Pages

Followers

Sunday, December 23, 2012

PLEASE NIK AJIS! TERUSKAN BERTANDING



YAB Tok  Guru,
Aku sokong hasrat Tok Guru nak bertanding dalam PRU13 akan datang. Alasan Tok Guru "Selagi masih ada orang Melayu yang sokong UMNO maka adalah menjadi keWAJIBan Tok Guru  untuk menentang parti itu" adalah satu alasan paling masuk akal. Alasan bijak. Boleh diterima. Walau pun ramai rakyat Malaysia yang pecah perut ketawa mendengarnya. Pedulikan mereka.

Bukan setakat PRU13, kalau Tok Guru nak terus bertanding dalam PRU 14, 15 atau 20 sekali pun aku tetap sokong. Selagi Tok Guru bernafas dan mampu keluarkan 'fatwa',  Tok Guru WAJIB terus bertanding. Perjuangan Tok Guru WAJIB diteruskan. Ini fisabilillah. Orang Melayu wajib keluar UMNO. Orang Melayu wajib masuk parti Pakatan. Tak kisah lah parti mana. DAP pun boleh. Nas nya? Nanti Tok Guru reka-reka lah hadis. Atau nanti aku minta Al Qardawi sound sikit...

Tok Guru jangan peduli kata-kata Tun Mahathir yang minta Tok Guru bersara. Lagi pun ini demokrasi. Berpolitik mesti at a level playing field. Minta Tok Guru berundur samalah dengan perbuatan referee korea yang bagi kad merah pada pemain Malaysia ketika menentang Thailand dalam piala suzuki tempoh hari. Tak adil. Tak aci. Tok Guru ni bagaikan  pemain utama Pakatan. Tok Guru ni aset pembangkang. Mana boleh dikeluarkan.

Tok Guru ni ulamak extra-ordinary.  Memiliki keistimewaan yang tak ada pada ulamak lain. Hanya Tok Guru yang mampu melihat aku sebenarnya  tengah khusyuk sujud  dalam video china doll walau pun seluruh dunia melihatnya dengan cara yang lain. Hanya Tok Guru yang mampu melihat gambar Elly Wong tidur terkangkang sebagai sesuatu yang  syahdu walau pun Mat sabu  melihatnya dengan penuh bernafsu. Hanya Tok Guru yang boleh melihat nur di wajah Mat Sabu walau pun Mat Sabu sendiri melihatnya "masih bau burit Mah".

Tok Guru seorang ulamak hebat. Ulamak yang boleh melihat bahawa lebih berkat berpelukan dengan Kit Siang daripada bersalam dengan Najib. Ulamak yang boleh melihat serban Karpal sebenarnya lebih afdhal dari kopiah mufti Harussani.

So please Tok Guru teruskan bertanding. Biar pun Tok Guru selalu keluar masuk hospital. Selagi Tok Guru tak "pecah perut" seperti yang Tok Guru doakan untuk Najib, tak apa...Kalau Tok Guru terpaksa berkerusi roda pun tak apa. Taklah Karpal kesunyian. Biar pun Tok Guru dah semakin nyanyuk pun tak apa...makin nyanyuk makin bagus. Maka, semakin banyaklah nanti fatwa kita untuk mengenakan UMNO. Jenuh lah nanti mufti-mufti kerajaan nak jawab.

Pleeeeeeaaaassse! Tok Guru teruskan bertanding. Putra Jaya dah semakin hampir. Aku yakin kita berjaya  kerana Pakatan ada kau dan aku. Ada  ulama hebat dan pemimpin anugerah tuhan.








2 comments:

  1. Ok tuan. Ok tuan. Ambo setuju.

    ReplyDelete
  2. Ko jangan main-main. aku doa pecah perut nanti. hik hik hik.

    PokNik.

    ReplyDelete