Demi keadilan dan kebenaran, untuk kenal Anwar aku perlu bertanya pada orang yang benar-benar rapat dengannya.
Bukan orang yang sekadar pernah bersalam sekali dua dengannya. Tapi orang yang bak bayang Anwar. Di situ ada Anwar di situ
ada dia. Orang yang bukan sekadar tahu bau perfume
Anwar tapi jugabau hamis peluhnya. Orang yang tahu segala favourite dan selera Anwar.
Orang yang bertahun usianya habisbersama Anwar. Orang yang
jatuh bangun bersama Anwar. Orang yang ‘sekepala’ dengan Anwar.
Jadi aku ke KL jumpaEzam. Orang yang sanggup pertaruhkan nyawa untuk Anwar. Orang yang sanggup dua kali
masuk penjara kerana Anwar. Orang yang sanggup usung Wan Azizah dan anak-anak untuk merayu dengan
Pak Lah agar Anwar diberi belas kasihan. Orang yang
menubuhkan Parti Keadilan untuk perjuangkan nasib dan maruah Anwar. Aku tanya juga pada Dr.
Chandra Muzaffar. Bekas Timbalan Presiden Keadilan. Insan yang
berpegang kepada prinsip keadilan.
Aku jumpa YB
Zulkifli Nordin. Bukan saja bekas Wakil Rakyat PKR tetapi juga lawyer peribadi
Anwar dalam kes liwat pertama dan kedua. Peguam yang
tahu segala fakta dan realiti kes. Peguambela yang
akhirnya penuh dengan keraguan untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Peguam yang
juga diminta untuk membuat pelbagai propaganda , tohmahan dan fitnah terhadapNajib.
Ketiga-tiganyasama. Bercerita dengan panjanglebar.
Cerita yang penuh detail. Cerita yang penuh sensasi dan rahsia
.Untold story. Bercerita dengan nada sebak. Dengan nada
kekesalan. Dengan sumpah atas nama Allah.
Ketiga-tiga mereka akhirnya tinggalkan Anwar
dan PKR. Bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana MORAL. Atas nama prinsip.
Atas sebab takutkan Allah.
Untuk pengesahan, aku juga jumpa S.
Nallakarupan. Datuk Nallab bukan saja bekas Ahli Pimpinan Tertinggi
PKR tapi juga bekas “driver” sulit Anwar dan Datuk Eskay. Mereka teman
“sparing”.Teman “sepermainan”. Teman yang
bukan saja faham “selera” kawan tetapi bagaimana nak memenuhinya. Demi Negara,
mereka cerita satu persatu. Sensasi. Detail.Unsensored. Cerita untuk
orang dewasa. Cerita dalam dan luar Negara. Cerita yang Mat Sabu dan orang PAS (yang
kebanyakannya suka makan ubat kuat) dilarang untuk mendengarnya.
Cerita mereka, membuat lidah ku kelu tak terkata, telah membuka hati dan minda yang telah lama diperkosa…lalu mulut ku nekad dan pasrah untuk berkata, BYE! BYE!
ANWAR! BYE! BYE! PKR…huaaakptui.
Aku jumpa kebenaran. Aku jumpa keadilan.
Org bermati-matian tuknya tapi mengkhianiati hati ikhlas org sayangan... memang patut Ezam pergi!
ReplyDeleteAku x perlu nk pergi jauh utk mengenali beliau itu....cukuplah ngn kata2nya serta motif perjuangan mmberitahu yg smua itu hanya untuk dirinya....tiada pkataan RAKYAT pun di situ
ReplyDelete