Pages

Followers

Thursday, January 3, 2013

BABI DI SARAWAK TAK NAK MAKAN BERAS SUBSIDI KERAJAAN


Fuuuh! Betapa hebatnya rakyat di luar bandar Sarawak. Betapa tingginya citarasa mereka...siapa sangka dalam kemiskinan tegar dan kemunduran mereka seperti yang didakwa Anwar Ibrahim, mereka tak makan beras sebarangan. Mereka hanya mahu makan beras wangi yang berkualiti tinggi. 

Bagi mereka beras subsidi kerajaan yang berharga RM27.00 terlalu teruk kualitinya sehingga melabelkannnya bukan untuk makanan manusia. Malah babi peliharaan mereka pun tak nak memakannya. 

Inilah yang aku dengar daripada Radio Free Sarawak (RFS).  Seorang yang bernama Jantan dari Bintulu berkata "Beras subsidi ya ka diberi perintah berharga RM27.00  kualiti beras  amai jaik. Endak sesuai diempak mensia. Semak ka jaku babi pan enggai makai beras nyak".

Inilah hasil ajaran Anwar dan pakatan pembangkang . Ajaran RFS. Sehingga lahir manusia yang tidak pernah kenal erti kesyukuran. Manusia yang angkuh dan sombong. Manusia yang berjiwa expensive-taste tapi berharap semuanya jatuh dari langit. Manusia berpenyakit subsidy syndrome.

Inilah akibatnya apabila manusia terlalu banyak meneguk  'tuak janji' pembangkang. Mabuk siang malam. Khayal tak habis-habis. Sehingga asyik terbayang  Anwar Ibrahim akan datang  membawa  istana  kayangan untuknya. 

Pssst! tanya Anwar apakah semua rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan mendapat beras wangi subsidi  dari kerajaan negeri masing-masing?

Wednesday, January 2, 2013

PENJELASAN AMANAT : HADI MINTA BBC DAN CNN

Sebelum ini Haji Hadi minta peluang 1 jam air time dalam tv  milik RTM dan TV3 bila didesak agar buat penjelasan mengenai amanatnya. Malah dia nak 'live' sebab kononnya  bimbang media perdana akan memutarbelitkan kenyataannya.

Dalam hal ini, RTM dan Media Prima sewajarnya bukan sekadar bagi tawaran 1 jam tetapi dua tiga puluh jam pun tak apa. Dari subuh sampai ke subuh pun tak apa. Kerana,percayalah sampai kucing bertelur pun Hadi tak kan buat. Hadi tak kan berani membuat penjelasan apatah lagi jika kerajaan mengenakan syarat agar program tersebut turut disertai oleh para mufti dan ulama ternama. 

Hadi tahu semua ulama dimuka bumi ini kecuali  ulamak PAS tidak akan menghalalkan amanat yang jelas merosakkan akidah umat isle PAS. Hadi tahu dia akan 'dimakan' hidup-hidup oleh para mufti dan ulama secara ilmiah dan hikmah. Hadi tahu tembelang penipuannya selama ini akan terdedah. 

Hadi tahu hujah-hujah para mufti dan ulama nanti pasti menjadikannya seorang ustaz yang  kelihatan setaraf dengan ilmu ustazah Abby Abadi dan ustaz Bob Lokman. Hadi tahu kalau dia menghadiri forum tersebut nanti dia pasti terkencing dalam jubah.

Jika dia hadiri program tersebut, Hadi tahu sepanjang masa program itu nanti  tv hanya akan memaparkan mukanya yang 'blur' dan mulut yang ternganga. Dia tahu dia tak akan mampu untuk menegak benang yang basah - amanat yang budak baru masuk sekolah madrasah pun tahu ianya sesat dan menyesatkan.

Permintaan Hadi yang dibuatnya selepas bersembunyi beberapa hari sebelum ini sebenarnya hanya nak "cover-line". Nak tunjuk hero depan penyokong PAS.  

Kalau benar Hadi nak buat penjelasan atau mampu mempertahankan amanatnya sudah tentu dengan segera dia akan buat ceramah-ceramah terbuka di depan para penyokongnya. Atau pun jika benar dia tidak mempercayai media perdana Hadi boleh saja menggunakan media milik Pakatan samada  Harakah atau Roket atau Suara Keadilan untuk melakukannya. Tiada siapa yang melarang,  waima dari muka surat depan hingga muka surat belakang sekali pun. Tapi, dia tidak melakukannya kerana dia tahu amanatnya adalah satu pembohongan yang tidak mampu untuk dipertahankan.

Justeru, yakinlah. Selepas ini akan timbul pelbagai alasan dan dolak dalih dari Hadi dan pencacainya  untuk  mengelak dari menerima tawaran RTM dan Media Prima. Selain meminta  Rais Yatim menghantar surat jemputan kepadanya (Tengok saja video di bawah)  tidak mustahil Hadi akan meletakkan pelbagai syarat lain termasuk minta Ban Ki Moon, Setiauasaha Agung PBB sebagai pengantara dan "live telecast" melalui BBC dan CNN. Tidak mustahil. Percayalah.