Pages

Followers

Wednesday, December 5, 2012

TRIP BERBALOI - DEMI ANWAR AKU KE KL


Untuk kenal Anwar Ibrahim dan PKR  aku tak perlu tanya pada Najib.  Aku tak perlu tanya pada Muhyidin.  Aku tak perlu tanya pada mana-mana pemimpin UMNO. Jauh sekali untuk bertanya pada Taib Mahmud dan mana-mana pemimpin PBB . Jawapan mereka boleh saja diragui. Jawapan yang hearsay. Justru,mereka mungkin bias. Mereka mungkin saja berbohong. Jawapan mereka tak relevan kerana mereka semua musuh politik Anwar.

Demi   keadilan dan kebenaran, untuk kenal Anwar  aku perlu bertanya pada orang yang benar-benar rapat dengannya. Bukan orang yang sekadar pernah bersalam sekali dua dengannya.  Tapi orang yang  bak bayang Anwar. Di situ ada Anwar di situ ada dia. Orang yang bukan sekadar tahu bau perfume Anwar tapi jugabau hamis peluhnya. Orang yang tahu segala favourite dan selera Anwar.  Orang yang bertahun usianya habisbersama Anwar. Orang yang jatuh bangun bersama Anwar. Orang yang ‘sekepala’ dengan Anwar.

Jadi aku ke KL jumpaEzam. Orang yang sanggup pertaruhkan nyawa untuk Anwar. Orang yang sanggup dua kali masuk penjara kerana Anwar.  Orang yang sanggup usung Wan Azizah dan anak-anak untuk merayu dengan Pak Lah agar Anwar diberi belas kasihan. Orang yang menubuhkan Parti Keadilan untuk perjuangkan nasib dan maruah Anwar. Aku tanya juga pada Dr. Chandra Muzaffar. Bekas Timbalan Presiden Keadilan. Insan yang berpegang kepada prinsip keadilan.

Aku jumpa YB Zulkifli Nordin. Bukan saja bekas Wakil Rakyat PKR tetapi juga lawyer peribadi  Anwar dalam kes liwat pertama dan kedua. Peguam yang tahu segala fakta dan realiti kes. Peguambela yang akhirnya penuh dengan keraguan untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Peguam yang juga diminta untuk membuat pelbagai propaganda , tohmahan dan fitnah terhadapNajib.

Ketiga-tiganyasama. Bercerita dengan panjanglebar. Cerita yang penuh detail. Cerita yang penuh sensasi dan rahsia .Untold story. Bercerita dengan nada sebak. Dengan nada kekesalan. Dengan sumpah atas nama Allah.

Ketiga-tiga mereka akhirnya tinggalkan Anwar dan PKR.  Bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana MORAL. Atas nama prinsip. Atas sebab takutkan Allah.

Untuk pengesahan, aku juga jumpa S. Nallakarupan.  Datuk Nallab bukan saja bekas Ahli Pimpinan Tertinggi PKR tapi juga bekas “driver” sulit Anwar dan Datuk Eskay. Mereka teman “sparing”.Teman “sepermainan”. Teman yang  bukan saja faham “selera” kawan tetapi bagaimana nak memenuhinya. Demi Negara, mereka cerita satu persatu. Sensasi. Detail.Unsensored. Cerita untuk orang dewasa. Cerita dalam dan luar Negara. Cerita yang Mat Sabu dan orang PAS (yang kebanyakannya suka makan ubat kuat) dilarang untuk mendengarnya.

Cerita mereka, membuat lidah ku kelu tak terkata, telah membuka hati dan minda yang telah lama diperkosa…lalu mulut ku nekad dan pasrah untuk berkata,  BYE! BYE! ANWAR!  BYE! BYE! PKR…huaaakptui.

Aku jumpa kebenaran. Aku jumpa keadilan.

2 comments:

  1. Org bermati-matian tuknya tapi mengkhianiati hati ikhlas org sayangan... memang patut Ezam pergi!

    ReplyDelete
  2. Aku x perlu nk pergi jauh utk mengenali beliau itu....cukuplah ngn kata2nya serta motif perjuangan mmberitahu yg smua itu hanya untuk dirinya....tiada pkataan RAKYAT pun di situ

    ReplyDelete