKAN HARGA BARANG. Kesian, ada rakyat yang hidup sehelai sepinggang...

Ada yang kais pagi makan pagi.....














Namun lebih menyedihkan,
Ada yang tak mampu langsung membeli pakaian...
















Ada yang hanya mampu beli pakaian dalam.....
















Ada yang hanya mampu beli gaun pendek......

















Kasihanilah mereka....


Tuesday, January 7, 2014

PBB! BN! MASIH TIDUR KE?

Sebelum ini, bila facebookers bernama Asmaels Hadzeni kata nak huru harakan negara dengan bom dan Sutan Sinaro pula ugut nak pecahkan kepala Taib Mahmud, kita buat laporan polis. Dan akhirnya mereka ditahan. 

Bila Cekgu Butt nak buat demonstrasi depan rumah Taib, kita bingkas ke sana untuk 'berdepan' dengannya. Tapi, kenapa tiada siapa pun bersuara apatah lagi membuat laporan polis terhadap kebiadapan dan ugutan yang dibuat oleh facebookers kurang ajar seperti Nehemiah Eran John dan Boy MK ni? Nak biarkan aje ke?

Common PBB! BN! NGOs! Wake up.
Ini satu ugutan dan keinginan untuk melakukan jenayah. Ini satu hasutan yang boleh mendatangkan kemarahan kaum Melanau. Jangan tunggu nasi menjadi bubur.




Monday, January 6, 2014

SEKOLAH MENGAJAR BERUK: KERAJAAN WAJAR PERLUASKAN



....kerana SEMAKIN RAMAI pemimpin politik  khususnya pembangkang yang suka membuat huru hara di dalam dan luar Parlimen, penyokong parti politik yang suka memfitnah dan berlagak samseng dalam media sosial, pemimpin dan ahli NGOs yang suka membuat huru hara di jalanan, yang sanggup jual agama dan bangsa... namun  perlukan 'hidayah', mungkin juga berminat untuk menyertainya.


Gambar sekadar hiasan


Teori Darwin II: Dari beruk jadi manusia, kemudian dari manusia kembali menjadi beruk?


Sunday, January 5, 2014

MASIH ADAKAH AKTA HASUTAN DI NEGARA INI?


Tidakkah kenyataan seperti ini boleh mendatangkan prejudis antara penganut Islam dan Kristian?
Tidakkah kenyataan seperti ini boleh mendatangkan kemarahan di kalangan penganut Islam atau Kristian? Tidakkah kenyataan seperti ini boleh membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan?
Tidakkah kenyataan seperti ini boleh mengugugat keharmonian dan perpaduan kaum?

Tak payahlah  kita bermain api hanya kerana nakkan undi.

Justeru, masih adakah  Akta Hasutan?

* screen shot dari http://bujangsenang.org/dap-sarawak-bermain-sentiment-perkauman/

Saturday, January 4, 2014

AKTA PERHIMPUNAN AMAN TAK ADA GIGI?


Saya ingin ucap 'tahniah' kepada penganjur Himpunan Guling Kerajaan kerana berjaya menawan Dataran Merdeka dan 'melembutkan' anggota polis yang garang.

Tahniah kerana peserta himpunan berjaya menghalau orang ramai, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan orang kenamaan lain daripada menyambut detik ketibaan tahun baharu itu.

Tahniah sebab kekecohan pada malam itu juga dapat disaksikan oleh masyarakat antarabangsa. Dunia dapat melihat bagaimana penyokong pembangkang bersukaria menghuru-harakan sambutan tersebut.

Kita patut rasa dukacita apabila undang-undang negara tidak lagi dihormati. Sedih bila mendengar kata caci, nista dan kutukan dilemparkan kepada pemimpin negara.

Banyak pihak tertanya-tanya, betulkah tindakan pihak polis membiarkan peserta himpunan menguasai Dataran Merdeka? Kenapa tidak dikuatkuasakan Akta Perhimpunan Aman?

BACA sterusnya DI SINI. Cantiiik!

Friday, May 10, 2013

RADIO FREE SARAWAK TAK LAKU

Bulan Mac lepas saya pernah menulis Radio Free Sarawak sama seperti najis...Tak ada siapa yang mahukannya. Tak siapa yang mahu mendekati benda busuk lagi menjijikkan itu. Lihat sini.

Terbukti benar. Pola pengundian masyarakat Bumiputera khasnya di luar bandar dalam PRU lalu mengesahkannya. Tahap sokongan pengundi Bumiputera semakin kukuh. 65 % pengundi luar bandar masih memilih BN. Semua calon pembangkang Bumiputera termasuk Baru Bian jatuh tersungkur.  Baru Bian kalah teruk dengan majoriti 8,301 di Limbang. Bayangkan seorang Pengerusi PKR Negeri dan bertanding di kawasan majoriti pengundi Orang Ulu kalah seteruk itu...Memalukan!

Lebih dua tahun mulut pengacaranya Peter John Jamban, Stanley dan Suntai berbuih busuk, menghasut rakyat agar membenci kerajaan BN tapi tidak diendahkan. Siang malam menabur fitnah terhadap kerajaan tapi tiada siapa yang pedulikan.

Sia-sia saja duit Anwar, duit Soros membiayai mereka. Sia-sia saja PR bagi sepuluh ribu set radio transister percuma kepada penduduk luar bandar. Hasilnya KOSONG! Clare Brown pasti frust menonggeng waktu ni kan?


SO, TUTUP JE LAAAAAH!!!! 









CINA PUNYA PASAL, BUMIPUTERA UNTUNG


Change? You will get it!
Berdasarkan keputusan PRU13, secara puratanya kira-kira 65 peratus pengundi Cina di Sarawak memihak kepada DAP. BN kalah di semua kawasan termasuk Daerah Mengundi dan Lokaliti di mana Cina membentuk lebih 50 peratus pengundi. 

Natijahnya, semua calon Cina daripada SUPP kalah dalam PRU lalu. Trend yang sama ditunjukkan  dalam PRDUN 2011 di mana hanya dua kerusi Cina berpihak kepada SUPP , itu pun dengan majoriti tipis, manakala 12 lagi kerusi dimenangi DAP.

Andaikata pola pengundian masyarakat Cina berterusan seperti dalam PRU13 dan PRDUN 2011, Sarawak pasti akan mempunyai sebuah kerajaan yang 'bersifat' Bumiputera pada tahun 2016 - di mana masyarakat Cina tidak akan mempunyai suara dalam kabinet kerajaan Negeri. Yang ada hanya 'salakan' dalam Dewan Undangan Negeri yang tidak ubah seperti "anjing menyalak bukit".

Justeru, tanpa SUPP, yang telah setengah abad menabur jasa kepada masyarakat Cina, apa akan jadi kepada mereka?

Psst! secara purata lebih 70 peratus Bumiputera Sarawak setia pada BN.

YOU GET WHAT YOU GIVE!





Thursday, May 9, 2013

MESEJ DARI ORANG MELAYU / BUMIPUTERA SARAWAK KEPADA PKR

MASYARAKAT MELAYU / BUMIPUTERA SARAWAK SAMA SEKALI TIDAK MENERIMA  KEHADIRAN PKR DI SARAWAK.

Ini amat jelas. Daripada 15 kawasan yang PKR pertandingkan di negeri ini hanya SATU kawasan yang dimenangi, itu pun kerana sokongan pengundi Cina di Miri

Selebihnya di 14 kawasan majoriti pengundi Melayu dan Bumiputera, calon-calon PKR hanya mendapat 9 peratus  undi.

Di tiga kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu Santubong, Petra Jaya dan Batang Lupar, jumlah undi yang diperolehi calon BN meningkat dengan banyak

Di Santubong, majoriti yang diperolehi BN meningkat ke 20,936 undi. Di Petra Jaya pula meningkat ke 21,443 undi dan di Batang Lupar naik sehingga 10,968.

Di Santubong, calon BN memperolehi 85 peratus undi. Di Petra Jaya, 78 peratus dan di Batang Lupar pula 77 peratus - indikasi orang Melayu / Bumiputera Sarawak lebih percaya BN dari PKR. 

Jadi, udah-udahlah Zulrusdi, Mat Nazib dan Zul Engkeh! Sedarlah! Terimalah hakikat bahawa:

ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SARAWAK 
TAK HINGIN LANGSUNG PADA PKR.


Wednesday, May 8, 2013

CINA PUN FADE UP SAMA CINA

PCM vice chief Huan Chang Guan is calling a press conference today, and is also expected to announce the shutting down of his service centre in Perai.

"This election is  interesting. (we were) totally played out by the chinese, when they need help for schools, temples, association and others, they come for me. But when they vote, theu vote for DAP.

"I have learnt my lesson. Now I will close down all my service centres. Will spent my time enjoying myself. Lu orang mati lu orang punya pasal. jangan cari saya lagi," said a bitter  Huan on his Facebook page.

Saya sokong. Tak guna "melepas anjing yang tersepit". SUPP pun sama, perlu berkhidmat untuk orang yang mempunyai kad keahlian parti sahaja selepas ini. 


Monday, May 6, 2013

TAHNIAH BN! TAHNIAH BN! TAHNIAH BN!

TAHNIAH BN! TAHNIAH BN!
TAHNIAH RAKYAT SARAWAK!
ANDA BIJAK! ANDA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL!
ANDA TIDAK MUDAH DITIPU! DAN DIPERBODOHKAN!

TAKZIAH PKR! TAKZIAH PAS!
TAKZIAH SEMUA PENCACAI PKR DAN PAS!
TAKZIAH KERANA MEMBANTU MEMENANGKAN CHAUVINIST DAP!
TAKZIAH KERANA  ANDA HAMPIR MENGGADAIKAN MARUAH BUMIPUTERA!
TAKZIAH KERANA ANDA HAMPIR MENJADIKAN BUMI BERTUAH INI DILAKNAT ALLAH!

Saturday, May 4, 2013

BN SARAWAK DIJANGKA MENANG 26 KERUSI

Berdasarkan analisis akhir 8 agensi kerajaan sehingga pukul 9 malam tadi, BN Sarawak diramalkan menang 26 kerusi daripada 31 kerusi yang dipertandingkan. Hampir kesemua kerusi yang dimenangi adalah dari kawasan yang majoriti pengundinya adalah Bumiputera. 

Bagaimanapun atas sebab faktor tertentu, dalam worst case scenario, BN akan kalah 6 kerusi. Ini bermakna majoriti rakyat Sarawak khususnya masyarakat Bumiputera masih meyakini BN untuk menerajui  pemerintahan negeri dan negara.

Calon-calon PBB dijangka akan memenangi kesemua kerusi dengan majoriti selesa, manakala SPDP dan PRS akan menang dengan undi majoriti yang sedikit berkurangan.

SYABAS RAKYAT SARAWAK!
ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL DAN TEPAT
DEMI SARAWAK DAN MALAYSIA TERCINTA.


MACAM MANA PKR PULA YANG EDARKAN NETBOOK 1M NI?

Sebenanya bukan PKR Petra Jaya agihkan netbook 1M tapi hanya edarkan pembohongan. 

Petang tadi ramai pengundi di Petra Jaya menerima SMS dan surat palsu kononnya BN telah menawarkan netbook 1M kepada orang ramai dan meminta mereka menuntutnya di Pejabat Urusan Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya dengan segera.

Tujuannya ialah agar pihak yang pergi ke pejabat tersebut berasa kecewa dan marah kepada calon BN, Fadillah Yusuf apabila gagal mendapatkan netbook seperti yang ditawarkan melalui surat dan SMS tersebut.

Oleh itu, sesiapa penduduk Petra Jaya yang menerima SMS atau surat tersebut, sila abaikan kerana ia hanyalah PENIPUAN dan TAKTIK KOTOR PKR.

Wednesday, May 1, 2013

BACA ARTIKEL INI SEBELUM MENGUNDI




Tak kira siapa kita, agama kita, bangsa kita, kita perlu tolak sesiapa jua yang mengamal apatah lagi yang mempromosikan budaya gay, lesbian, bisexual, trans gender dan lain-lain budaya songsang yang sewaktu dengannya. Lebih-lebih lagi jika dia dan partinya ingin menjadi pemimpin negara. 

Ini bukan kerana sekadar perbezaan ideologi politik tetapi kewajiban kita sebagai seorang hamba Tuhan seperti mana yang diperintahkan Nya melalui Al Quran dalam surah An Naml ayat 27.


Maka, sebelum membuang undi pada 5 Mei nanti, 
WAJIB bagi anda membaca dulu di SINI.





Tuesday, April 30, 2013

UNTUK ORANG BN SAJA: CERITA YANG MAMPU NAIKKAN SEMANGAT CALON-CALON PKR SARAWAK


Pagi-pagi macam ni...Malas nak cerita panjang. Lagi pun takut cerita ni dibaca oleh calon-calon Pakatan di Sarawak terutama calon-calon PKR....
Tengok ajelah kat SINI. 

Monday, April 29, 2013

BULAN PAS GERHANA DI SAMARAHAN DAN BTG SADONG

Akibat tidak mahu tunduk kepada PKR dan menyerahkan dua kerusi; Samarahan dan Btg Sadong, calon-calon PAS kini tak ubah bagaikan pungguk merindui bulan. Bulan yang bukan saja pasti tidak akan jatuh ke riba tetapi juga bertukar menjadi gerhana. 

Jentera PAS dikedua-dua kawasan tersebut yang berada dalam serba kekurangan semakin terkontang-kanting sendirian tanpa bantuan rakannya PKR. Dr. Ramlan Rahmat dan Arip Ameran, dua pemimpin PKR tempatan yang sebelum ini berangan-angan nak bertanding di kawasan-kawasan tersebut 'melarikan diri' ke Kuching untuk membantu jentera kempen PKR di Petra Jaya dan Santubong. 

Menurut sumber dalaman PKR,  mereka malah dikatakan meminta ahli dan penyokong PKR di situ  memboikot jentera parti PAS dengan tujuan "untuk mengajar PAS". Menyedari akan sikap buruk PKR ini, saban hari semakin ramai ahli dan penyokong pakatan pembangkang  meninggalkan parti tersebut dan menyertai BN-PBB. Yang terbaru, pengerusi PAS Ranting Kpg Lintang sendiri iaitu Sauni Bujang bersama sekumpulan ahlinya mengikut jejak langkah kumpulan-kumpulan  terdahulu yang keluar parti dan menyertai PBB.  

Berdasarkan situasi semasa, ramai yang meramalkan calon PAS dikedua-dua kawasan tersebut besar kemungkinan akan hilang wang deposit  masing-masing.



Psst! Adam Ahid! cuba keluarkan 'fatwa' sikit untuk smash orang PKR ni...


Sunday, April 28, 2013

CALON PKR PETRA JAYA NAK JADI POLIS TRAFIK

Bagus! Tak ramai yang ada niat seperti itu. Kerana  ramai yang lain berangan nak jadi menteri. Tahniah  Ahmad Nazib Johari! Kau jangan ikut bang Nuar yang sampai meroyan nak jadi Perdana Menteri.

Setidak-tidaknya Nazib lebih prihatin! Dia nak tolong selesaikan kesesakan jalanraya di Petra Jaya. Sesak sebab hampir semua rumah dah ada sekurang-kurangnya sebijik kereta. Benar katanya ini semua salah Kerajaan BN yang meningkatkan taraf hidup dan pendapatan rakyat di Petra Jaya.

Sebenarnya,  dulu aku pun nak jadi polis trafik. Tapi atuk aku yang juga bekas polis trafik pesan macam-macam. Atuk aku cakap kalau nak jadi polis trafik kena jujur. Jangan sekali-kali berbohong. Jangan suka menipu....termasuk menipu isteri.

Atuk juga cakap nak jadi polis trafik kena patuhi undang-undang. Bukan memanipulasinya. Sebagai contoh, atuk kata kalau nak kawin dua, jangan kawin lari.

Atuk juga pesan, jangan sesekali jadi polis trafik jika tidak dapat bersikap adil.  Aku tanya, "macam mana tuk?". Atuk hanya senyum sambil berkata "macam atuk layan..." sambil jarinya menunjuk dua orang nenek ku di dapur yang sedang asyik bercerita tentang jamu rapat.

Cerita selanjutnya di SINI.

Mat Nazib di hari penamaan calon PRDUN di Kuching


Mat Nazib di KL

KEADILAN BERMULA DARI RUMAH

Friday, April 26, 2013

SEGELINTIR CIKGU CINA DI SIBU: MANUSIA JENIS APA?

Hodoh! Jijik! 
Teringat peribahasa Melayu yang berbunyi "Bagaikan melepas babi yang tersepit" atau "Seperti anjing kurap yang menggigit tangan yang menyuapnya."

Mungkin peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan segelintir cikgu-cikgu Cina dari beberapa sekolah mubaligh dan  sekolah Cina di Sibu yang dikesan berkempen kepada para pelajar tingkatan enam dan keluarga mereka agar mengundi DAP dan MENENTANG BN. 

Apa tidaknya? Kerajaan BN telah bagi  RM31.67 juta untuk  semua sekolah mubaligh bantuan kerajaan termasuk di Sarawak. Daripada jumlah itu, RM25.68 juta adalah peruntukan pembangunan, manakala RM5.49 juta lagi untuk peruntukan mengurus.

Bagi tempoh 2009 dan 2010 sahaja kerajaan membelanjakan RM40.13 juta  bagi menyalurkan bantuan kepada sekolah mubaligh.


Untuk Sarawak, pemberian terbaru sebanyak RM50,000 yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disampaikan pada awal bulan ini.

Muhyiddin malah memberitahu kerajaan BN akan menyediakan belanjawan tetap setiap tahun untuk sekolah mubaligh di negeri ini. Apakah kerajaan negeri pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini ada membuat sumbangan yang sama?



MANUSIAKAH KITA JIKA TIDAK TAHU 
BERTERIMA KASIH?

Thursday, April 25, 2013

VIRUS POLITIK SERANG SARATOK

Jangan import budaya orang yang tidak bertamadun
Belum pernah tercatat dalam sejarah politik di pekan kecil seperti Saratok di Sarawak berlakunya keganasan ketika berkempen dalam pilihan raya. Inilah pertama kalinya. Ketika PRU13.

Selepas Hari Penamaan Calon, bendera-bendera BN yang digantung beberapa hari sebelumnya bukan sahaja ditanggalkan tetapi juga dibakar. Malam tadi dua bannner yang memaparkan calon BN, William Mawan yang baru saja didirikan pada sebelah petang hari sebelumnya pula di rosakkan. Satu di Mudong dan satu lagi di Semubu - menjadikan tiga banner BN dirosakkan setakat ini.

Apakah ini yang dinamakan demokrasi? Atau apakah ini perbuatan orang yang tidak bertamadun?

Di Saratok, selain daripada menghadapi tentangan daripada PKR dan Bebas, calon BN juga menghadapi tentangan daripada penyokong taksub bekas Ahli Parlimen, Jelaing Mersat yang amat kecewa kerana idola mereka tidak disenaraikan sebagai calon BN. Jadi, golongan manakah  yang menjadi virus politik ini yang membawa kerosakan kepada amalan demokrasi ? Fikir-fikirkan lah sendiri.

Rakyat Saratok yang terkenal dengan budi pekerti dan sopan santun pasti akan menolak mana-mana golongan yang tidak bertamadun ini, di samping akan memberikan undi simpati kepada Mawan.




Wednesday, April 24, 2013

TERKINI: PKR TERKUBUR SEKURANG-KURANGNYA DI 14 KAWASAN DI SARAWAK

Anwar Ibrahim dan PKR diyakini kempunan lagi untuk menguasai Sarawak. Menurut risikan dan survei terkini yang dibuat oleh lima 'pihak berwibawa', harapan Anwar Ibrahim untuk melihat Sarawak akan memberikannya cukup kerusi untuk menduduki Putra Jaya semakin musnah. Daripada 15 kerusi yang dipertandingkan, 14 kerusi diyakini kalah teruk dan hanya satu  calon yang  masih mengekori  calon BN - itu pun dalam jarak yang sedikit sukar.  

Menurut survei-survei itu juga, penemuan menunjukkan majoriti rakyat Sarawak masih tidak mempercayai isu-isu yang dimainkan oleh calon-calonnya. Malah peratusan yang hampir sama juga berpendapat cara berkempen PKR dan rakan dalam Pakatan terlalu kasar dan biadap serta bertentangan dengan budaya sosio politik  rakyat Sarawak terutamanya masyarakat Bumiputera. 

R.I.P  PKR!